Tahukah anda, bahawa sebenarnya seorang wanita Muslim mengasaskan universiti yang pertama di dunia? Tidak ada sumber yang popular di sebalik timbunan buku-buku sejarah akademik mengenai zaman keemasan tamadun Islam yang pernah disebutkan seperti itu.

Sebaliknya, masyarakat antarabangsa umumnya cenderung untuk berfikir bahawa Islam tidak membenarkan wanita untuk menghadiri kelas di madrasah (sekolah), yang diasaskan seawal abad kesembilan, atau kaum wanita tidak layak untuk mempelajari ilmu seperti sains.

Sebenarnya, wanita Muslim sangat aktif dalam bidang kajian akademik ketika awal kebangkitan Islam. Aisha, salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW, adalah antara ahli hukum Islam yang terkenal pada zamannya. Beliau juga terlibat dalam beberapa hal ehwal politik selepas kem4tian khalifah ketiga, Uthman ibn Affan.

Aisha juga merupakan antara sumber terawal kebanyakan hadis-hadis berkat kecerdasan dan daya ingatannya yang kuat. Terdapat contoh lain seperti Ummu Waraqa yang menghafal Al-Quran melalui hati dan menerima pujian dari baginda Nabi sendiri, atau al-Shifa “Si Penyembuh” binti Abdullah, wanita Islam pertama yang mengajar ilmu kefahaman dan pengamal perubatan.

Adalah jelas bahawa wanita Islam tidak berhenti belajar selepas generasi pertama ini, walaupun sekatan tertentu diterapkan kepada mereka oleh dinasti feudal yang menggantikan Khilafah Besar.

Dari sisi lain, semasa dinasti feudal, majoriti anak perempuan dan isteri para bangsawan dan orang-orang kaya, walaupun terhad secara sosial ke tahap tertentu, mereka masih dibenarkan menerima pendidikan, mengajar orang lain dan menaja institusi pendidikan.

Wanita dari Qayrawan

Fatima al-Fihri adalah salah seorang daripada dua orang anak perempuan saudagar kaya bernama Muhammad al-Fihri dari Qayrawan, yang kini dikenali sebagai Kairouan, Tunisia. Qayrawan kini dijadikan salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO berkat seni bina bersejarahnya sejak abad ke-7.

Diasaskan oleh dinasti Umayyad pada tahun 670, Qayrawan adalah bandaraya pendidikan, kebudayaan dan ketamadunan Islam. Ramai para sarjana dan ulama tertarik dengan syurga pembelajaran dan doa ini. Bandar ini juga berkhidmat sebagai pos tenter4 ketika penaklukan al-Gharb di barat laut Afrika.

Dinasti Aghlabid memerintah Qayrawan di bawah khalifah Abbasiyah pada abad ke-8 dan ke-9. Mereka membawa keamanan di wilayah Ifriqiyya dan menakluki Sicily. Istana Aghlabid juga cukup terkenal. Ringkasnya, ketika Fatima al-Fihri meninggalkan Qayrawan bersama bapanya menuju ke wilayah Fes di barat, ia seolah-olah mereka sedang meninggalkan sebuah ‘syurga’ untuk membina satu lagi ‘syurga’ baharu.

Sesungguhnya, tidak banyak yang kita ketahui tentang kehidupan Fatima al-Fihri. Keluarganya adalah sebahagian daripada masyarakat yang dikenali sebagai “Qarawiyyin” (yang berasal dari Qayrawan) di kalangan penduduk asal Fes, yang merupakan ibu kota dinasti Muslim lain, iaitu Dinasti Idrisid.

Gambaran Fatima al-Fihri

Keluarga Fatima bermigrasi pada awal abad ke-9 dari Qayrawan ke Fes, yang kemudiannya berada di bawah pemerintahan Idris II, seorang penguasa yang dihormati dan seorang Muslim Syiah yang taat. Pada waktu itu, Fes merupakan pusat yang menarik perhatian di al-Maghrib serta menjanjikan kekayaan dan kebahagiaan.

Setelah menjadi salah satu kota Islam yang paling berkuasa di dunia, Fes digambarkan menjadi pusat gabungan agama dan budaya yang kaya, baik dari segi tradisional mahupun kosmopolitan. Inilah bandar di tebing kiri Sungai Fes, di mana keluarga Fatima al-Fihri menetap, dan di mana dia akhirnya berkahwin dan berkeluarga.

