Korang tau tak, walaupun dunia dah maju, ubat-ubatan moden masih manfaatkan herba tradisional. Manfaat alami tak boleh dinafikan.

Lapisan pokok Willow digunakan sebagai painkiller sejak zaman Greek purba. Dalam bahasa Latin, ia dipanggil salix. Saintis Jerman menemukan acetylsalicylic acid yang diekstrak dari synthetic willow bark. The Bayer Company memasarkannya pula dengan nama Aspirin.

Opium merupakan herba yang sampai ke Rom dari hubungan dagang India. Masyarakat barat campurkan dalam wain untuk kurangkan rasa pahit. Dalam pasukan Legionary Rom, semua doktor tentera ada botol laudanum dari ramuan opium.

Di zaman moden, The Bayer Company mencipta Morphine dari herba opium. Bagaimanapun, veteran perang ramai pulak ketagih dengan Morphine. Justeru, syarikat tadi synthesized diamorphine dan dipasarkan dengan nama Heroin untuk merawat ketagihan.

Digitalis diambil dari tumbuhan foxglove. Ia digunakan untuk merawat buku lali yang bengkak. Simptom yang berpunca dari kegagalan jantung telah memberi kesan kepada bahagian luar tubuh. Digitalis membantu untuk menenangkan degupan jantung dan sekaligus mengurangkan bengkak.

Gout sejenis penyakit yang berpunca daripada uric acid yang berlebihan. Pesakit gout akan lebih menderita bila cuaca sejuk dan uric acid itu mengkristal. Sakitnya Tuhan saja yang tahu! Ia dirawat menggunakan colchicine yang diekstrak dari tumbuhan autumn crocus

Ada juga herba yang digunakan perempuan purba untuk makeup.

Belladona diekstrak dari tumbuhan nightshade. Gadis manja akan menitiskan sedikit Belladona ke mata mereka. Kesannya, pupil mata akan mengembang dan wajah jadi lebih menawan.

Begitu banyak herba semulajadi yang dimanfaatkan manusia dalam sains perubatan. Meskipun ubat-ubatan moden banyak dihasilkan secara sintetik, penggunaan herba alami tidak dinafikan kebaikkannya sehingga ke hari ini. Terima kasih Tuhan yang mengurnikan kami anugerah alam.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply