Isu yang paling hangat ketika ini ialah kes pembunuhan Dr. Fadi M. Al-Batsh, pensyarah UniKL dan juga ahli kanan kumpulan Hamas ketika beliau ingin mengimamkan solat subuh.

Tenggelam berita-berita tentang PRU. Sisi-sisi positifnya: kita masih berprihatin dengan isu yang lebih besar yang menimpa umat seakidah. Kita masih mempunyai perasaan “outrage” terhadap pembunuhan pejuang pembebasan tanah suci Islam.

Tapi sisi negatifnya: netizen kita masih tak dapat buang sikap “Blame Government First”. Habis diungkit semula kes Kim Jong-nam dan pihak berkuasa kita dimaki hamun, dikatakan tak buat kerja dan sebagainya. Ada yang siap buat teori kata ini merupakan akibat kita membenarkan Yahudi masuk (rujuk pada kes UN-Habitat pada bulan Februari) dan sebagainya.

Kata mereka, kes pembunuhan macam ini dah banyak berlaku, itu menunjukkan kelemahan penguatkuasaan kita. OK lah, tuan-puan kata banyak kes, cuba namakan satu kes lagi selain kes Kim Jong-nam? Selama ini pihak berkuasa berjaya melindungi Malaysia daripada ancaman Al-Qaeda dan ISIS, tak nampak pula tuan-puan mengucapkan terima kasih atau memuji pihak berkuasa? Satu dua kes berprofail tinggi terus penguatkuasa kita dilabel macam-macam?

Tuan-tuan dan puan-puan, pertama sekali, kalau kes ini benar Mossad (badan perisikan Israel) yang rancang, samada diorang akan mengupah orang asing (tak kira orang Arab ke, orang Pakistan ke, orang Nigeria ke dan sebagainya), atau menyamar sebagai pemegang pasport negara lain. Mana ada diorang nak bunuh terang-terang sebagai “ejen Mossad”. Itu modus operandi yang asas.

Kes kali ini sama dengan kes pembunuhan Mahmoud al-Mahbouh pada 19 Januari 2010 di Dubai, UAE. Sama seperti Dr. Al-Batsh, Al-Mahmoud juga merupakan orang kanan dalam Hamas. Al-Mahmoud merupakan antara pengasas Briged Al-Qassam. Selepas sebulan siasatan, polis Dubai mengatakan bahawa Mossad merupakan suspek utama.

Apa yang pasti, pihak Israel menafikan keterlibatan Mossad. Yang lebih menakjubkan, hasil siasatan menunjukkan skuad pembunuh seramai 26 orang semua memasuki Dubai atas pasport palsu. Ada yang meniru pasport UK, ada meniru Ireland, ada yang meniru Jerman, meniru Australia. Itu Mossad tuan-puan. Kalau nak buat passport palsu mereka buat sampai negara-negara paling maju ni pun tak mampu nak kesan.

Tuan-puan, kes pembunuhan bersasar (“targeted killing”) ini bukan senang nak halang. Orang yang masuk tu takkan bagitau pegawai di KLIA “saya masuk nak bunuh orang”. Pembunuh yang masuk tu mestilah jenis yang rekod clean punya. Itu common sense kalau nak melakukan jenayah, apatah lagi pembunuh level Mossad?

Itu harganya kita menjadi sebuah negara terbuka. Kalau nak kes sebegini langsung tidak berlaku senang je, kita tutup negara jadi macam Korea Utara. Jadi tiadalah sesiapa boleh masuk. Tiada orang masuk maka tak berlaku drama sebegini. Tapi adakah itu yang kita mahu?

Benarkah negara kita jadi sasaran kerana sistem kita lemah? Jangan lupa perkara yang sama juga berlaku di UK. Diorang lagi banyak kes pembunuhan bersasar berprofail tinggi berbanding kita, walaupun diorang kuasa besar yang jauh lebih maju. Selain kes Georgi Markov (tahun 1978) yang terkenal, dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga berlaku kes pembunuhan Alexander Litvinenko (2006), Alexander Perepilichnyy (2012), Boris Berezovsky (2013), Scot Young (2014) dan baru-baru ini Sergei Skripal. Semua disyaki dirancang KGB/FSB Rusia.

So nak kata UK punya penguatkuasa lembap? Atau perkara sebegini di luar jangkaan dan berlaku secara kebetulan? Dr. Al-Batsh based di Malaysia, kalau Mossad tak bunuh beliau di Malaysia, nak bunuh di mana?

Dalam kes Mahbouh ada dua orang ahli kumpulan Fatah yang terlibat. Untuk kes Al-Batsh kali ini, tidak ditolak ada kemungkinan yang sama memandangkan hubungan kedua-dua kumpulan menjadi semakin teruk susuli kejadian cubaan membunuh pada bulan lepas ke atas Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah (Fatah). Tapi saya lebih rela hasil siasatan menunjukkan Mossad yang merancang semua. Lagi menyayat hati melihat Muslim berbalah sesama Muslim.

Kalau berlaku musibah sebegini, kita doa-doakan je lah asy-syahid ditempatkan di kalangan para solihin, dan semoga PDRM berjaya menangkap suspek. Yang selebihnya itu, samada mencaci pihak berkuasa atau memburuk-burukkan nama negara, hanya menyimpang dari ciri seorang mukmin. Memaki hamun kerajaan tak akan menyucikan dosa anda.

(sebenarnya tak nak komen kes sensitif macam ini. Kes jenayah biar polis je lah yang siasat. Tapi kang orang hairan kenapa kes Korea Utara dulu cepat je den bersuara, tapi kes Mossad tak kata apa-apa)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.