Tukri di era Uthmaniyyah dan selepasnya adalah hebat dari segi pembangunan teknologi persenjataan serta pembuatannya.

Sewaktu era Uthmaniyyah, Turki terkenal sebagai pembina meriam yang hebat dan digeruni Barat dan Timur.

Firma pertahanan seperti MKEK (Makina ve Kimya Endüstrisi Kurumu) yang mempunyai pertalian asal sejak zaman Uthmaniyyah sebagai Tophan I Emir sebagai perkilangan senjata bagi pembuatan ubat bedil, meriam, senapang sejak abad ke 15 lagi masih lagi wujud dan utuh.

Sehingga kini, firma tersebut masih lagi menghasilkan dan menguji serta melaksanakan pembuatan senjata buatan asing secara berlesen untuk kegunaan angkatan tentera Turki.
Dari pistol 9mm hingga meriam 155mm, MKEK adalah antara firma utama industri pertahanan Turki yang utama.
Namun dari segi automotif dan perkapalan moden mereka bermula sedikit lewat.

Mereka bermula dengan membina kenderaan LandRover Defender secara berlesen, kemudian menjadi pelopor kenderaan tempur pacuan empat roda buatan tempatan yang dibina oleh firma Otokar yang menghasilkan Otokar Cobra dan Otokar Akrep dan ini bermula pada era 90an.

Bayangkan, firma Otokar ini pada mulanya ia ditubuhkan pada tahun 1975 adalah firma yang asalnya membina secara berlesen bas-bas awam buatan Jerman.
Kini Otokar menghasilkan produk ketenteraan untuk pasaran tempatan Turki dan juga mensasarkan pasaran eksport ke luar negara.

Produk seperti kereta kebal utama Altay, kenderaan tempur berunut Tupar serta kenderaan tempur pacuan 4 roda dan pacuan 8 roda seperti Arma dan Cobra II sedang giat dibangunkan dan diuji untuk memenuhi keperluan angkatan darat Turki.

Selain Otokar, firma FNSS juga antara pemain utama industri automotif bagi pembinaan jentera perang yang menyaksikan produk mereka di eksport ke pasaran luar seperti Malaysia yang memperlihatkan turut bekerjasama dalam membantu industri negara kita kearah berdiri sendiri dengan pembuatan sistem senjata buatan tempatan.

Produk mereka yang turut dibina dengan kerjasama firma tempatan kita Deftech seperti kenderaan tempur berunut ACV15 (varian ACV 300) digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia bagi melengkapi Divisyen Mekanise Infanteri dengan nama kenderaan tempur tersebut dikenali sebagai Adnan ACV 300 serta memperlihatkan sejumlah 211 unit pelbagai varian terjual dan dioperasikan oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Selain ACV300, kenderaan tempur pacuan 8 roda AV8 juga adalah asalnya produk FNSS sendiri yang dibangunkan dengan nama Pars, dimana varian Malaysia dibangunkan bersama firma Deftech membentuk satu kenderaan tempur pacuan lapan roda AV8 yang kini dibina sepenuhnya oleh firma tempatan kita.
Produk sistem persenjataan lain keluaran FNSS adalah seperti kenderaan tempur berunut generasi baharu Kaplan-20, kenderaan kejuruteraan AACE dan AAAB, kenderaan tempur pacuan enam roda dan pacuan empat roda AV4 dan AV6 serta sejumlah sistem meriam seperti Sharpshooter, CLAW dan Saber untuk dilengkapkan pada kenderaan-kenderaan tempur yang disebut diatas.

Kebanyakan produk sistem persenjataan Turki menjadi tarikan kepada negara-negara asing seperti Azebaijan, Jordan, Pakistan dan negara-negara Teluk serta Malaysia sendiri yang mana mereka melihat usahasama dengan Turki adalah lebih mudah dan lebih terbuka dari segi membantu industri tempatan.

Firma lain seperti Aselsan dan Havelsan pula banyak tertumpu kepada pembangunan sistem elektronik bagi kegunaan militer, dimana mereka bermula dengan membina sendiri sistem radio untuk kegunaan infanteri dan kini mempunyai pelbagai sistem pengurusan tempur digital, sistem penderia elektro-optronik untuk kegunaan medan dan maritim, sistem kawalan tembakan, radar amaran udara dan radar kegunaan maritim, serta sejumlah sistem persenjataan kawalan jauh yang mana produk mereka turut menembusi pasaran Eropah yang selama ini dikuasai produk dari Israel dan Amerika Syarikat.

Dalam hal perkapalan, Turki kini mengorak langkah kearah pembinaan kapal perang buatan tempatan melalui program MILGEM dan program TF2000 yang merupakan program yang bakal melonjakkan kemampuan limbungan tempatan Turki kearah menjadi mandiri dalam industri pertahanan.

