Selain jadi British 2.0 dengan mengulang-ulang naratif penjajah Inggeris yang katanya Melayu malas belaka, Mahathir juga memeluk fahaman penjajah Jepun 2.0. Dalam diri Mahathir, Jepun itu bangsa super dari langit yang patut dicontohi. Tiada bangsa lain yang patut dicontohi selain Jepun.
Malangnya Tun Mahathir tidak mengetahui yang Fujiko F Fujio mencipta Doraemon untuk memberitahu kepada dunia bahawa orang Jepun sama saja macam bangsa lain juga. Mereka pun manusia lemah, ada sisi malas dan jahat, serta paling penting rindukan hidup yang merdeka dan gembira.
Jadi Fujiko mencipta Nobita yang malas dan lemah akademik; Suneo yang kaya, eksyen dan oportunis; Giant yang kaki buli, takut mak dan lemah akademik, tetapi berkeyakinan tinggi (yakin suara sedap); dan Shizuka yang penyayang, tetapi jadi mangsa fesyen, suka kek, suka mandi lama (membazir), dan akademik pula biasa-biasa saja.
Antara Nobita, Suneo, Giant dan Shizuka, tiada satu watak pun yang boleh dijadikan contoh bangsa Jepun yang Mahathir idamkan. Kalau adapun mungkin abah Nobita yang babaknya mesti di meja makan dalam pakaian kerja.
Cakap pasal abah Nobita, Fujiko semacam nak beritahu, punya teruk suami di Jepun bekerja sampai tak sempat makan di ofis. Jadi, bila dah sampai rumah, mandi pun tidak, tukar baju pun tidak, terus aje hadap makanan. Lagipun, cuma meja makanlah yang menyatukan keluarga-keluarga di Jepun. Kalau terlambat sikit, si anak sudah dipaksa ibu untuk belajar dan tidur.
Dan akhirnya Fujiko ciptakan Doraemon sebagai TUHAN untuk Nobita meminta-minta, berkeluh-kesah, marah, menangis dan ketawa bersama. Sebabnya, orang Jepun itu memang bangsa kesepian. Mungkin sebab terlalu sepi (dan bosan) mereka keluar berperang.
Walaupun perangai Nobita itu sangatlah jengkel dan jelik serta kerap menyakitkan hati, TUHAN Doraemon tetap sabar dan penyayang serta tak pernah jemu menghulurkan ‘tongkat’ kepadanya.
Artikel disumbangkan oleh Azhan Uthman untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih