Pagi-pagi tengok berita di laman media sosial, kecohnya dua je. Sama ada sebab sekuel filem Pengabdi Setan, Pengabdi Setan 2: Communion atau cubaan bunuh ke atas Salman Rushdie. Garu kepala juga, siapa sebenarnya si Rushdie ni sampai media arus perdana (MSM) Barat cover habis cerita dia?

Bila diamati balik, patutlah panas sangat nama tuan punya badan ni. Beliau merupakan seorang penulis novel terkenal di Barat tetapi ditolak oleh ramai umat Islam. Ini selepas novelnya Satanic Verse dikatakan menghina agama Islam termasuk memberi gambaran negatif terhadap Rasulullah s.a.w selepas ia diterbitkan pada 1988.

Rushdie atau nama sebenarnya Ahmad Salman Rushdie lahir di Bombay (kini Mumbai), India beberapa bulan sebelum negara itu mencapai kemerdekaan. Semasa berusia 14 tahun, beliau berpindah ke UK dan melanjutkan pelajaran di sana termasuk di Universiti Cambridge.

Selepas tamat belajar, Rushdie sudah menunjukkan minat dalam dunia penulisan. Ini membawa kepada penerbitan novel pertamanya, Grimus tetapi kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengkritik dan pembaca. Hanya selepas novel keduanya, Midnight Children diterbitkan pada 1981, barulah orang pandang siapa dirinya.

Tetapi sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan MUHAMMAD: DAKWAH DAN DIPLOMASI. Jangan percaya momokan Barat berkenaan Rasulullah s.a.w. Barat sebenarnya malu sebab gagal tutup kisah dan personaliti baginda terus harum dalam kalangan umat Islam selepas 1,400 tahun. Nak tahu lagi pasal Nabi kita, dapatkan MUHAMMAD: DAKWAH DAN DIPLOMASI sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Muhammad-Dakwah-dan-Diplomasi-i.238336777.4838248189

Selepas menghasilkan novel Shame dan The Jaguar Smile, Rushdie menghasilkan karyanya yang paling kontroversi iaitu Satanic Verse. Siapa tak panas hati kalau buku tersebut menghina perwatakan Rasulullah s.a.w. Atas sebab itulah, umat Islam di banyak negara melancarkan siri bantahan bagi membantah Satanic Verse dan menyokong usaha pengharaman buku berkenaan. Salah satu yang buat bantahan ialah China – tempoh sama MSM asyik buat liputan pasal Tiananmen.

Orang dah marah, benda pertama patut buat ialah minta maaf, akui silap sendiri dan janji tak buat lagi. Masalahnya, Rushdie tak buat semua itu dan masih tegakkan benang yang basah. Malah, beliau tetap bertegas novelnya sama sekali tidak menghina Islam. Ini membawa kepada fatwa Rushdie sepatutnya dikenakan hukuman mati oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini pada 14 Februari 1989. Sebulan selepas fatwa itu dikeluarkan, UK memutuskan hubungan dengan kerajaan Iran.

Di Barat, Rushdie diagung-agungkan sebagai pejuang kebebasan bersuara lagi-lagi lepas penerbitan Satanic Verse. Bukan sedikit penghargaan yang diterimanya termasuk Whitbread Prize (anugerah kesusasteraan yang mengiktiraf buku-buku penulis yang berpangkalan di England dan Ireland, hari ini dikenali sebagai Costa Book Awards) dan gelaran Sir oleh Ratu Elizabeth II pada 2007.

Tapi pernahkah Rushdie sedar Satanic Verse lebih banyak membawa bala daripada faedah? Siri protes membawa kepada rusuhan seperti yang berlaku di Mumbai dan Pakistan. Di Mumbai, bandar kelahirannya, 12 orang terbunuh akibat rusuhan yang tercetus daripada protes berkenaan.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Dan terima kasih kepada kontroversi buku yang sama, hubungan dunia Islam dan Barat terjejas teruk selama beberapa tahun. Awal-awal memanglah sokong Rushdie. Tapi bila sedar kepentingan ekonomi blok Barat terancam lagi-lagi lepas Iran putuskan hubungan dengan UK, tau pula undur perahu dan cuba pulihkan keadaan.

Ironinya, tindakan Rushdie menulis buku tersebut turut dikecam ramai figura Barat. Salah seorang yang kecam ialah penulis novel terkenal, Roald Dahl. Dahl yang terkenal dengan novel seperti Fantastic Mr. Fox dan The Witches menggelar Rushdie sebagai penulis yang hanya tahu mengambil kesempatan dan tak pernah fikir panjang tentang akibat. Sementara penulis novel perisikan John le Carre menyifatkan sebarang subjek yang menyentuh soal agama seperti Satanic Verse tak sepatutnya dilakukan secara semberono.

Agaknya lepas rasa hidup dalam persembunyian amat menekan perasaan termasuk diceraikan isterinya ketika itu, Marianne Wiggins dan sedar maklum balas negatif yang timbul angkara Satanic Verse, barulah Rushdie mohon maaf. Itupun lepas dua tahun lepas novel itu diterbitkan. Tapi dah terlambat, nak redakan kemarahan bukan mudah.

Lagi-lagi dengan fiil Barat yang berterusan mencabar kesabaran umat Islam dengan penerbitan kandungan yang menghina Islam. Daripada karikatur yang menghina Rasulullah s.a.w sampailah Innocence of Muslims. Bila orang marah, minta bertenang. Apa yang dilakukan ialah ekspresi kebebasan bersuara, itu hak mereka bla bla bla. Bila itu terus dijadikan hujah, sesetengah yang hilang sabar bertindak sendiri walaupun ianya salah.

Rushdie dibantu oleh penonton dan pihak berkuasa selepas cubaan bunuh di Institut Chautauqua. Sumber: Charles Savenor/Local News X/TMX/Reuters

Mungkin itu menjelaskan apa yang berlaku ke atas Rushdie hari ini (pagi waktu Malaysia) di Institut Chautauqua, New York. Ikut laporan terkini, penulis kontroversi itu perlu menggunakan ventilator untuk bernafas dan tidak dapat bercakap akibat luka-luka tikaman yang dialami. Sementara orang yang menikamnya iaitu Hadi Matar, 24 tahun kini dalam tahanan polis.

RUJUKAN

BBC News. (2022, 13 Ogos). Who is Salman Rushdie? The writer who emerged from hiding.

Murphy, M. dan Cabral, S. (2022, 13 Ogos). Salman Rushdie: Author on ventilator and unable to speak, agent says. BBC News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply