Demokrasi kadangkala mempunyai sisi hipokrasi. Penyokong bercakap tentang kebebasan wanita, tetapi berbulu apabila wanita dengan rela menutup aurat. Penyokong bercakap tentang kebebasan beragama, tetapi menyampah apabila umat Islam menunaikan solat kononnya membebankan ekonomi.

Golongan ini mesti senyap apabila umat Islam dipaksa makan benda haram. Dan memang betul pun. Di Washington D.C., kumpulan Muslim Advocates berpakat dengan Americans for Immigrant Justice dan King & Spalding LLP untuk menyentuh tentang isu sangat serius.

Mereka mengadu kepada Jabatan Keselamatan Tanahair serta Penguatkuasa Imigresen dan Kastam. Dalam aduan tersebut, mereka menggesa tahanan-tahanan Islam tidak perlu pilih antara daging babi atau daging halal basi (Muslim Advocates, 2020).

Tender pengurusan makanan bagi tahanan diberikan kepada Pusat Pemprosesan Perkhidmatan Krome. Sejak penularan Covid-19, pusat ini menghidangkan daging babi kepada tahanan-tahanan Islam.

Siasatan juga mendapati makanan halal selalu dihidangkan selepas tarikh luput (Muslim Advocates, n.d.). Jadi umat Islam dalam tahanan perlu memilih: daging babi yang haram atau daging halal yang rosak.

Ramai dalam kalangan mereka telah mengadu s4kit perut dan cirit-birit. Tetapi permintaan mereka tidak dilayan pun. Pihak pengurusan pun suruh “makan apa yang ada” (Voytko, 2020).

Layanan sebegini sememangnya sama sepertimana dibuat di China. Ramai dalam kalangan umat Islam daripada etnik Uighur terpaksa memakan babi dan meminum minuman keras semasa dalam tahanan “pendidikan semula” (Shih & Kang, 2018).

Selalunya tindakan China dikecam Amerika Syarikat sendiri. Namun dalam situasi ini, kedua-duanya membuat kez4liman sama terhadap umat Islam dalam tahanan.

Apa yang dibuat Krome jelas sekali melanggar prinsip Perlembagaan Amerika Syarikat.

Rang Undang-Undang mengenai Hak bermula dengan Pindaan Pertama (First Amendment) bahawasanya semua orang di Amerika Syarikat berhak (atau tidak) mengamalkan agama sendiri.

Kumpulan pengasas Amerika Syarikat sendiri terdiri daripada kepelbagaian agama. Jadi Pindaan Pertama memisahkan agama Kristian daripada pengurusan negara.

Umumnya umat Kristian tiada masalah dengan babi. Namun apabila dilantik untuk mengurus negara, kepercayaan mereka seharusnya diketepikan. Krome tidak mengetepikan kepercayaan sendiri.

Hanya kerana mereka memakan babi tidak bermakan umat Islam harus “makan apa yang ada”. Ini bukan d4rurat pun sebenarnya, kerana Krome berkemampuan untuk mendapat makanan halal untuk minoriti Islam.

Contoh Makanan Halal di Teluk Guantanamo

Jelas sekali Krome telah melanggar Pindaan Pertama. Pemisahan antara agama dan negara tidak langsung menyelamatkan umat Islam, kerana mereka menurut Muslim Advocates terpaksa memilih “faith or food”.

Tiada kuasa rakyat walaupun majoriti referendum boleh meminda pemisahan ini. Sekalipun 99 peratus memindanya, 1 peratus masih akan menang.

Dalam isu melibatkan Krome, 1 peratus kalah. Mereka berasa terpinggir daripada layanan kemanusiaan (satu penc4bulan perlembagaan).

Mereka merasa sendiri bahawa “kepentingan pihak lain” lebih mengatasi kepentingan mereka (pun satu penc4bulan perlembagaan).

Sedangkan pelajar-pelajar di sekolah pun dibenarkan berdoa, asalkan tidak menghalang aktiviti sekolah. Mengatakan pelajar tidak boleh berdoa pun telah melanggar Pindaan pertama kerana tidak lagi bebas beragama.

Kalau doa pun boleh mencetuskan isu perlembagaan, apatah lagi nasib umat Islam ini. Dengan hanya memaksa makan babi, Krome mesti didakwa. Sehingga kini Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam masih belum mengetengahkan isu ini.

Bayangkan jika umat Islam memaksa pelaksanaan undang-undang syariah. Bayangkan tiada seorang Islam pun di sebuah komuniti Kristian. Tetapi mereka masih perlu mendengar azan dan zikir setiap masa. Tentu sekali isu politik akan begitu berapi sampai menjadi perbualan kempen presiden.

Bak kata pepatah, the silence is deafening.

RUJUKAN:

Muslim Advocates. (n.d.). Gambar. Retrieved from https://muslimadvocates.org/wp-content/uploads/2020/08/Krome-Processing-Center_Halal-Expired-Docs.pdf

Muslim Advocates. (2020, Ogos 19). By Forcing Muslim Detainees to Choose Between Consuming Pork and Eating Rotten Halal Meals, ICE Officers at Krome Have Violated Clear Federal Law. Retrieved from https://muslimadvocates.org/wp-content/uploads/2020/08/2020.08.18-Krome-Letter-FINAL.pdf

Shih, G., Kang, D. (2018, Mei 18). Muslims forced to drink (ditapiskan) and eat pork in China’s ‘re-education’ camps, former (ditapiskan) claims. Independent. Retrieved from (Request Link).

Voytko, L. (2020, Ogos 19). Muslim ICE Detainees Reportedly Fed Pork, Told by Chaplain: “It is what it is”. Forbes. Retrieved from https://www.forbes.com/sites/lisettevoytko/2020/08/19/muslim-ice-detainees-reportedly-fed-pork-told-by-chaplain-it-is-what-it-is/#6bb4e7ac6cc5


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.