Raja Ahmad Thabib bin Raja Hasan ialah ulama dan Tabib Diraja (Ketua Doktor Kerajaan) Riau. Beliau adalah cucu kepada Raja Ali Haji bin Raja Ahmad, ulama dan pemikir agung Alam Melayu.
Manakala datuk saudaranya iaitu Raja Daud bin Raja Ahmad juga pernah dilantik menjadi Tabib Diraja Riau. Raja Ahmad Thabib dilantik menjadi Tabib Diraja pada tahun 1901 M iaitu ketika beliau berusia 36 tahun.
Kepakaran Raja Ahmad Thabib dalam ilmu perubatan terbukti dari karyanya iaitu Risalah Rumah Ubat Raja Haji Ahmad. Beliau juga telah mencipta beberapa jenis ubat.
Antara yang masyhur ialah ubat yang dinamakan Syarbat Zanjabil. Ubat ini berupa cairan yang dibuat daripada bahan rempah ratus dan berbau agak harum.
Syarbat Zanjabil sangat masyhur ketika itu kerana kemujarabannya dalam mengubati beberapa penyakit seperti sakit jantung, sakit tulang, sakit kuning dan lain-lain.
Namanya kini diabadikan pada Rumah Sakit Umum Daerah (Hospital Daerah) Tanjung Pinang, Riau.
*Gambar : Bekas bangunan Gedung Tabib (hospital) milik Raja Daud bin Raja Ahmad (adik Raja Ali Haji dan datuk saudara Raja Ahmad Thabib) di Pulau Penyengat.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih