Baru habis layan filem World War Z. Maklumlah, patuh pada arahan untuk kekal berada didalam rumah.
Bermula dengan kisah seorang lelaki dan isterinya serta dua orang anak perempuannya keluar pada suatu pagi untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Kemudian berlakunya kemlangan yang mengejutkan dan penduduk bandar yang menggigit orang lain lalu menjadi zombie.
Tanggungjawab Orang Kesepuluh
Satu babak dalam filem ini menunjukkan Israel yang terselamat daripada bencana ini kerana mereka sempat membina tembok disekeliling negara mereka. Zombie yang berada diluar tidak dapat masuk kerana gagal memanjat tembok itu dan menyelamatkan semua penduduk yang tinggal di dalamnya.
Dalam satu babak ada menerangkan tentang “The Ten Man”. Sembilan orang mendapat satu berita dan menolak berita itu, orang yang kesepuluh perlu menerima dan menyiasat kebenaran berita itu.
Idea ni dah dipopularkan dalam beberapa novel dan filem sebelum ini. Tak jumpa mana-mana sumber sahih yang pihak berkuasa Israel memang mengamalkan idea ini dalam pengurusan ketenteraan dan risikan.
Tapi untuk kita, setiap berita yang datang mestilah diteliti dulu kebenarannya sebelum disebarkan. Pastikan berita sahih baru sebarkan.
Zombie Hanya Menggigit dan Menjangkiti Orang Yang Sihat
Melalui tiga babak dalam movie ini, ditonjolkan zombie tidak meny*rang tiga manusia yang sak1t. Semasa dalam keriuhan, zombie tidak memperdulikan seorang lelaki tu yang terpinga-pinga dan tidak mampu melarikan diri. Berdasarkan pemerhatian peribadi saya, lelaki tua ini mungkin menghidap parkinson berdasarkan tangannya yang kelihatan terketar-ketar.
Dalam satu babak lain, zombie tidak meny*rang seorang budak lelaki dan berlari meny*rang orang lain. Sedikit pun budak lelaki itu tidak dipedulikan. Berdasarkan personaliti budak lelaki itu yang botak dan sedikit cengkung, saya andaikan dia menghidap kans*r dan telah menjalani chemotherapy.
Babak akhir ialah watak utama menyuntik dirinya sendiri dengan virus berb*haya sebagai ujian samaada teorinya itu benar atau tidak. Tidak dinyatakan virus jenis apa yang telah disuntik tetapi satu babak lagi menunjukkan dia disuntik penawar untuk melawan virus itu.
Beberapa virus pathogen lain sudahpun disebut dalam seperti SARS, Tifus, Meningtis sudahpun ada penawar/vaksin.
Jalan cerita menarik tapi agak tergantung. Kisah silam yang gelap antara watak utama dengan PBB disebut beberapa kali tetapi tidak jelas. Diceritakan dia berhenti kerja akibat perbuatan tidak bertanggungjawab tapi sampai akhir cerita tak jumpa.
Doktor muda yang muncul masa minit-minit awal cerita tu m*ti macam tak ada fungsi. M*ti pula sebab cliché, tak ada thrill langsung watak doktor ni. Ingatkan dia yang berganding bahu untuk siasat masalah zombie ni.
Wabak zombie ni juga tiada penceritaan yang jelas daripada mana dia datang, punca jangk1tan dan patient zero virus zombie ni. Tahu-tahu PBB keluarkan vaksin untuk semua penduduk dunia supaya kebal daripada jangkitan virus zombie tu.
4/10 daripada saya. Tambahan 1 bintang sebab babak power t*ntera yang menjaga kem Humphreys dekat Korea Selatan.
Dunia hari ini dikejutkan dengan kemunculan satu virus yang menjangkiti manusia. Pola jangkitan di negara kita saban hari semakin meningkat, lebih 100 kes baru setiap hari.
Virus yang kita hadapi hari ini bukanlah seperti dalam filem ini malah sebaliknya. Sesorang yang sememangnya mempunyai penyakit lebih berisiko sekiranya terkena jangkitan. Ianya bergantung kepada antibodi seseorang untuk melawan kesan jangkitan virus. Anak kecil dan orang tua yang mempunyai antibodi yang lemah lebih berisiko sekiranya terkena jangkitan, boleh membawa m@ut.
Bermula dengan jangkitan melalui titisan cecair/droplet yang keluar semasa pesakit batuk atau bersin, virus akan merebak ke bahagian pernafasan dan membuatkan pesakit sesak nafas dan kesak1tan pada bahagian dada. Pesakit juga akan mengalami batuk kering dan tidak berkahak.
Semoga pola jangkitan dan kes baru di negara kita berkurangan selepas cuti panjang yang diumumkan kerajaan. Cuti panjang boleh tengok movie hari-hari.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih