Selalu juga baca komen-komen pedas terhadap bangsa Arab. Katanya Arab lagi suka berbaik dengan Israel dan menjauhi saudara seagama Palestin. Kenyataan sebegini sebenarnya tidak adil. Memang mudah untuk berdiri di luar lingkaran politik Arab dan menghakimi dari jauh. Hakikatnya, bangsa Arab terbelah teruk susulan Perang Dunia Pertama. Saudara dianggap musuh kerana perpecahan politik.
Selepas tahun 1918, pihak Sekutu menubuhkan beberapa pentadbiran bermandat dibawah Liga Kebangsaan (League of Nations mandates). Dokumen George Curzon mendedahkan asbab di sebalik penubuhan Mandat Transjordan dan Mandat Palestin. British tidak mampu masuk campur mendamaikan suku-suku Arab yang bertelagah. Jadi jika suku-suku ini ingin bersatu, barulah Transjordan dan Palestin boleh dinegarakan semula.
Angin politik meniup pengaruh Abdullah bin Husayn ke puncak kepimpinan Transjordan. Baginda merupakan seorang bangsawan anti-Uthmaniyah sebelum Perang Dunia Pertama. Lama baginda berkuasa sebagai “Emir of Transjordan”. Tetapi selepas Perang Dunia Kedua, baginda mengisytihar merdeka dan menubuhkan “Kingdom of Jordan”. Nasib tidak menyebelahi Mandat Palestin, yang terbelah dua susulan keputusan Liga Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations). Keputusan ini melahirkan Israel daripada rahim Mandat Palestin… dan kemudian mencetuskan sebuah sebuah peperangan besar yang pihak Jordan menang.
Realpolitik Sang Raja Yang Menang
Memang betul pihak Arab kalah dalam Perang Arab-Israel 1948. Tetapi Jordan mendapat keuntungan berlipat ganda. Raja Abdullah boleh kata bengang kerana kehilangan Mekah yang begitu lama dipelihara Bani Hashim (keluarga Raja Abdullah). Baginda masuk berperang dengan Israel dan keluar menimang seluruh wilayah Tebing Barat termasuk Jerusalem.
Jadi peperangan ini ibaratkan menebuskan maruah Bani Hashim yang kini menjaga kesucian Masjid al-Aqsa (Karsh, 2002). Namun Abdullah terlepas pandang satu benda yang sangat ketara – bahawasanya Palestin tidak sama dengan Jordan dari segi identiti.
Selepas mengambil Tebing Barat masuk dalam sempadannya, Abdullah pantas melenyapkkan identiti kenegaraan Palestin. Semua warga Arab Palestin diberi kewarganegaraan Jordan. Jadi mereka adalah rakyat Jordan. Memandangkan kerjanya sudah selesai, Abdullah kemudian bergerak untuk mengukuhkan sempadannya. Sekarang Jordan sudah berkongsi sempadan dengan Israel. Maka baginda mahu menormalisasikan hubungan antara Jordan dan Israel. Niat ini menaikkan amarah Dunia Arab yang lain. Dan Abdullah menunggang amarah ini untuk kepentingan baginda:
“Boleh. Aku takkan berdamai dengan Israel. Tetapi kalian kena iktiraf Tebing Barat sebagai wilayah aku.”
Pembunuhan Raja Abdullah Pada Hari Jumaat
Percaturan realpolitik ini boleh kata kemas juga. Abdullah pandai menarik tali bersama Israel dan Dunia Arab. Taktik ini bukan semua orang Arab boleh faham. Bagi mereka, dunia adalah hitam dan putih. Setia atau khianat. Perang atau damai. Cara Abdullah amat merunsingkan. Kerunsingan ini mendatangkan satu masalah baharu. Bukan semua dalam kalangan warga Arab Palestin sudi memeluk identiti Jordan. Bagi mereka, Palestin adalah Palestin. Dan ini mungkin kesalahan pertama yang menghitamkan sejarah Palestin.
Titik hitam ini mula bergelumangan di Lubnan dan Jordan, dua negara yang dituduh cuba berdamai dengan Israel. Macam yang diceritakan – tiada istilah perdamaian sangat pun. Yang ada cuma realpolitik. Perang atau damai. Tiada titik pertengahan. Memandangkan Arab baru saja keluar daripada barah penjajahan, banyak negara sedar mereka tidak mampu berperang dengan sesiapa.
Maka realpolitik dijadikan asbab untuk mencuri tulang (melengahkan masa). Malangnya, realpolitik ini mengundang padah bermula di Lubnan. Sedang elok berjalan di lapangan terbang, pemimpin Lubnan Riad al-Soleh mati ditembak tiga orang.
Pembunuhan Riad dipercayai kerana balas dendam atas hukuman mati yang dijatuhi pada seorang pengasas parti bernama Anton Saadeh. Namun bala ini menimpa Jordan, kerana Riad juga dilihat “bermesra” Israel. Pengaruh mula menebal, kemudian mengundang Mustafa Shukri Ashu untuk bersolat Jumaat di Masjid al-Aqsa pada 20 Julai 1951… 96 jam selepas Riad mati ditembak. Dan pada hari yang mulia itulah tiga das tembakan dilepaskan ke arah Raja Abdullah II.
Baginda tumbang di depan mata cucunya, Putera Hussein (kemudian menjadi Raja Hussein). Dan pihak tentera membalas tembakan, yang membunuh Ashu di perkarangan sama. Kemangkatan Abdullah menaikkan amarah negara. Rakyat asal Jordan mula bengang dengan “pendatang Palestin”. Takhta kemudian turun kepada Talal bin Abdullah, yang bertindak untuk menghapuskan sisa-sisa pro-Palestin terdiri daripada Keluarga Husseini (Sela, 2002).
Semua orang kenal wajah di atas. Amin al-Husseini adalah Mufti Jerusalem sebelum pemisahan Israel-Palestin. Beliau aktif terlibat dalam politik dengan semangat nasionalis, sampai pihak British naik gerun. Ahli-ahli politik British lebih rela melihat Tebing Barat jatuh ke tangan Raja Abdullah I. Kerana jika Abdullah gagal, barangkali sebuah negara Palestin mungkin boleh wujud dibawah kepimpinan Amin al-Husseini. Pengaruh beliau dikhabarkan sangat kuat, dengan ideologi akhirnya dituduh sebagai punca pembunuhan Raja Abdullah I.
Ada banyak lagi buku-buku menanti ada di pautan Shopee kami. Pelbagai jenis genre dan jenis tersedia untuk dibeli. Kalian dipelawa layari Shopee kami: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
RUJUKAN:
Karsh, E. (2002). The Arab-Israeli Conflict: The Palestine War 1948. Osprey. Halaman 50.
Sela, A. (2002). The Continuum Political Encyclopedia of the Middle East. Continuum. Halaman 14.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih