Semasa Geoffrey Tandy dipanggil ke Bletchley Park pada tahun 1939M, beliau tidak menjangkakan sesuatu yang besar akan berlaku. Sebagai seorang sukarelawan dalam Royal Navy Reserves (skuad simpanan Tentera Laut Diraja), Tandy berhajat untuk berkhidmat kepada Britain dengan apa cara sekalipun memandangkan Perang Dunia ke-2 yang berlangsung ketika itu mengancam negaranya.
Namun sebagai seorang ahli kriptogami (cryptogamist) di Muzium Sejarah Negara, Tandy tidak begitu yakin beliau akan dapat menyesuaikan diri. Ahli kriptogami mengkaji alga, sebuah kemahiran yang tidak diperlukan dalam bidang penstrategian ketenteraan.
Tandy dialu-alukan oleh perwakilan Kementerian Pertahanan, yang kelihatan amat teruja dengan prospek penglibatan Tandy dalam pergerakan berkelas rahsia di Bletchley – terlalu teruja, tentang seseorang yang pakar dalam bidang rumpai laut.
Pada suatu ketika, Tandy menyedari bahawa berlaku kesilapan pada pihak Kementerian. Perincian yang sebenar telah pun hilang dari sejarah, namun jelas apa yang diketahui adalah seseorang secara tidak sengaja mencatatkan pekerjaannya, iaitu cryptogamist sebagai cryptogramist – satu pekerjaan sebagai pemecah kod, pekerjaan yang dilakukan oleh orang seperti Alan Turing di Bletchley. Kesilapan tersebut membuatkan seorang pakar lumut dipindahkan tugas ke sebuah operasi paling sulit dalam perang.
Ringkas cerita, Tandy tidak berbuat apa-apa untuk pasukan tersebut selama dua tahun. Namun kemudian, sesuatu yang menakjubkan berlaku.
Pada tahun 1941, pihak Perikatan menggempur kapal-kapal U German dan merampas beberapa dokumen penting, termasuklah kertas-kertas kerja yang memberikan garis panduan kepada para pengguna Mesin Enigma Jerman tentang cara untuk mencampuradukkan mesej pesanan. Permasalahannya adalah: Kertas tersebut basah-lecun, mengalami kerosakan dan benar-benar perlu dipulihkan keadaannya sebelum dapat dimanfaatkan.
Pihak Kementerian memerlukan seseorang yang pakar dalam mengeringkan bahan yang bahas. Seseorang yang mungkin pernah berlatih memelihara alga dengan cara sedemikian. Iya, mereka memerlukan seseorang seperti Tandy.
Dengan menggunakan bahan-bahan penyerap yang diambil daripada muzium, Tandy berjaya mengeringkan dokumen-dokumen tersebut dan memulihkan keadaannya. Rentetan itu, pemecah-pemecah kod Bletchley berupaya menggunakan maklumat yang terkandung di dalam dokumen tersebut untuk memecahkan rahsia komunikasi Jerman.
Ini sekaligus membenarkan pihak Perikatan memintas percaturan strategi mereka. Penafsiran kod-kod tersebut berjaya membawa pengakhiran kepada peperangan itu dengan lebih cepat, atau dalam erti kata lain, menyelamatkan jutaan nyawa dari terus terkorban.
Apapun, masih tidak dapat dijelaskan secara terperinci bagaimana kesilapan memasukkan Tandy ke dalam pasukan tersebut boleh berlaku. Adakah seorang tukang rekrut tersilap lihat ejaan, dan menambahkan huruf ‘R’ pada nama pekerjaan Tandy? Atau adakah tulisan tersebut disalah baca?
Walau apapun keadaannya, salah faham tersebut pada akhirnya mendatangkan seribu hikmah. Memetik sebuah ucapan ahli politik British yang bernama William Hague pada tahun 2012, “Alangkah bergunanya (apabila adanya) keluasan kepakaran.”
DIOLAH DAN DITERJEMAHKAN DARI:
Jake Rossen. (10 April 2018). The Typo That Helped End World War II. Mental Floss.
http://mentalfloss.com/article/539781/did-typo-help-end-world-war-ii
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih