Sambungan dari Train to Busan. Hanya sambungan dari segi latar masa dan tempat. Tetapi plot dan watak-wataknya berbeza. Berlaku selepas 4 tahun Train to Busan.

SPOILER ALERT

1. Plot & jalan cerita yang lemah.

– Balik ke Korea semula penuh dengan zombie semata-mata nak ambil duit. Baik pergi mencuri/merompak lebih selamat. Motif watak yang tak kuat.

– Baik buat WHO/UN hantar sekumpulan saintis untuk kaji wabak zombie untuk elak hal itu berulang.

– Jung-seok (lakonang Dong-won) seorang askar yang ada pengalaman berhadapan dengan wabak zombie. Selepas 4 tahun, duduk merempat dengan abang ipar dia dan ada hubungan dengan gangster. Tak tahu macam mana askar macam ini boleh merempat dan macam mana boleh terlibat dengan gangster.

– Korea sudah musnah dan badan-badan dunia cuma mampu tutup sempadan dan biarkan Korea runtuh sampai 4 tahun dan adegan rancangan TV, “Oh, Korea dah musnah”. Wabak korona pun orang dah kalut, wabak zombie depa boleh rileks sapkoklu.

– Sembang pasal imigran tetapi tak kembangkan plot berkenaan isu itu. Tak ada ada ahli politik cakap apa-apa, tiada badan-badan dunia cakap apa-apa. Yang mampu buat cuma gangster sembang, “Kau susah nak dapat warganegara, baik balik Korea (yang penuh dengan zombie) ambil duit.”

– Kemunculan kumpulan unit 162 yang tak tahu asal usul. Siapa mereka? Mengapa budaya mereka teruk sangat? Bagaimana mereka boleh selamat sampai 4 tahun? Kenapa Min-jung (lakonan Jung-hyun) bermusuh dengan mereka? Macam mana pula Min-jung dan anak-anak dia boleh selamat selama 4 tahun?

– Jung-seok adalah watak utama yang awalnya signifikan. Selepas itu habis peranan dah. Tak ada sembang. Banyak diam. Tak tahu apa peranan terbesar dia selain daripada kemahiran menembak.

– Peninsula terlalu menekankan aksi. Filem yang berdurasi hampir dua jam, banyak membazir dengan aksi langgar-langgar kereta dan menembak. Macam layan Fast & Furious. Itu belum cerita CGI-nya yang teruk.

– Banyak adegan dan perbualan membazir seperti anak-anak Min-jung yang kalut berbual benda yang tak perlu. Baik sembang macam mana boleh hidup 4 tahun dengan zombie. Boleh pula buat adegan Jung-seok bermimpi yang kononnya cubaan untuk kaitan Jung-seok dan Min-jung.

– Cubaan untuk garap emosi penonton ternyata gagal. Malah memberikan kegelian terutamanya sempat berpelukan titis air mata waktu zombie tengah kejar-kejar. Adegan mimpi itu pun mungkin nak garap emosi, tapi gagal. Watak Min-jung yang nak bunuh diri, tak alih-alih boleh bantai zombie itu pun dramatik gila. Kalau awal-awal boleh buat gitu dah kenapa syok nak bunuh diri pula.

– Umumnya Peninsula ini membazir dengan aksi dan adegan tak perlu. Aksi berlebihan boleh ganti dengan mengukuhkan plot dan jalan cerita. Nampak macam filem ini malas nak buat cerita, cukup sekadar aksi. Filem ini dah macam “mindless”.

– Filem ini di bawah kategori horror/aksi. Tapi horror tak ada langsung. Cair habis sebab aksi berlambak-lambak.

2. Lakonan Kaku

Aku perasan lakonan kaku teruk ini ialah watak kumpulan gangster Hong Kong. Kita sedia maklum la orang Korea dan Hong Kong ramai tak pandai cakap Inggeris. Tapi kalau “try hard” sangat tunjuk tak pandai, lakonannya jadi keras. Macam baru berlatih baca skrip. Samalah macam watak-watak Korea lain yang cuba nak kekok cakap Inggeris.

4/10 — markah untuk latar & logo Malaysia.

Not recommended.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.