Selalunya untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi, kita digalakkan memberus gigi dan berkumur bagi memastikan mulut dan gigi kelihatan sihat. Tetapi terima kasih kepada dakwaan seorang gabenor Jepun ini, ia mengundang panik dalam kalangan warga Jepun yang berlumba-lumba mendapatkan ubat kumur!

Pada Selasa lepas, Gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura mendakwa bilangan virus dalam air liur 41 pesakit yang menunjukkan simptom ringan Covid-19 berkurangan selepas berkumur dengan ubat yang dicampur iodin povidon berbanding pesakit yang tidak mengunakan ubat tersebut. Kajian ini dikatakan dibuat di sebuah hospital di Osaka.

Dalam satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Osaka, Yoshimura menambah, “Mungkin kita boleh mengatasi Covid-19 dengan ubat kumur.” Apabila berita tersebut diketahui ramai, ia mendorong orang ramai membuat pembelian panik ubat kumur di farmasi-farmasi seluruh negara.

Bila pembelian panik berlaku, sudah pasti rak-rak yang menempatkan ubat kumur kehabisan. Dalam satu ciapannya, seorang pengguna Twitter bernama @shotaro-1117 bertanya, “Ada sesiapa menghadapi masalah membeli ubat kumur? Saya sudah terlepas sebanyak empat kali.” Dalam ciapan yang sama, @shotaro-1117 turut menunjukkan empat rak ubat kumur yang kosong.

Ciapan @shotaro-1117 berkenaan pembelian panik ubat kumur di Jepun. Sumber: https://www.straitstimes.com/asia/east-asia/gargling-solution-flies-off-japans-shelves-after-governor-touts-anti-coronavirus

Di kedai ubat Matsumotokiyoshi Holdings Co. di Chiyoda, Tokyo, semua ubat yang mengandungi iodin povidon habis dijual menjelang jam 3.30 petang. Tiga kedai ubat berhampiran di kawasan sama turut merekodkan kehabisan bekalan ubat iodin povidon. Manakala Amazon Jepun menyenaraikan ubat kumur sebagai antara produk yang habis dijual.

Di Jepun, warganya suka berkumur kerana dilihat boleh mencegah penyakit seperti selsema dan demam semasa musim sejuk seperti membasuh tangan. Bagaimanapun, keberkesanannya dalam mencegah demam dan selsema masih lagi diperdebatkan.

Ada juga mendakwa dengan berkumur, ia sedikit sebanyak turut membantu mengurangkan kes gelombang pertama Covid-19 di Jepun selain membasuh tangan dan memakai topeng muka. Tetapi sejak beberapa minggu ini, bilangan kes Covid-19 di seluruh negara semakin bertambah dengan bilangan kes di Osaka dijangka mengatasi bilangan kes di Tokyo walaupun mempunyai populasi yang lebih kecil.

Dakwaan Yoshimura dilihat antara gagasan terdesak sesetengah pemimpin mencari penawar ajaib Covid-19 demi menjamin kemandirian politik mereka. Misalnya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mendakwa hydroxychloroquine merupakan penawar Covid-19 yang berkesan walaupun saintis memberi amaran ia boleh memberi kesan sampingan termasuk s3rangan jantung.

Bagi kerajaan Jepun pula, mereka sedar tentang komen kontroversi yang dibuat Yoshimura termasuk fakta penyelidik sedang menyemak sekiranya iodin povidon boleh menghalang Covid-19 dari bertambah buruk. Jurucakap kerajaan Yoshihide Suga berkata, “Kami akan memantau dengan lebih dekat perkembangan kajian ini.”

Namun, ramai pakar merasa skeptik dengan dakwaan dan kajian yang dilakukan di Osaka. Pengerusi Persatuan Perubatan Jepun, Toshio Nakagawa melihat sebarang dakwaan iodin povidon boleh mengubati Covid-19 masih tidak disokong oleh bukti yang kukuh.

Nakagawa berkata, “Saya faham gabenor (Yoshimura) mesti merasa risau dengan pertambahan kes secara tiba-tiba di wilayahnya dan tercari-cari berita baik. Saya tidak mahu menyerang dakwaan tersebut sebagai mengarut tetapi mengikut kedudukan persatuan kami, kita seharusnya bersikap tenang dan meneruskan penyelidikan.”

Manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula langsung tidak berselindung dan membidas dakwaan tersebut melalui ciapan Twitter ini, “Tiada bukti saintifik yang menunjukkan ubat kumur boleh mencegah Covid-19.” Bagi penulis dan ahli farmasi Shuichi Aoshima, dakwaan sebegini boleh membawa kepada pertambahan bilangan kes negatif palsu membabitkan ujian PCR.

Ini berikutan sebarang ujian PCR yang diambil selepas mengambil ubat sebegini boleh mengurangkan tahap sebenar bilangan virus dalam badan. Aoshima menambah dalam menerusi ciapan di Twitternya, “Ianya sama seperti menumpahkan iodin povidon dalam satu sampel virus.”

RUJUKAN:

Reidy, Gearoid. (2020). Experts shoot down Osaka governor’s claim that gargling helps beat virus. The Japan Times. https://www.japantimes.co.jp/news/2020/08/05/national/osaka-hirofumi-yoshimura-gargling-coronavirus/#.XyqN3Z4zaM8

Reidy, Gearoid. (2020). Gargle medicine can fight coronavirus, Osaka governor says, citing limited data. The Japan Times. https://www.japantimes.co.jp/news/2020/08/04/national/gargle-medicine-coronavirus-osaka-governor-hirofumi-yoshimura/#.XyqN154zaM8

Murakumi, Sakura. (2020). Gargling solution flies off Japan’s shelves after governor touts anti-virus effect. Reuters. https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-japan-gargling/gargling-solution-flies-off-japans-shelves-after-governor-touts-anti-virus-effect-idUSKCN2510PQ


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.