Puteri dari Kelantan ini masih terlalu muda ketika baginda dijodohkan dengan seorang putera dari negeri Indera Kayangan. Namun, baginda tidak pernah menyangka bahawa perkahwinan diraja tersebut bakal membawanya ke singgahsana permaisuri lebih 50 tahun lamanya. Puteri yang dimaksudkan ini adalah Al-Marhum YMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku TengkuBudriah binti Al-Marhum Tengku Ismail.

Sejarah Awal

Tuanku Tengku Budriah merupakan puteri kelahiran negeri Kelantan dan telah diputerikan pada 28 Mac 1924 di Kuala Krai,Kelantan. Baginda adalah puteri hasil perkongsian hidup pasangan diraja, iaitu Al-Marhum Tengku Haji Ismail ibni Al-Marhum Tuan Besar dan Tengku Besar Zubaidah. BondaTengku Budriah adalah puteri kepada Raja Negeri Patani yang terakhir, iaitu Al-Marhum Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Shah.

Tengku Budriah membesar di dalam sebuah keluarga diraja yang cukup sederhana dan amat mementingkan adab sopan serta pekerti yangmulia. Pendidikan asas yang diterimanya berkaitan budi pekeri serta nilai-nilaimurni banyak diperoleh daripada kedua-dua ayahanda serta bonda baginda. Pendidikanawal Tengku Budriah bermula seawal usia baginda mencecah tujuh tahun, apabilabaginda telah dimasukkan ke Sekolah Melayu Kuala Krai, Kelantan. Setelah itu,baginda telah dihantar pula ke sebuah sekolah Inggeris, iaitu Kuala Krai English School bagi melengkapkan pendidikannya di dalam Bahasa Inggeris. Usai pembelajaran baginda di sekolah rendah, pada tahun 1935 Tengku Budriah telah melanjutkan pula pengajian ke peringkat menengah di Anglo Chinese Girls’ School di Ipoh,Perak. Sewaktu berada di sekolah menengah inilah Tengku Budriah mulamenunjukkan minat serta kecenderungan untuk bergiat aktif dalam pasukanberuniform dan pakaian seragam.

Tengku Budriah telah menyertai banyak pasukan beruniform pada waktu itu, antaranya ialah menganggotai Pasukan Brownie (Tunas Puteri) dan seterusnya Pasukan Pandu Puteri. Baginda turut menjadi ahli jawatankuasa bagi pasukan tersebut. Selain itu, baginda Tengku Budriah juga seorang puteri yang aktif dalam bidang sukan yang mana baginda turut menceburkan diri di dalam sukan hoki dan badminton. Malah, baginda turut diberi peluang untuk mewakili sekolah bagi kedua-dua sukan berkenaan. Keadaan ini adalah agak unik kerana pada waktu itu adalah jarang bagi seorang gadis muda lebih-lebih yang bergelar puteri diraja untuk mendapat peluang melibatkan diri secara aktif di dalam bidang sukan serta kegiatan-kegiatan luar yang lain.

Perkahwinan dan Perlantikan Sebagai Raja Perempuan dan Raja Permaisuri Agong

Pada usia 16 tahun, baginda Tengku Budriah telah meninggalkan alam persekolahan. Setahun selepas itu, iaitu pada tahun 1941, Tengku Budriah yang berusia 17 tahun telah bertemu jodoh dengan seorang putera dari negeri Perlis Indera Kayangan, iaitu Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang ketika itu merupakan Raja Muda Perlis. Tuanku Syed Putra pada ketika itu sebenarnya bertugas sebagai seorang Majistret di Kuala Lumpur dan mereka sekeluarga telah menetap di Klang. Tengku Budriah telah menumpukan sepenuh perhatian baginda terhadap urusan rumahtangga selepas perkahwinan mereka.

Tengku Budriah, meskipun dibesarkan sebagaiseorang puteri diraja, dan turut mempunyai para pembantu yang menguruskankehidupan baginda, namun Tengku Budriah lebih selesa untuk bersikap sederhanadan tidak kekok untuk menguruskan sendiri rumahtangga baginda. Tengku Budriahbanyak menghabiskan masa dengan menanam pelbagai pokok bunga,  menjahit, menggubah bunga malah memasak untuk keluarga. Bagi Tengku Budriah, itulah tugashakikinya sebagai seorang suri bagi suami tercinta serta bonda buat putera danputeri mereka. Hasil perkongsian hidup antara Tengku Budriah dengan Tuanku SyedPutra Jamalullail, mereka telah diserikan dengan kehadiran lima orang puteradan lima orang puteri. Salah seorang putera baginda, iaitu Tuanku SyedSirajuddin Jamalullail merupakan Raja Perlis pada hari ini.

Terdapat suatu kisah menarik mengenaipasangan ini sewaktu negara berada di bawah pemerintahan pihak Jepun. Pada Mac1945, selepas Syed Hamzah ditabalkan sebagai Raja Perlis oleh pihak Gabenor Tentera Jepun, Tuanku Syed Putra bersama Tengku Budriah telah pulang keKelantan untuk berlindung. Sewaktu berada di Kelantan inilah Tengku Budriahtelah membuat jualan pelbagai jenis kuih serta barangan lain bagi membantumenampung kehidupan mereka pada waktu itu. Keadaan ini jelas menunjukkan jiwaTengku Budriah yang kental dan rela bersama suami tercinta di dalam susah dansenang.

Selepas kekalahan pihak Jepun, Tuanku Syed Putra kembali ke Perlis dan akhirnya telah ditabalkan sebagai Raja Perlis yang keenam pada 12 Mac 1949. Serentak dengan itu, Tengku Budriah turut ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perlis dan seterusnya menjadi wanita utama di Perlis.

Pada 21 September 1960, Tuanku Tengku Budriah telah ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong Ketiga berikutan denganperlantikan suami baginda, iaitu Tuanku Syed Putra Jamalullail sebagai YangDipertuan Agong Ketiga bagi Negara Persekutuan Tanah Melayu. Malah, TuankuTengku Budriah merupakan satu-satunya Raja Permaisuri Agong yang bertuah keranaberpeluang untuk menyaksikan peralihan Malaya kepada negara Malaysia yang telahditubuhkan pada tahun 1963.

Sumbangan dan Penglibatan Sosial

Sebagai seorang Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Budriah banyak bertanggungjawab di dalam kebajikan kanak-kanak sertawanita di negeri tersebut. Baginda sedar bahawa pendidikan amat penting dalammenaikkan taraf hidup seseorang, dan kerana itulah Tuanku Tengku Budriah telahberusaha mencurahkan segala idea dan tenaga baginda bagi memberi pendidikansempurna untuk masyarakat khususnya buat golongan wanita.

Tuanku Tengku Budriah telah menjadi Penaungbagi Perkumpulan Wanita (Women’s Institute) di negeri Perlis, danbaginda turut menjadi perintis bagi projek pengambilan anak angkat dalamkalangan keluarga miskin di Perlis. Pertubuhan Perkumpulan Wanita ini turut membawa baginda ke sekolah-sekolah di Negeri Perlis dan melakukan derma pakaian buatpara pelajar yang memerlukannya. Hasil daripada usaha kebajikan yang dilakukan oleh Tuanku Tengku Budriah ini, pada tahun 1958, baginda telah dianugerahkan Bintang Kebesaran ‘Seri Maharaja Mangku Negara’ oleh Seri Paduka Baginda YangDipertuan Agong Pertama. Anugerah ini merupakan Bintang Tertinggi yang julung-julung kalinya diberikan kepada seorang wanita dan Tuanku Tengku Budriah sememangnya berhak dan layak untuk menerimanya.

Tugas baginda dalam bidang kebajikan danaktiviti sosial semakin rancak selepas ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong Ketiga negara. Sewaktu menjadi Permaisuri Agong inilah, Tuanku Tengku Budriah semakin fokus kepada baktinya demi kebajikan serta pendidikan golongan wanitadan kanak-kanak, terutamanya untuk kanak-kanak berkelainan upaya atau cacat. Menyedari bahawa golongan ini harus diberi perhatian oleh seluruh ahli masyarakat, maka sebuah sekolah khasuntuk kanak-kanak kelainan upaya ini telah diwujudkan pada waktu itu. Sekolah berkenaan telah dinamakan sebagai Sekolah Kanak-Kanak Cacat Tengku Budriah.

Selain itu, Tuanku Tengku Budriah juga banyak memberikan penekanan kepada kebajikan dan pendidikan kanak-kanak serta wanita di desa. Sebuah sekolah telah diwujudkan di Perlis, iaitu Sekolah Rendah Tengku Budriah, khusus untuk pendidikan kanak-kanak di negeri berkenaan, dan turutsama ditubuhkan di Kuala Lumpur. Selain itu, Taman Didikan Kanak-Kanak TengkuHajah Budriah juga telah diwujudkan di Kuala Lumpur.

Selepas menamatkan tugas baginda sebagai Permaisuri Agong pada tahun 1965, Tuanku Tengku Budriah yang kembali ke negeriPerlis masih tetap memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan dansosial sama seperti sebelumnya. Baginda telah menjadi Penaung kepada pelbagai pertubuhan dan persatuan di Perlis, antaranya ialah Lembaga Kebajikan PerempuanIslam Perlis, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Negeri Perlis dan Pertubuhan WanitaPERKIM Negeri Perlis. Selain itu, Tuanku Tengku Budriah juga merupakanPengerusi kepada Taman Asuhan Darul Farah Tengku Hajah Budriah di Perlis danYang Dipertua Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia.

Pada tahun 2000, Tuanku Syed Putra Jamalullail telah kembali ke rahmatullah, dan digantikan dengan anakanda sulungbaginda, iaitu Tuanku Syed Sirajuddin. Tuanku Tengku Budriah selaku bonda kepada Raja Perlis telah dimuliakan dengan gelaran Yang Maha Mulia Tuanku RajaPerempuan Besar Perlis, yang mana gelaran ini telah dipakai oleh bagindasehingga kemangkatannya. Meskipun tidak lagi bergelar permaisuri, namun bagindamasih tetap aktif dalam mencurahkan jasa untuk pelbagai aktiviti kebajikan dinegeri Perlis.

Kemangkatan Tuanku Tengku Budriah

Selepas lapan tahun menjadi Raja Perempuan Besar Perlis, Tuanku Tengku Budriah akhirnya kembali ke rahmatullah pada 28November 2008, pada usia 84 tahun. Kemangkatan baginda telah diumumkan oleh Menteri Besar Perlis dan jenazah baginda telahditerbangkan oleh pesawat Hercules ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim,Kedah. Jenazah baginda kemudian dibawa ke Istana Arau untuk penghormatanterakhir.

Kesimpulan

Tuanku Tengku Budriahmerupakan antara permaisuri yang berperibadi sederhana dan tidak pernah janggaluntuk turun mendekati golongan rakyat baginda. Tuanku Tengku Budriah jugamerupakan lambang seorang wanita yang kental jiwanya serta berusaha sebaikmungkin dalam memastikan kepentingan untuk kebajikan golongan wanita dan kanak-kanak. Semoga semangat dan perjuangan yang telah ditunjukkan oleh bagindadapat menjadi inspirasi serta contoh buat kita semua pada hari ini.

Rujukan
Amirul, I. (2018). YMM Almarhum Raja Perempuan Besar Tengku Budriah Tengku Ismail. Retrieved December 3, 2018, from

http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2018/11/ymm-almarhum-tuanku-tengku-budriah.html

Ghulam Jie M, K. (2010). Buku Rekod Negeri-Negeri: Perlis (1st Edition). Kota, Negeri Sembilan: Ainna’s Publications.

Siti Rosnah, H. A. (2006). Raja Permaisuri Agong: Payung Mahkota Ibu Pertiwi. Kuala Lumpur, Malaysia: Golden Books Centre Sdn Bhd.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.