Maaf cakap, bila penulis sekali imbas gambar di bawah ni, rasa macam disunting.

Jurugambar professional seperti Fabrice Fouillet pun akui, bila kali pertama lihat gambar-gambar berkaitan tugu tersebut, difikirnya hanyalah montaj sahaja.

Bila penulis buat kajian, rupa-rupanya tugu tersebut memang wujud.Tugu yang ada dalam gambar tersebut merupakan salah satu tugu yang tertinggi di dunia. Jadinya, gambar tersebut sahih, memang ada pun tugu ni di Sendai, Jepun.

Tugu ini diberi nama, Sendai Daikannon. Kannon merupakan nama Jepun bagi Avalokitesvara, yang sgt dihormati warga Jepun sejak di akhir abad ke-6.

Tugu ini siap dibina pada tahun 1991 dan ditabalkan sebagai tugu tertinggi di dunia pada ketika itu. Statusnya ini hanya mampu bertahan sehingga tahun 1993.

Tugu yang memiliki ketinggian 328 kaki ini, dibahagikan kepada 12 tingkat. Maksudnya, boleh masuklah dalam tugu tersebut? Ya, betul.

Terdapat rekaan seperti naga yang sedang membuka luas mulutnya pada kaki tugu tersebut, yang merupakan pintu masuknya.

Jika mahu masuk, bayaran sebanyak 500 yen dikenakan. Bagi masyarakat sana, nilai tersebut tidaklah ditafsirkan sebagai bayaran masuk tetapi sebagai caj untuk mendapatkan azimat yang disediakan.

Untuk sampai ke puncak tugu, terdapat 2 pilihan yang boleh diputuskan.
Pertama, gunakan lif yang disediakan pada aras 2 tugu tersebut ataupun menggunakan tangga yang mana, sambil-sambil tu bolehlah melihat hampir 108 buah tugu kecil Buddha yang ada disepanjang perjalanan kalian.

Apabila sampai di puncak, dapatlah kalian nikmati pemandangan seluas alam akan bandar Sendai di samping terdapat juga ruangan ibadat bagi penganut agama Buddha di aras paling atas tugu tersebut.

RUJUKAN:

Travel, T. (2020). Sendai Daikannon – One of the world’s top ten tallest statues | Tokyo Creative Travel. Retrieved 1 November 2020, from https://www.tokyocreative.com/…/20347-sendai-daikannon…

See the World’s Tallest Statues. (2020). Retrieved 1 November 2020, from https://time.com/3770772/see-the-worlds-tallest-statues/

Sendai Daikannon. (2020). Retrieved 1 November 2020, from https://www.atlasobscura.com/places/sendai-daikannon


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.