Umat Islam boleh dikatakan menggigil dalam kerisauan apabila Narendra Modi membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihanraya Umum 2014 dengan majoriti mudah. Nama Modi tidak pernah terasing dengan masalah, seolah-olah berkongsi unsur sinonim.

Sebagai Ketua Menteri Gujarat, pentadbiran Modi menyaksikan krisis keselamatan teruk pada tahun 2002. Dan Modi yang sama naik sebagai Perdana Menteri 12 tahun kemudian.

Isu mula berlegar selepas maklumat mengenai Pindaan Akta Kewarganegaraan 2019 diumumkan. Dalam pindaan tersebut, India membuka laluan kewarganegaraan kepada pendatang-pendatang asing tanpa izin.

Kelayakan permohonan pun berkiaskan agama, bukannya asal-usul. Semua layak mohon – Hindu, Sikh, Buddha, Kristian dsb. – kecuali satu agama sahaja: Islam.

Parti Janatan Bharatiya (BJP) yang mengangkat Modi pun semakin berbaur fasisme. Seorang ahli politik dibawahnya memberikan justifikasi bahawa jika India membenarkan umat Islam, Bangladesh sendiri akan kosong.

Walhal pertumbuhan ekonomi Bangladesh jauh lebih berkualiti berbanding India.

Akibat tidak berpuas hati, rakyat India pun turun di jalanan untuk membantah. Protes aman yang semakin bertambahan perencah pun menerima tindakbalas daripada pihak berkuasa terutamanya polis.

Antara protes yang popular ialah di Shaheen Bagh. Pada 23 Februari 2020, seorang pemimpin tempatan BJP bernama Kapil Mishra mengugut pihak polis. Bahawasanya pihak polis akan dikasari jika gagal mematahkan protes Shaheen Bagh (HT Correspondent, 2020).

Protes yang aman pun mula bertukar warna. Dan dua hari selepas m0g0kan besar dilancarkan di seluruh Timur Laut Delhi, seramai 13 orang menjadi angka k0rban. Pr0v0kasi telah menang.

Sebuah masjid di Ashok Nagar pula menjadi mangsa akibat dikerjakan pelampau-pelampau Hindutva, suatu ideologi yang didokong Modi dan BJP.

Imej masjid dibakar.

Menghampiri waktu Asar, sekumpulan perusuh telah mengg4n4s di sekitar masjid yang dibakar. Mereka melaung “Jai Shri Ram” (Hidup Dewa Rama) dan “Hinduon ka Hindustan” (India milik Hindu) sambil bertawafan di sekeliling perkarangan masjid (Barton, 2020).

Bendera Hanuman pun dikibarkan di puncak menara masjid, seolah-olah mengatakan Hindu telah menang.

Kawasan Mustafabad pun digegarkan pelampau-pelampau Hindutva juga yang meny3r4ng kawasan-kawasan protes. Hampir 50 orang berkumpul untuk merejam batu.

Di sini dua masjid dirosakkan dengan aktiviti vandalisme mereka. Malah ada yang bers3nj4ta pun sampai tidak kisah untuk meny3r4ng kanak-kanak (Barton & Dubey, 2020).

Seorang remaja 15 tahun digegaskan ke hospital selepas c3d3ra teruk di bahagian kepala dan kaki. Dikatakan dia dis3r4ng pelampau-pelampau Hindutva dengan batang besi.

Dalam hospital yang sama, ramai lagi yang sedang mengaduh kesakitan selepas dihantar dengan motosikal dan beca automatik pun. Seorang lelaki dipapah dalam keadaan pend4r4han teruk selepas dit3mb4k.

Tidak jauh dari lelaki tersebut, seorang balu sedang menangis selepas diberitahu bahawa suaminya telah m4ti akibat dipvkvl 10-15 orang. Shahrukh merupakan seorang anak muda 21 tahun yang bekerja di kilang. Dia dit3mb4k semasa dalam perjalanan membeli susu tetapi masih hidup.

Kedai-kedai nasi biryani menjadi sasaran mudah untuk pelampau-pelampau Hindutva. Bagi mereka, siapa yang menjual nasi biryani mestilah Islam (The Wire Staff, 2020).

Tiga peniaga Islam berdiri dari jauh sambil melihat punca rezeki mereka dib4k4r. Pihak polis pula yang sepatutnya menghentikan rvsvhan ini sebaliknya memberikan pelampau-pelampau Hindutva air untuk minum.

Nampak dengan jelas bahawa kekotoran dalam India telah meresapi bidangkuasa keadilan dan perlindungan. Akhirnya yang terus dihidangkan padah ialah umat Islam jua.

RUJUKAN:

Barton, N., & Dubey, A. (2020, February 25). Delhi Ri0ts: Mosques and Huts B*rned, Children Att*cked, at least 1 D*ad in Mustafabad. The Wire. Retrieved from https://thewire.in/communalism/delhi-ri0ts-mustafabad

Barton, N. (2020, February 25). Delhi Ri0ts: Mosque Set on Fi*e in Ashok Nagar, Hanuman Flag Placed on Minaret. The Wire. Retrieved from https://thewire.in/communalism/delhi-violence-mosque-set-on-fire-in-ashok-vihar-hanuman-flag-placed-on-top

HT Correspondent. (2020, February 25). In plea to Supreme Court, Bhim Army chief Chandrashekhar Azad blames BJP’s Kapil Mishra for Delhi clashes. The Hindustan Times. Retrieved from https://www.hindustantimes.com/india-news/in-plea-to-sc-bhim-army-chief-blames-kapil-mishra-for-delhi-clashes/story-5D4yNzDdcZcQQZXG7hezEP.html

The Wire Staff. (2020, February 25). Delhi Riots: Ars0n Continues in Khajuri Khas, Biryani Shops Targeted. The Wire. Retrieved from https://thewire.in/communalism/delhi-violence-vi0lence-continues-in-khajuri-khas-biryani-shop-targeted


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.