Jantung Hati Kota Fes: Al-Qarawiyyin

Hari ini, Fes adalah antara destinasi pelancongan paling menarik di dunia. Terbahagi kepada dua sektor Madinah lama (bandar) Fes iaitu Fes al-Jdid dan Fes al-Bali. Fes al-Bali mungkin yang paling menarik. Ia menyerupai ‘maze’ dengan beribu-ribu jalan dan lorong sempit yang sempit, orang asing mudah menonjol dan dikenali di Madinah lama itu. Rekaan gerbang rumah yang berwarna-warni dan elegan, 14 gerbang kubu lama termasuk Gerbang Biru yang terkenal, pengangkutan primitif melalui jalanan dan seni pertukangan tempatan sudab cukup untuk menawan hati sesiapa sahaja yang berkunjung.

Gerbang Biru Fez Madinah

Walau bagaimanapun, jantung Fes sebenarnya berdegup di al-Qarawiyyin. Nama Qarawiyyin merujuk kepada universiti pertama yang diasaskan di dunia, ia dibangunkan dengan masjid yang mengelilinginya. Pengasas kepada universiti ini tidak lain tidak bukan adalah Fatima al-Fihri.

Hasil dari titik peluh dan kerja keras, keluarga al-Fihri akhirnya diberkati dengan kemakmuran. Bapa Fatima, Muhammad ibn Abdullah, menjadi ahli perniagaan yang sangat berjaya. Selepas kem4tian suami Fatima, ayah dan abang nya dalam jangka waktu pendek yang berturut-turut, Fatima dan kakaknya Mariam mewarisi kekayaan yang besar yang menjamin kebebasan sumber kewangan mereka.

Laman utama Universiti al-Qarawiyyin

Ia bermula pada tempoh-tempoh terakhir kehidupan mereka barulah mereka menemui matlamat sebenar diri mereka sendiri. Setelah menerima pendidikan yang terbaik, adik-beradik itu kemudiannya mengagih-agihkan semua kekayaan mereka kepada komuniti sekitar mereka.

Setelah meneliti keadaan masjid-masjid tempatan di Fes yang tidak dapat menampung jemaah Islam yang semakin meningkat di mana kebanyakannya adalah pelarian Muslim dari Sepanyol, Mariam memperuntukkam hartanya untuk membina Masjid Andalusia yang indah pada tahun 859.

Sementara bahagian Fatima pula, beliau mendirikan Masjid Al-Qarawiyyin dan Universiti, dipersetujui oleh majoriti pengkaji dan sejarawan sebagai universiti yang menawarkan ijazah yang paling lama beroperasi di dunia. Rujukan sejarah mencatatkan bahawa dia secara langsung menyelia dan membimbing proses pembinaan secara terperinci, ia menjadi bukti dedikasi nya kerana dia tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan.

Fatima dikatakan berpuasa dan berdoa setiap hari, bermula dengan hari pertama pembinaan sehingga masjid dan universiti akhirnya siap dibina. Dia menunjukkan kesabaran yang ditentukan bersama komitmennya untuk berjaya mengasaskan pusat pendidikan dan ibadat tersebut.

Masjid Al-Qarawiyyin, salah satu yang terbesar di Afrika Utara, menempatkan universiti yang menjadi kemuncak kemajuan pendidikan di dunia Islam. Universiti al-Qarawiyyin juga terkenal dengan para graduannya yang menjadi tokoh penting dunia Islam, antaranya termasuklah Abul-Abbas dan ahli hukum Muhammad al-Fasi, yang menjadi pemikir muslim terkenal pada zaman mereka.

Nama-nama tokoh lain yang berkaitan dengan institusi itu ialah: Ahli sejarah Sufi dan ahli hukum Islam Ibn al-Arabi, ahli sejarah dan pengasas sosiologi Ibn Khaldun, ahli geografi terkenal Muhammad al-Idrisi, dan ahli astronomi Nur ad-Din al-Bitruji (Alpetragius)  .

Universiti itu pada awalnya hanya mengajar Quran dan ilmu fiqh. Kemudian kurikulumnya diperluas merangkumi ilmu hisab (matematik), linguistik, perubatan, astronomi, kimia, sejarah dan geografi. Kursus-kursus ini tidak dikhaskan untuk pelajar Islam semata-mata. Pelajar Kristian dan Yahudi juga dialu-alukan. Selain itu, pendidikan adalah percuma kerana Fatima telah pun menaja seluruh institusi.

Leo Africanus, pengarang dan pengembara terkenal, Maimonides, rabbi Yahudi dan ahli falsafah, dan Paus Sylvester II adalah antara graduan Al-Qarawiyyin yang bukan Islam.

Universiti al-Qarawiyyin masih aktif beroperasi dan terus membawa nama dan kemurahan hati Fatima al-Fihri demi menyebarkan ilmu ke seluruh pelusuk dunia tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa, ya, ianya dimulakan oleh WANITA.

RUJUKAN:

Wise Muslim Women – Fatima al-Fihri : https://www.wisemuslimwomen.org/muslim-woman/fatima-al-fihri-6/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.