Korang tau tak, punyalah nak elak daripada riya’, ada sorang ulama’ tafsir yang siap basuh tandas. Inilah cerita seorang lelaki mulia bernama Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi.

Pendakwah Islam ini berkhidmat kepada ummah di bumi Mesir. Mereka sangat menyayanginya. Sampaikan pernah suatu masa, kereta yang dinaiki oleh Syeikh Mutawalli asy-Sya’rawi diangkat beramai-ramai oleh rakyat Mesir. Begitulah besarnya takzim rakyat Mesir kepadanya.

Bukan itu sahaja. Dai’e Sejuta Umat ini turut diiktiraf dengan pelbagai anugerah. Beliau telah menggapai kelulusan Doktor Falsafah pada tahun 1943. Pada hari persaraannya, beliau telah mendapat Pingat Penghargaan Terbilang pada 15 April 1976. Kerajaan telah memberikan Anugerah Khas kerajaan Mesir dan Anugerah Pengiktirafan Tokoh Agama Terulung tahun 1988 sempena sambutan hari Pendakwah Mesir.

Semua pujian dan anugerah kecemerlangan itu tak sedikit pun membekas di hatinya.

Pada suatu hari, pemandu kereta Syeikh merasa pelik. Kenapa agaknya Syeikh masih belum keluar daripada masjid. Untuk melenyapkan tanda tanya, dia keluar daripada kereta dan masuk semula ke masjid. Alangkah terperanjatnya, dia mendapati Syeikh sedang menyental mangkuk tandas.

Maka pemandu itu pun bertanya kepada Syeikh.

Syeikh menjawab: “Tadi, ketika aku melihat orang-orang menangis kerana mendengar ceramahku, aku merasa ada sifat sombong dan ujub di dalam hatiku. Sekarang aku ingin menghinakan diriku.”

Kalau tengok gambar Syeikh Mutawalli asy-Sya’rawi, mungkin pelik kenapa beliau tak pakai serban besar macam ulama’ lain. Diceritakan oleh pelajar-pelajar di Mesir, kononnya pada suatu masa, orang ramai pernah mengatakan yang dia nak menjadi Syeikhul Azhar, iaitu jawatan tertinggi di Universiti al-Azhar Syariff, Mesir. Oleh kerana itu, Syeikh mengambil keputusan untuk memakai kopiah biasa sahaja sekaligus mencerminkan sifat tawadduknya.

Sampai ke hari ini, jenis kopiah yang dipakainya itu digelar kopiah Syeikh Mutawalli asy-Sya’rawi. al-Fatihah kepada al-Imam yang sudah berbahagia di alam barzakh dan meninggalkan legasi kitab Tafsir Mutawalli asy-Sya’rawi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply