Kita umat Islam kena bangga sebab kitalah yang memperkenalkan universiti kepada dunia! Tanpa sistem pengajian tinggi ini, ilmu peradaban dan sains teknologi takkan berkembang sehebat sekarang.

Daripada 5 buah universiti pertama dunia, majoritinya milik umat Islam.

1. Universiti Az-Zaytuna, Tunisia (737)
2. Universiti Al-Qarawiyyin, Morocco (859)
3. Universiti Al-Azhar, Egypt (972)
4. Universiti Bologna, Italy (1088)
5. Universiti Oxford, England (1096

Umat Islam sangat memartabatkan ilmu. Kalau kita imbas semula, wahyu pertama yang turun kepada Nabi Muhammad (SAW) berbunyi “Iqra’!” yang membawa maksud “bacalah”. Seruan membaca itulah seruan ilmu yang sudah terpateri dalam cara pemikiran kaum muslimin.

Apa yang menarik, dari rumah Rasulullah (SAW) muncullah seorang sarjana perempuan bernama Aisyah (RA) yang dihormati para sahabat dan tabiin sebagai seorang ulama’. Semasa dunia luar memperkecilkan kaum perempuan, Rasulullah (SAW) telah berjaya mengangkat keilmuan orang perempuan.

Universiti Az-Zaytuna dan Al-Qarawiyyin yang berpusat di benua Afrika telah menyumbang kepada kebangkitan ilmu yang turut berkembang ke semenanjung Iberia. Dari benua Afrika, budaya ilmu telah berkembang ke negeri Andalusia yang sentiasa membuka pintu kepada para pelajar muslim atau non-muslim bagi mempelajari ilmu pengetahuan tanpa prejudis. Budaya ilmu ini diambil oleh barat dan mereka pun mendirikan Universiti Bologna di Itali, 351 tahun setelah umat Islam menikmati sistem pengajian tinggi yang utuh.

Adakah kita cukup dengan romanticized sejarah?

Tidak.

Ketiga-tiga universiti umat Islam itu masih berdiri dan bertahan sehingga ke hari ini. Begitu jugalah, ketamadunan dan keilmuan kaum muslimin masih boleh dibangunkan.

Dengan syarat, kita mestilah mengupayakan semua kekuatan kita dan membersihkan universiti daripada campurtangan politik yang tidak diperlukan. Ambillah contoh daripada Universiti al-Azhar yang berdiri sendiri dengan wang wakaf. Sarjana muslim perlu kuat berdiri sendiri seumpama ulama agung terdahulu.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

3 universiti Islam tertua dunia ini menunjukkan tamadun umat Islam yang gilang gemilang. Korang mesti bangga bila baca KITAB TAMADUN ISLAM. Terasa seperti kembali di zaman keemasan Islam. Apa lagi tunggu, klik https://bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply