Ada definisi khas yang membezakan antara may.at dan mumia. Bukan semua may.at ialah mumia. Tetapi semua mumia ialah may.at.
Kerana mumia merupakan may.at manusia atau bang.kai haiwan yang diawet secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan sesuatu perkara.
Contohnya, bahan kimia, sejuk melampau atau tiada udara boleh mengawet sesuatu may.at atau bang.kai supaya tidak rep.ut dengan teruk.
Walau bagaimanapun, hanya may.at yang diawet sebelum tahun 1615 sahaja akan diiktiraf sebagai mumia.
Tamadun paling popular yang mensensasikan mumia tentu sekali Mesir Purba. Peradaban ini mempunyai agama dan budaya yang berpegang pada mumiafikasi sebagai sebahagian daripada cara hidup selepas ma.ti.
Mumia tidak mengenal usia. Sesiapa saja boleh dimumiakan, tidak kira warga emas paling tua sejarah atau janin belum cukup sifat. Seorang wanita mengalami kegµgµran kandungan, mungkin kehamilan 18 minggu sahaja.
Janin itu dimumiakan (Zolfagharifard, 2016), secara langsung menunjuk bagaimana Mesir Purba menghargainya.
Bukan manusia sahaja yang dimumiakan. Lebih daripada sejuta mumia haiwan telah dimuntahkan pakar arkeologi – sebahagian besar daripadanya ialah kucing dan burung sekendi.
Prosesnya sudah ditenggelamkan akibat pengaruh agama-agama moden seperti Islam. Jadi mumiafikasi tinggal dalam lebaran sejarah Republik Mesir, tiada kena mengena dengan budaya semasa. Tetapi ini tidak bermakna prosesnya harus dilupakan begitu sahaja.
Kerana ilmu pengetahuan tentang mumiafikasi boleh bantu menambahkan ilmu pengetahuan bagi bidang sejarah. Jadi persoalan paling besar – bagaimana may.at menjadi mumia?
Panduan Pembuatan Mumia
Ahli-ahli arkeologi jarang menemui apa-apa catatan yang menerangkan prosedur mumiafikasi. Sebab itu mereka selama ini menerangkan prosesnya mengikut imbasan saintifik, setelah melihat teknik pengendalian kulit dan organ.
Antara punca kenapa sumber bacaan terlalu berkurangan adalah kerana ilmu ini diajar secara praktikal. Pelajar perlu mendengar setiap kata-kata tuan guru ketika mempelajari ilmu ini.
Pendidikan secara lisan hanya mampu bertahan selagi mana ilmu sedemikian relevan. Kemungkinan juga bukan semua tuan guru dan pelajar mampu menulis.
Kerana kadar celik huruf berada dalam lingkungan 1 hingga enam peratus daripada jumlah populasi (Zinn, 2013).
Sehingga hari ini hanya dua catatan sahaja ditemui pakar arkeologi. Salah satu catatan ialah seeping kertas tebal (papyrus) yang mempunyai panjang 600 sentimeter daripada zaman 1450 S.M.
Penulis purba mengajar teknik rawatan herba untuk masalah kulit. Terdapat satu bahagian yang dikhaskan untuk menceritakan prosedur mumiafikasi. Kiranya catatan 3,500 tahun ini ialah panduan mumiafikasi yang mengulas dengan butiran sangat terperinci.
Kalau tengok dalam filem, proses mumiafikasi nampak macam sejam dua sahaja. Habis lama pun mungkin sehari, kemudian terus disimpan.
Kalau lama barangkali sebab mumia perlu dibawa jauh untuk memelihara negara daripada sumpahan. Tetapi menurut penulis ini, mumiafikasi memakan masa selama 70 hari. Dalam 35 hari pertama, may.at akan dikeringkan – disambung pula dengan pengkafanan yang juga memerlukan masa 35 hari.
Pertama sekali, may.at perlu disucikan dulu. Semua organ utama perlu dibuang daripada badan.
Teknik ini tidak diguna pakai kepada semua may.at, kerana pakar arkeologi pernah menemu beberapa mumia yang masih berorgan (Funnell, 2020).
Namun ini mungkin berlaku secara tidak sengaja, kerana bahagian otak didapati sudah kecut tetapi tidak dicairkan keluar melalui hidung. Mengikut piawaian mumiafikasi biasa, otak akan dicairkan keluar – dan mata akan dibuang.
Sebab itulah dalam The Mummy (1999), Imhotep hidup semula tanpa mata (tetapi pelik selepas dapat mata, boleh pula faham bahasa Ibrani padahal tiada otak).
Selepas organ dibuang, may.at akan disalut garam natron di bahagian luar dan dalam. 35 hari kemudian, proses pengkafanan akan bermula. Mumia akan disalut dengan bahan pewangi sebelum dibalut rapi.
Pada hari ke-68, mumia akan disimpan dalam sebuah ker.anda untuk disembah supaya roh akan tenteram sepanjang masa.
Apa yang menarik ialah, penulis menerangkan bagaimana muka diawet supaya tidak rosak. Beberapa tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai bahan pengawet, yang bertindak sebagai pembµnµh kuman.
RUJUKAN:
Funnell, R. (2020, November 11). New scans of Ancient Egyptian mummies reveal brain and other organs inside. IFL Science.
Zinn, K. (2013). Literacy, Pharaonic Egypt. The Encyclopedia of Ancient History.
Zolfagharifard, E. (2016, Mei 11). The world’s youngest mummy: Incredibly well-preserved foetus reveals how ancient Egyptians dealt with (ditapiskan). Daily Mail.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih