Hari ini ialah ulang tahun ke-500 peristiwa Reformasi Protestan (“Protestant Reformation”). Bukan nak suruh korang sambut, cuma peristiwa itu memberi kesan yang cukup besar terhadap perkembangan sejarah Eropah bahkan perkembangan sejarah dan tamadun manusia.

Reformasi Protestan bermula pada 31 Oktober 1517, apabila seorang paderi berbangsa Jerman bernama Martin Luther bertindak menampal pamphlet berjudul “95 Theses” pada pintu gereja All Saints’ Church di Wittenberg, Saxony. Dalam pamphlet tersebut, Luther mengemukakan 95 hujah mengapa beliau menganggap amalan dan kepercayaan Katolik sudah menyeleweng daripada ajaran Bible yang murni.

Luther sebenarnya cuma nak mengajak bishop-bishop setempat untuk berdebat. Zaman itu tiada Facebook atau Twitter, jadi Luther terpaksa buat posting secara manual dan ditampalkan di depan pintu gereja. Kalau ada FB cuma perlu menaip dan tag diaorang saja. Di luar jangkaan Luther, 95 Theses telah menjadi tular dan mendapat perhatian daripada Charles V, Holy Roman Emperor.

Ketika itu, Saxony dan keseluruhan Eropah Barat menganut Kristian mazhab Katolik yang berada di bawah autoriti Pope dan naungan Holy Roman Emperor. Charles V bimbang tindakan Luther akan mengancam autoriti Pope dan dia sendiri, maka Luther dihukum sesat dan ajarannya diharamkan sama sekali.

Namun bara api yang dinyalakan oleh Luther gagal dipadamkan, malah merebak ke seluruh Eropah. Di Switzerland, tokoh seperti John Calvin dan Huldrych Zwingli memperjuangkan reformasi melalui mazhab Calvinist. Di England terlahirnya mazhab Anglican. Mereka semua ini mempunyai matlamat yang sama untuk menentang (“protest”) autoriti Katolik, maka mereka digelar sebagai “Protestant”.

Akibat daripada Reformasi Protestan, negeri-negeri Jerman di bawah naungan Holy Roman Emperor telah berpecah kepada kem Katolik dan kem Protestan. Perang antara Katolik dan Protestan berlangsung sehingga tahun 1648 apabila negeri-negeri Jerman diberi kebebasan untuk menganut ajaran Protestan menerusi perjanjian “Peace of Westphalia”. Maka bermulalah proses sekularisasi di Eropah di mana Pope tidak lagi berhak untuk bercampur tangan dalam urusan agama dalam sesebuah negara.

Dan disebabkan oleh anutan yang sama, negeri-negeri Jerman Protestan ini mula melihat mereka sebagai satu entiti yang bersatu, maka terbentuklah negara bangsa Jerman yang terasing daripada Austria (juga berbahasa Jerman) yang bermazhab Katolik.

Dan disebabkan oleh perbezaan pegangan, England dan Belanda (Protestan) menjadi musuh Sepanyol (Katolik), dan armada laut Sepanyol ditewaskan oleh England pada tahun 1588. Belanda dan England menjadi kuasa laut terunggul di dunia.

Dan sebilangan besar penganut Protestan daripada England (seperti Puritan) melarikan diri ke Amerika Utara dan mendirikan jajahan bernama New England, dan New England akan menjadi asas kepada negara bernama Amerika Syarikat kelak.

Andaikan sekiranya Luther tidak menampal 95 Theses pada hari ini, 500 tahun yang lalu, sejarah dunia akan berubah.

Kalau tiada reformasi Protestan, maka tidak akan wujud Jerman. Tiada Jerman, maka tiada Perang Dunia Pertama. Tiada Perang Dunia Pertama, maka tidak akan wujud Hitler. Tiada Hitler, maka tidak akan berlaku Holocaust. Tiada Holocaust, maka tidak akan wujud Israel. Tiada Israel, maka tiada masalah Palestin. Kalau tak wujud Jerman maka tak wujud kereta automobil (yang dicipta di Mannheim). kalau tak wujud kereta maka tiada keperluan terhadap petroleum. Kalau tiada keperluan terhadap petroleum maka Pak Arab tak kaya. Kalau Pak Arab tak kaya maka tiada bangunan mewah-mewah di Mekkah. Kalau tiada bangunan mewah-mewah maka harga umrah tak jadi mahal.

Kalau tiada reformasi Protestan, maka tak wujud Belanda. Kalau tak wujud Belanda maka Nusantara tak akan berpecah kepada Malaysia dan Indonesia, atau kemungkinan besar Melaka akan terus dijajah oleh Portugis buat beberapa ratus tahun lagi, seperti Macao. Dan kemungkinan bahasa antarabangsa hari ini ialah Bahasa Sepanyol. Kalau tiada Belanda, Afrika Selatan tidak akan dijajah. Kalau Afrika Selatan tak pernah dijajah maka Elon Musk tak akan lahir. Kalau tiada Elon Musk maka tiada Tesla.

Kalau tiada reformasi Protestan, maka orang England tak berhijrah ke Amerika, maka tak wujud George Washington. Tak wujud Washington maka tak wujud Amerika Syarikat. Tak wujud Amerika Syarikat maka tak wujud Hollywood, NASA, iPhone, Coca-Cola, McD, Starbucks atau Donald Trump.

Semua itu adalah rentetan daripada satu tindakan Luther yang kecil: menampal pamphlet. Walaupun nampak kecil, ia memberi impak yang begitu besar kepada sejarah manusia.

Jadi jangan memandang rendah kepada “the power of action”. Dengan keberanian bertindak, Luther telah mengubah sejarah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply