Keputusan Kongres Bahasa Melayu kedua pada 1 dan 2 Januari 1954 yang menetapkan huruf Rumi sebagai huruf rasmi dengan tidak meninggalkan huruf Jawi telah mendapat tentangan yang hebat pada waktu itu. Bahkan Buya Hamka juga pernah menyuarakan bantahannya seperti mana dipetik sebahagian dari majalah Qalam bilangan 19 (Februari 1952):

“Pengalaman di Indonesia selama 30 tahun dapatlah saya jadikan bukti bahawasanya huruf yang dipakai itu menunjukkan pula akan jalan berfikir bangsa yang memakainya. Huruf adalah lukisan daripada kalimat yang hendak dipakai dan kalimat adalah datang dari fikiran kita.

Dahulu seluruh bangsa Melayu dan juga disebut bangsa Jawi, memakai hanya satu tulisan huruf iaitu huruf Jawi. Huruf Jawi adalah huruf-huruf Arab yang telah dipilih oleh nenek moyang kita setelah agama Islam masuk ke tanahair kita, baik pulau-pulau Melayu yang sekarang bernama Indonesia atau Semenanjung Tanah Melayu. Mana-mana yang tidak lengkap telah dilengkapkan oleh beliau-beliau iaitu huruf ﭺ, ڠ, ﭪ, ݢ dan ڽ seumpama ini juga diperbuat oleh bangsa Parsi.”

“Masih adakah huruf Melayu-kata kami dan huruf Jawi-kata tuan, itu di Indonesia sekarang ini?”

“Masih dan belum hilang. Tetapi terletak di tempat yang gelap iaitu di dalam surau-surau dan pengajian pondok.”

“Janganlah dibenarkan huruf Jawi (Melayu) ini hilang. Kerana keadaan kita berbeza. Seluruh Melayu Semenanjung Islam semua. Kebangsaan tuan adalah bertulang belakang kepada Islam. Tidaklah menjadi suatu kehinaan jika tuan tetap memakai shi’ar kebangsaan dengan huruf itu.”

“Orang China bertahan dengan tulisan Kanji begitu juga Jepun. Russia begitu juga. Daulat Yahudi di Palestine yang hanya 700 ribu orang pun menghidupkan huruf Ibrani.

India dan Pakistan telah terbelah, menghidupkan huruf masing-masing, India huruf Hindi, Pakistan huruf Arab yang dipinjam sebagai kita juga. Kurangkah kebangsaannya? Hinakah dia? Tidak! Sebab mereka tidak merasa rendah diri tetapi megah dengan kekayaannya!”

“Kami terpengaruh oleh fikiran Islam di Jawa ingin mencari kembali “huruf Melayu” kerana terasa bertambah kaburnya pengaruh Islam pada hal di sini sedang dicuba hendak menghilangkan pula “huruf Jawi”.

“Pulanglah kembali ke jalan raya yang tebal. Kami telah kembali dari sana! Kami telah tahu di sana ada lubang. Kalau tuan lanjutkan juga, tuan akan jatuh. Percayalah kepada kami.”

“Pengalaman-pengalaman yang telah diderita oleh 90% umat Islam di Indonesia yang dahulu hurufnya yang berkuasa sehingga segala bangsa menulis dengan huruf itu, sekarang hurufnya muram cahayanya dan nyaris padam kerana kesesiaan pada mulanya hendaklah jadi i’tibar bagi saudara-saudara di Semenanjung.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.