Covid-19 tidak mengenal mangsanya tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik, kerakyatan atau tempat di mana mereka berada. Dan ia dibuktikan menerusi cerita-cerita ini.
Semalam, seorang lagi penumpang dari kapal persiaran Diamond Princess kembali ke Penciptanya pada usia 80-an. Lelaki itu disahkan positif menghidap Covid-19 dan m4ti akibat pneumonia. Ini menjadikan kem4tian keempat di atas kapal berkenaan.
Dua lagi m4ti akibat Covid-19 selepas jatuh s4kit atas kepala manakala satu lagi kes tidak didedahkan diagnosisnya oleh Kementerian Kesihatan Jepun. Hampir 700 orang yang berada di Diamond Princess yang dikuarantin selama dua minggu disahkan positif menghidap Covid-19.
Dan kini tekanan mula dirasai Tokyo yang dikritik berkenaan cara menguruskan kapal. Ini termasuklah sesetengah penumpang yang dibenarkan turun tidak diuji langsung semasa kuarantin, satu perkara yang diakui pihak kementerian.
Disebabkan polisi ini juga, beberapa pegawai yang terlibat dalam kuarantin Diamond Princess disahkan positif menghidap Covid-19. Semalam, dua lagi pegawai kementerian kesihatan dibawa ke hospital selepas disahkan menghidap peny4kit berkenaan. Manakala enam lagi pegawai yang menguruskan kerja kuarantin kapal turut disahkan positif.
Kebanyakan negara telah memindahkan rakyat mereka yang berada di kapal. Terbaru, Filipina memindahkan 450 warganya dengan dua penerbangan sewa dengan 81 warganya yang disahkan positif terus dirawat di Jepun.
Selain masalah j4ngkitan atas kapal, Jepun juga turut bergelut dengan kes Covid-19 di negara mereka. Ketika ini, Jepun mempunyai 156 kes positif Covid-19 dengan satu kes kem4tian.
Di Iran pula, seorang timbalan menteri Iran mengaku dirinya positif menghidap Covid-19. Iraj Harrichi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Iran mengumumkan perkara tersebut semalam.
Sehari sebelumnya, Harichi dilihat mengelap peluh dan batuk beberapa kali semasa sidang media di Tehran bersama jurucakap kerajaan Ali Rabiei.
Dalam sidang media itu, beliau menafikan khabar angin 50 orang m4ti di Qom akibat Covid-19 dan bersedia meletak jawatan sekiranya dibuktikan sebaliknya.
Dan semalam, dalam satu video yang disiarkan oleh stesen televisyen kerajaan, Harichi telah mengasingkan dirinya, mengambil ubat dan berehat. Dalam video yang sama, beliau juga menegaskan Iran akan dapat mengalahkan 4ncaman Covid-19.
Ketika artikel ini ditulis, Iran mempunyai 95 kes positif Covid-19 dan 15 kes kem4tian akibat peny4kit berkenaan. Tetapi anehnya walaupun dianggap pusat utama Covid-19 di Tehran, Iran memilih untuk tidak mengkuarantin bandar berkenaan..
Menurut Menteri Kesihatan Iran, Saeed Namaki, keputusan tersebut dibuat dengan melihat tindakan kuarantin sebagai tindakan kolot. Beliau menambah penduduk juga lebih arif dengan situasi dan tidak akan keluar dari bandar berkenaan. Kenyataan ini mengundang kemarahan ramai pihak di Iran.
Namun, Harichi bukan satu-satunya pegawai tinggi Iran yang disahkan positif menghidap Covid-19. Ulama Syiah yang berpangkalan di Qom, Ayatollah Shobeiri Zanjani juga turut disahkan positif dan kini diletakkan dalam situasi kuarantin.
RUJUKAN:
Al-Monitor. (2020). Fast-spreading coronavirus pushes Iran closer to lockdown. https://www.al-monitor.com/pulse/originals/2020/02/iran-coronavirus-panic-lockdown-government-under-fire.html
Channel News Asia. (2020). Fourth passenger from cruise ship dies in Japan: Reports. https://www.channelnewsasia.com/news/asia/covid-19-coronavirus-japan-diamond-princess-cruise-death-12467980
The Star. (2020). Covid-19: Iran’s deputy health minister tests positive. https://www.thestar.com.my/news/world/2020/02/25/covid-19-iran039s-deputy-health-minister-tests-positive?fbclid=IwAR1EbfMs5BbL_DiecLXlLhypEr5-a7-4dCDBOWNGP8YUGcNW-LcOZVBC-fs
The Star. (2020). Two more Japan officials aboard cruise ship contract Covid-19. https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/02/24/two-more-japan-officials-aboard-cruise-ship-contract-covid-19
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih