Menjelang kurun ke-7 dan ke-8 Sebelum Masehi, penggunaan pedati pe-rang di Timur Dekat mula perlahan-lahan diambil-alih oleh unit kavalri yang kebiasaannya terdiri dari kavalri ringan dan kavalri berat.
Kavalri ringan selalunya digunakan bagi mengejar mvsvh yang melarikan diri dan mengucar-kacirkan barisan mereka dari jauh menggunakan panah. Sementara itu, peranan kavalri berat pula lazimnya adalah mengg3mpvr dan meruntuhkan formasi perang mvsvh. Dalam sejarah purba, unit kavalri berat yang paling unggul dikenali sebagai katafrak.
PENGGUNAAN TERAWAL UNIT KATAFRAK
Perkataan ‘katafrak’ berasal dari bahasa Yunani dan ia membawa maksud ‘berpelindung penuh’. Bagaimanapun, katafrak bukanlah unit t3nt3ra Yunani sebaliknya ia lebih sinonim dengan Empayar Seleucid.
Gambaran terawal berkenaan katafrak boleh didapati di Khwarezm, sebuah daerah di Asia Tengah yang terletak berhampiran Laut Aral. Pada gambaran tersebut, katafrak ditampilkan sebagai unit t3nt3ra penunggang kuda yang lengkap berbaju perisai dan bers3nj4takan tombak dan panah.
Dipercayai, katafrak mula digunakan di rantau Asia Tengah seawal kurun ke-6 Sebelum Masehi dan ia tidak hanya terhad dalam lingkungan Empayar Seleucid sahaja, bahkan melibatkan hampir kebanyakan tamadun di rantau berkenaan.
‘KAVALRI BESI DARI PARSI’
Dalam kempen perluasan kuasa Rom ke Timur Dekat, mereka bertembung dengan Empayar Parthia, salah sebuah empayar yang menggantikan kedudukan Empayar Seleucid sebagai kuasa besar serantau. Menerusi catatan sejarahwan-sejarahwan Rom berkenaan k0nfl!k tersebut, kita dapat memiliki sedikit maklumat berkenaan unit katafrak. Cuma, perincian paling utama tidaklah hadir dalam bentuk karya sejarah sebaliknya hanya tampil dalam penulisan novel.
Dalam Aethiopica karangan Heliodorus, unit katafrak disifatkan sebagai pahlawan paling unggul dari sekalian pahlawan-pahlawan Parsi. Tambahnya lagi, setiap t3nt3ra katafrak bagaikan manusia besi.
Perincian paling penting yang diberikan oleh Heliodorus adalah perihal kelengkapan perisai katafrak; topi pelindung katafrak yang menutupi kepala hingga ke bahu dan hanya meninggalkan dua lubang di bahagian mata (Ammianus Marcellinus, seorang sejarahwan Rom dari kurun ke-4 Masehi bahkan mencatatkan bahawa topi pelindung katafrak direka supaya melekap pada muka pemakainya). Mereka juga mengenakan baju rantai yang diperbuat daripada loyang. Kuda-kuda tunggangan mereka turut dilengkapi dengan ciri perlindungan yang serupa. Kebiasaannya, unit katafrak menggunakan tombak panjang dan pedang sebagai s3nj4ta utama.
PENGGEMPUR BARISAN MU-SUH
Secara umum, unit katafrak dimanfaatkan sebagai unit perempuh bagi meruntuhkan barisan mvsvh. Dengan kelengkapan s3nj4ta mahupun perisainya yang berat, g3mpvran unit katafrak sememangnya memberikan impak yang besar dan hal ini turut dirakamkan oleh Tacitus dalam tulisannya, “Sebaik sahaja mereka (t3nt3ra-t3nt3ra Sarmatia; salah sebuah tamadun di Asia Tengah) menyerang musuh sambil menunggang kuda, hampir tiada lawan yang dapat menahan g3mpvran mereka.”
Daya g3mpvran yang hebat ini tidak hanya memberi kesan secara fizikal, tetapi juga berupaya melemahkan mental lawan. Menukil catatan Cassius Dio tentang kekalahan Crassus dalam Pertem-puran Carrhae, “Ramai yang ma-ti akibat gerun terhadap g3mpvran katafrak”.
KELEMAHAN DI SEBALIK KEMEGAHAN
Apapun, katafrak bukanlah unit kebal yang tidak mempan dengan sebarang s3r4ngan. Hakikatnya, kelebihan utamanya juga merupakan kekurangan utamanya. Antara lain, baju perisai yang dikenakan oleh mereka sangat berat hinggakan tentera katafrak memerlukan bantuan orang lain untuk menaiki kuda. Tidak dinafikan, selama mana tentera katafrak berada di atas kuda, mereka merupakan lawan yang menggerunkan. Namun lain pula keadaannya jika mereka terjatuh – saat itu, mereka hanya menjadi mangsa mudah untuk diganyang beramai-ramai.
Tambahan pula, baju perisai yang berat mempercepatkan lagi kehabisan stamina si pemakai dan kuda tunggangannya. Tidak hanya kehabisan stamina kerana memikulnya ke sana sini, baju pelindung tebal yang menutupi seluruh tubuh badan juga mudah membuatkan pemakainya kepanasan. Kelemahan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh maharaja Aurelian semasa beliau meme-rangi pasukan t3nt3ra Palmyra yang diketuai oleh Zenobia.
Bersama unit kavalri ringan pimpinannya, Aurelian sengaja mengumpan unit katafrak Palmyra untuk mengejar mereka sambil pasukan Rom berpura-pura melarikan diri. Setelah berlalu beberapa tempoh yang cukup untuk melelahkan katafrak Palmyra, Aurelian pun mengarahkan pasukannya untuk menggem-pur mereka. Dalam pertem-puran tersebut, Aurelian mempunyai unit tentera yang menggunakan cokmar dan unit inilah yang menewaskan katafrak Palmyra.
Bagaimanapun, katafrak tetap merupakan unit kavalri yang sukar digugat. Buktinya, khidmat mereka terus digunakan oleh beberapa empayar agung dunia seperti Empayar Seleucid, Empayar Rom, Empayar Sassanid dan Empayar Byzantine. Hanya sesudah pembuatan baju perisai yang mempunyai daya tahan lebih kuat diperkenalkan pada Zaman Pertengahan, barulah keunggulan katafrak luput dan akhirnya, unit tersebut pupus ditelan zaman.
Pada hari ini, terdapat sejumlah permainan video yang memberikan gambaran tepat berkenaan unit katafrak dan cara mereka beraksi. Antaranya seperti Rome II: Empire Divided dan Mount & Blade 2.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (27 Jun 2018). Cataphracts: Armored Warriors and their Horses of ***. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih