Ia antara rekod terpenting yang mencatatkan ritual serta upacara yang berlaku sepanjang tertubuhnya Dinasti Joseon ini. Uigwe ialah koleksi lebih 3,000 buah buku yang merekodkan protokol ritual Joseon.

 

Pada tahun 2007, koleksi uigwe ini telah dimasukkan dalam Program Memori Dunia UNESCO bagi memelihara keasliannya. Jadi, apa yang ada dalam rekod uigwe ini?

 

Dalam uigwe ini, ia menggabungkan teks serta ilustrasi secara terperinci tentang pelbagai upacara khas negara. Antara upacara ini termasuklah upacara pertabalan, perkahwinan, jamuan, lukisan potret diraja, pengebumian dan upacara nenek moyang.

 

Kebanyakan jilid uigwe ini ditulis dengan tangan, tapi rekod selepas itu semakin banyak menggunakan cetakan blok kayu, khusus untuk salinan arkib. Setiap edisi uigwe yang dikeluarkan, akan mempunyai satu edisi yang eksklusif untuk raja.

 

Edisi eksklusif uigwe untuk raja ini dicirikan dengan sampul luar (kulit buku) sutera, kertas berkualiti tinggi, penjilidan cermat dan tulisan tangan yang cantik bertujuan untuk menjadi salinan yang akan dilihat oleh raja. Menariknya, kulit buku sutera khas untuk raja ini turut mempunyai corak tersendiri, biasanya bercorak awan, dan ada hiasan merah di sekelilingnya.

 

Kebiasaannya, empat hingga sembilan lagi salinan uigwe, khusus untuk para sarjana akan disimpan di empat arkib wilayah, iaitu Gunung Jeongjoksan di Pulau Ganghwa, Gunung Jeoksang di daerah Muju-gun, Gunung Odaesan di Wilayah Gangwon dan Gunung Taebaeksan di daerah Yeongwol-gun.

 

Uigwe yang direkodkan ini sangat terperinci, dan ada pembahagian tugas untuk setiap proses tertentu. Sebagai contohnya, jawatan dan nama individu yang mengawasi upacara, senarai peserta, jenis bekalan yang diperlukan, perbelanjaan ditanggung ganjaran yang dikurniakan kepada individu yang berjasa setelah upacara sempurna.

 

Butiran yang terdapat dalam uigwe membenarkan generasi seterusnya untuk memahami yang lebih menyeluruh tentang pelaksanaan yang betul sesuatu peristiwa besar, dengan itu menghalang sumber negara daripada dibazirkan atau dibelanjakan di tempat lain pada masa hadapan.

 

Penggunaan awal istilah uigwe ini bermula dengan rekod Gyeongbokgung joseong uigwe, iaitu Protokol Diraja untuk Pembinaan Istana Gyeongbokgung, yang diterbitkan pada tahun 1395 (tahun keempat pemerintahan Raja Taejo). Malangnya, semua uigwe diterbitkan pada awal penubuhan Dinasti Joseon akhirnya telah musnah semasa Jepun menceroboh Korea (1592–1598).

 

Pada akhir era Joseon, jumlah uigwe terbesar adalah yang disusun semasa pemerintahan Raja Yeongjo (1724–1776). Malah, pelbagai jenis uigwe turut dihasilkan semasa pemerintahan Raja Sukjong (1674–1720), Raja Sunjo (1800–1834), dan Raja Gojong (1863–1907).

 

Meskipun ada banyak uigwe yang dirompak serta dibawa lari oleh Perancis dan Jepun, namun usaha berterusan yang dijalankan telah berjaya membawa pulang sebahagian besar daripada naskhah bersejarah ini. Hari ini, koleksi uigwe yang dipulihara telah disimpan di Muzium Istana Negara Korea.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply