Hari ini ialah ulang tahun ke-30 keruntuhan Tembok Berlin (Berliner Mauer) pada 9 November 1989 yang menandakan berakhirnya era “P3rang Dingin” (Cold War) dari 1947-1989.

P3rang Dingin ialah konflik antara US dan USSR (Union of Soviet Socialist Republics, atau Soviet Union) yang muncul sebagai “superpower” dunia selepas P3rang Dunia Kedua (WW2) tamat. “Dingin” sebab mereka berdua ni tak pernah berp3rang secara depan-depan (akibat kewujudan senjata nuklear, p3rang berskala penuh berisiko membawa malapetaka), sebaliknya mereka guna pengaruh politik dan ekonomi masing-masing untuk menguasai negara-negara yang strategik.

Eropah Barat dikawal oleh US, manakala negara Eropah Timur seperti Poland, Czechoslovakia, Hungary dan Romania dikawal USSR. Jerman yang berada di tengah-tengah Eropah dipecahkan kepada dua: Jerman Barat yang mengamalkan kapitalisme ikut US, dan Jerman Timur yang mengamalkan komunisme ikut USSR.

Ibu kota Jerman iaitu Berlin juga dipecahkan kepada dua jadi Berlin Barat dan Berlin Timur. Untuk menghalang penduduk Berlin Timur lari ke Berlin Barat, kerajaan Jerman Timur (atas arahan USSR) mendirikan tembok sepanjang 160 km di sempadan Berlin Barat dan Berlin Timur pada tahun 1961. Sejak dari itu, Tembok Berlin dilihat sebagai simbol keadaan dunia pada era P3rang Dingin yang berpecah ikut ideologi ekonomi-politik kapitalisme dan komunisme.

Mikhail Gorbachev yang menjadi pemimpin USSR sejak tahun 1985 melonggarkan kawalan USSR ke atas negara-negara Eropah Timur. Pada 4 Jun 1989, Poland mengadakan pilihanraya, pemerintahan komunis di Poland tamat, tapi USSR tak campur tangan. Kemudian pada 6 Oktober, Hungary pula membuang ideologi komunisme, sekali lagi USSR tak campur tangan. Keadaan itu membuatkan penduduk Jerman Timur dan Berlin Timur jadi berani untuk mengasak Jerman Timur supaya menamatkan pemerintahan komunis dan membuka pintu Tembok Berlin.

Akhirnya, pada 9 November 1989, kerajaan Jerman Timur membuka pintu Tembok Berlin, membawa kepada keruntuhan Tembok Berlin. “Keruntuhan” (fall) bukan bermaksud Tembok Berlin tu tiba-tiba hancur dan jatuh macam Night King meruntuhkan The Wall dalam Game of Thrones, tapi lebih kepada kehilangan fungsinya. Sehingga Jun 1990, baru Tembok Berlin dirobohkan sepenuhnya, dan Jerman Barat dan Jerman Timur bergabung semula menjadi negara Jerman yang bersatu.

Susulan itu, satu per satu rejim komunis di Eropah Timur jatuh, dari Czechoslovakia, Romania, Bulgaria hingga Yugoslavia. Malah pemerintahan komunis di USSR pun tamat pada 25 Disember 1991 dan USSR berpecah kepada 15 negara termasuk Russia, Belarus dan Ukraine. Selepas 1991, hanya tinggal 5 negara di dunia yang masih mendakwa diri sebagai negara komunis (China, Korea Utara, Vietnam, Laos dan Cuba), tapi tu pun atas kertas saja. Sistem ekonomi China dan Vietnam bukan komunis, tapi kapitalisme yang ada campur tangan kerajaan.

Jadi ramai intelektual melihat peristiwa keruntuhan Tembok Berlin sebagai tanda “kemenangan” kapitalisme ke atas komunisme, seperti Francis Fukuyama yang kata “sejarah telah tamat” dalam artikelnya “The End of History?” (1989) yang mendakwa bahawa penerimaan kapitalisme dan demokrasi secara sejagat di dunia pasca P3rang Dingin akan menjadikan dunia semakin aman dan damai.

Maka muncullah “buzzwords” seperti “dunia tanpa sempadan” (borderless world), “globalisasi”, “global village” pada 1990-an. Benda-benda macam Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) semua ditubuhkan pada 1990-an. Orang percaya kapitalisme, demokrasi dan teknologi akan meleburkan sempadan antara negara, menjadikan konsep negara-bangsa (nation-state) tidak lagi relevan.

Tapi apa yang berlaku pada beberapa tahun lepas bertentangan dengan apa yang dibayangkan. Dunia mula menyaksikan kemunculan semula semangat nasionalisme di merata dunia, kebangkitan sentimen anti-globalisasi, dan juga “New Cold War” antara US, China dan Russia. Malah di Jerman pun mula menyaksikan kebangkitan parti AfD yang mencabar nilai-nilai demokrasi liberal.

Siri buku aku dinamakan “Dunia Tanpa Tembok”, nak tunjukkan bahawa konteks dunia pasca Tembok Berlin ni penting bagi memahami isu-isu yang sedang berlaku di dunia. Dunia tanpa tembok tak semestinya lebih selamat berbanding dunia yang dipisahkan oleh tembok.

Tak kira ada tembok ke tak ada tembok, sifat azali manusia yang “insecure” dan mahu “dominate” (“animus dominandi”) tak akan berubah, jadi manusia tak akan berhenti berkonflik sehingga ke kiamat. Kalau dulu negara berkonflik dan berpecah pasal soal kapitalisme vs. komunisme, kini pasal soal identiti pula.

*Terima kasih kepada sahabat yang bawa buku DTT sampai kat tapak peninggalan Tembok Berlin.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.