Universiti Nalanda merupakan sebuah pusat pengajian purba di India, dan merupakan universiti ulung pertama yang direkodkan sejarah – mendahului institusi-institusi pendidikan tinggi lain seperti Al-Azhar di Mesir (kurun ke-10M), Universiti Bologna di Itali (kurun ke-11M) dan Universiti Oxford di England (kurun ke-12M). Universiti Nalanda juga merupakan university berasrama pertama di dunia, mampu menampung penginapan sehingga ribuan pelajar.

Tambah mengagumkan, Universiti Nalanda ditubuhkan seawal kurun ke-5 Masihi di sebuah wilayah timur laut India, iaitu Bihar. Pada zaman kemuncaknya, Universiti Nalanda boleh menampung seramai 10 000 orang pelajar dan 2000 orang profesor. Asrama-asrama yang disediakan oleh universiti ini dipercayai sebagai yang pertama di dunia. Antara yang melengkapkan kompleks pendidikan ini termasuklah dewan-dewan kuliah, dewan-dewan meditasi, sejumlah perpustakaan, biara, hostel, chetiya, kuil, tasik dan taman bunga.

Runtuhan ruang asrama di universiti purba

Salah satu aspek Universiti Nalanda yang menarik adalah pengambilan ‘pelajar-pelajar antarabangsa’ dari negara-negara jauh seperti Korea, Jepun, China, Tibet, Asia Tenggara, Asia Tengah dan Asia Barat. Keadaan ini berlaku sedemikian kerana Universiti Nalanda dianggap sebagai salah sebuah pusat pendidikan Buddhisme yang paling penting di dunia.

Walaupun tumpuan pendidikannya lebih diutamakan terhadap Buddhisme, para pelajar di Universiti Nalanda juga dibenarkan untuk menuntut bidang-bidang ilmu lain, seperti seni halus, perubatan, astronomi, matematik, politik dan seni perang. Lantaran itu, ramai pemikir yang bijaksana seperti Nagarjuna, Aryadeva, Vasubandhu, dan Asanga lazim dikaitkan dengan universiti ini.

Bahagian dalam runtuhan Universiti Nalanda

Bencana besar menimpa Universiti Nalanda pada tahun 1197 apabila pasukan tentera Muslim yang dipimpin oleh Mohammad Bakhtiyar Khilji, seorang panglima kepada Qutbuddin Aibak datang menyerang tanpa bertoleransi terhadap agama dan budaya lain. Hampir keseluruhan bangunan universiti ini dihancurkan. Perpustakaannya dibakar dan ramai pelajar dan sami Buddha dibunuh dalam salah sebuah peristiwa pencabulan intelektual terbesar di India.

Walaupun sudah tumbang lebih 800 tahun yang lalu, semangat Universiti Nalanda masih hidup sehingga kini. Malah, terdapat sejumlah perancangan diusahakan sepanjang tahun-tahun yang lalu demi menghidupkan semula universiti purba ini.

Pada tahun 2006, rancangan untuk mengembalikan Universiti Nalanda yang asal diumumkan oleh beberapa buah negara seperti China, Singapura, Jepun dan Thailand. Hasrat ini disokong oleh Persidangan Asia Timur yang turut melibatkan negara-negara Asia Tenggara, Australia, New Zealand, Russia dan Amerika Syarikat.

Rancangan ini diketuai oleh Amartya Sen, pemenang Anugerah Nobel ekonomi. Sasaran perancangan ini adalah untuk menubuhkan sebuah universiti berasrama berkelas global di rantau Asia. Universiti baru ini diharapkan dapat menarik kehadiran para pelajar dan penyelidik cemerlang dalam bidang kemanusiaan, ekonomi, pengurusan, integrasi Asia, pembangunan dan bahasa-bahasa Timur dari seluruh dunia.

Walaupun mempunyai perancangan yang tinggi, pihak pembangun Universiti Nalanda mengambil langkah secara bertahap. Sesi akademik pertama di universiti ini dijalankan pada September 2014. Semasa sesi ini dijalankan, dua buah bidang pengajian lain (iaitu Pengajian Sejarah dan Pengajian Ekologi & Alam Sekitar) dilancarkan, dengan setiap satunya mempunyai 20 orang pelajar. Canselor universiti, Amartya Sen yakin bahawa Universiti Nalanda yang baru ini boleh menggapai kecemerlangan.

Walaupun Universiti Nalanda yang asal mengambil masa hampir 200 tahun untuk mencapai zaman kemuncaknya, Sen meyakini bahawa universiti yang baru ini boleh meneguhkan kedudukannya dalam dunia akademik dalam tempoh beberapa dekad sahaja.

Pembangunan semula Universiti Nalanda ini menunjukkan kepada kita bahawa idea-idea lama masih boleh digunakan untuk mewakili dunia masa kini. Sudah tentu, tidak seperti universitinya yang asal, pendidikan yang disediakan di Universiti Nalanda yang baru ini tidak bertumpu pada pengajian Buddhisme.

Walau bagaimanapun, idea tentang menghidupkan kembali sebuah universiti peringkat global di Asia merupakan sebuah idea yang cukup signifikan. Dengan sokongan daripada beberapa buah negara Asia dan sejumlah tenaga pakar, idea purba ini boleh direalisasikan. Hanya masa sahaja yang dapat menentukan sama ada usaha ini berhasil ataupun tidak.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (1 Julai 2014). The ancient university of Nalanda, and its revival in the modern day. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/ancient-university-nalanda-and-its-revival-modern-day-001811


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.