Sebelum adanya MILGEM dan TF2000, Turki banyak menaik taraf kapal perang mereka yang kebanyakannya buatan asing seperti German dan sejumlah darinya adalah kapal perang Amerika Syarikat yang dilupuskan dan diguna semula oleh Angkatan Laut Turki seperti kapal perang frigat G class.

Asalnya dibeli dengan kebanyakan sistem persenjataan dan sistem penderiaan bertaraf usang, angkatan laut Turki memulakan proses modenisasi dengan melancarkan program GENESIS (Gemi Entegre Savaş İdare Sistemi) untuk sejumlah lapan buah kapal perang frigat ex-Perry class dengan membenarkan penglibatan firma-firma tempatan seperti Havelsan yang akhirnya memperlihatkan keupayaan 8 kapal perang era Perang Dingin tersebut mempunyai keupayaan tempur yang lebih baik dan lebih moden dari kapal perang yang di operasikan oleh angkatan laut Amerika Syarikat sendiri.

Intergrasi sistem persenjataan asing, dengan sistem pengurusan tempur dan pengunaan sistem penderia buatan tempatan telah berjaya melonjakkan taraf keupayaan kapal perang tersebut yang asalnya hanya besi sekerap yang menunggu untuk dilupuskan.
Kejayaan program tersebut mendapat perhatian Pakistan yang turut menggunakan kapal perang yang sama, dan ia menjadi asas kepada program naiktaraf negara-negara pengguna platform kapal yang sama.

Dalam segmen udara, Turki melalui Turkish Aerospace Industries (TAI) merupakan pelopor industri aeroangkasa negara itu dimana mereka bermula dengan membina secara berlesen sejumlah 232 pesawat pejuang Lockheed Martin F-16 untuk kegunaan angkatan udara Turki.

Bermula dari situ, TAI telah banyak terlibat dalam program pemodenan dan naik taraf pesawat jenis F-16 untuk angkatan udara Turki, Jordan dan Pakistan. Firma yang sama juga terlibat dalam naiktaraf pesawat-pesawat rondaan maritim dan helikopter, pembangunan sistem UAV (unmanned aerial vehicle), pembangunan secara menyeluruh helikopter T-129 ATAK buatan Turki dengan kerjasama Agusta Westland bagi memenuhi keperluan pasukan helikopter penyerang angkatan darat Turki, melakukan modifikasi untuk pesawat amaran awal E-737 dan pembangunan sistem satelit komunikasi, satelit pencerapan dan pemantauan.

Seperti CTRM yang turut terlibat dalam pembinaan komponen pesawat pengangkut strategik A400M buatan Airbus, TAI juga mempunyai kerjasama dengan firma Airbus dan turut serta dalam membina komponen pesawat tersebut.

Walaupun kejatuhan kekhalifahan Uthmaniyyah meletakkan Turki sebagai kubu akhir sistem khalifah Islam dan merupakan titik tolak pemerintahan demokratik sekular, ia tidak mematikan kehebatan industri pertahanan Turki yang sudah sekian lama wujud dan makmur sehingga ke hari ini.

Malaysia adalah antara negara yang banyak terlibat dalam kerjasama pembangunan industri pertahanan dengan Turki, dan sebagai rakan rapat industri kita mungkin bakal melihat lebih banyak kerjasama yang akan memperkukuh industri pertahanan negara kita kearah bersifat mandiri.

Secara asasnya, kita banyak belajar dari Turki terutama mengenai berkenaan konsep pemindahan teknologi dalam industri pertahanan.

Seperti mana Turki bermula dengan membina aset senjata secara berlesen, begitu juga Malaysia dimana ia adalah langkah pertama kearah membangunkan sendiri secara domestik.

Dan Malaysia bersama-sama Turki berjaya membentuk kerjasama yang sangat baik terutama dalam industri automotif berkaitan ketenteraan dan telah berjaya membentuk industri pertahanan kita kearah mandiri dengan mengeluarkan produk buatan Malaysia untuk kegunaan angkatan tentera kita.

Dari ACV300 Adnan hingga AV8 Gempita, dari pengubahsuaian kenderaan pacuan empat roda Hilux kepada kenderaan tempur GKM1 oleh Weststar kepada pembangunan kebanyakan sistem pengurusan digital tempur dan pembuatan sistem persenjataan, kepada pesawat tanpa pemandu, Malaysia boleh dikatakan berjaya pada masa sekarang kerana model pembangunan teknologi yang digunakan Turki.

Semoga kerjasama Malaysia-Turki akan berterusan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply