Helmi Effendy ialah seorang penulis The Patriots yang paling kerap menghadapi masalah dengan pihak Facebook.

Ada saja hantaran dijatuhkan Facebook. Setiap tahun Helmi mesti tukar akaun Facebook.

Sampai satu tahap, Facebook menyimpan alamat IP Helmi. Sekarang ini jika Helmi mengakses Facebook tanpa menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN), akaun digunakannya akan terbenam secara automatik.

Sekarang ini ada seorang lagi pengguna Facebook yang menghadapi masalah sama. Orang itu ialah Donald J. Trump.

Tidak pernah dalam sejarah moden seorang pemimpin disekat daripada menggunakan Facebook (Hern, 2021), apatah lagi ketua dunia bebas (leader of the free world). Selepas membuat penelitian, Twitter juga mengambil tindakan sama (Cohen, 2021). Shopify pula membuang kedai maya TrumpStore yang menjual barangan pro-Trump (Shieber, 2021).

Tindakan lantang ini dibuat atas apa yang berlaku pada hari sama.

Kehilangan Kuasa

Seorang presiden jarang tewas dalam pilihan raya kedua. Biasanya hanya presiden yang gagal sahaja akan tewas, seperti George H.W. Bush, Jimmy Carter dan Gerald Ford.

Kalau Donald Trump tewas, semua fahamlah bagaimana kepimpinan beliau akan dikenang. Dan Trump bukanlah seseorang yang mahu tewas.

Namun menghampiri pilihan raya, pihak media banyak melaporkan beliau tidak popular.

Republicans sendiri meminta beliau tukar cara berdebat, kerana takut ditolak rakyat (Fritze, et al., 2020).

Setiap kali Biden buka kata, Trump akan mencelah

Keputusan pilihan raya asalnya kelihatan sengit. Terdapat satu cara menarik untuk lihat jika calon Democratic akan menang pilihan raya.

Calon tersebut mesti mendapat sekurang-kurangnya 196 jumlah pemilih (electoral vote) sebelum keputusan Pantai Barat dilaporkan.

California, Oregon dan Washington membawa 74 kuasa pemilih, selalunya pergi pada Democratic. Inilah formula yang berlaku ketika Barack Obama bertanding.

Tetapi pada tahun 2020, Biden hanya mendapat 135 pemilih sebelum Pantai Barat dirasmikan.

135 (jumlah Biden) + 74 (anggota Pantai Barat) = 209

Jadi Biden gagal melepasi garisan 270 yang diperlukan (ketika itu).

Walau bagaimanapun, majoriti undi rakyat Amerika Syarikat dibuat melalui pos kerana COVID-19 (Levy, et al., 2020).

Dan negeri-negeri dipegang Republicans enggan meluluskan undang-undang dahulukan pengiraan undi pos (Bowden, 2020).

Jadi undi pos di negeri-negeri ini hanya akan dikira selepas kaunter undi ditutup.

Inilah rahsia kemaraan Biden. Dengan hanya 209 kuasa pemilih, patutnya Trump melepasi garisan 270 hinggalah jumlah 329.

Tetapi perkara ini tidak berlaku.

Apabila undi pos mula dikira, jurang antara Trump dan Biden mengecil. Dan satu demi satu negeri bertukar daripada merah ke biru, sampailah Biden menang.

Keputusan akhir.

Keputusan Dicabar

Donald Trump tidak menerima keputusan ini. Beliau berhujah bahawa kiraan undi patut dihentikan selepas Hari Pemilihan (Election Day).

Hujah beliau memang betul. Semua undi dibuat selepas Hari Pemilihan akan terbatal. Walau bagaimanapun undi pos dibuat sebelum dan pada Hari Pemilihan, sekali gus sah di sisi undang-undang.

Sebab itulah semua mahkamah membatalkan 30 dokumen saman dikemukakan Kumpulan Trump (Feuer & Montague, 2020).

Hujah Kumpulan Trump tiada sokongan bukti. Dan hari demi hari, mimpi buruk Trump semakin menjadi kenyataan: beliau tewas.

Kejutan Georgia

Amerika Syarikat menganjurkan pilihan raya presiden menggunakan landskap undi popular. Setiap negeri diberikan jumlah kuasa pemilih mengikut kriteria ditetapkan.

California dan Texas masing-masing diberikan 55 dan 38 kuasa pemilih. Montana, North Dakota, South Dakota dan Wyoming mempunyai jumlah paling sikit, iaitu masing-masing tiga.

Mana-mana parti menjadi majoriti popular (tidak kira setipis 100 undi sekalipun) akan mendapat semua kuasa pemilih. Democratic memenangi Georgia dengan majoriti tipis, iaitu 0.23 peratus.

Maka Democratic akan mengisi kuasa pemilih Georgia, iaitu 16 anggota.

Bukan mudah untuk mengambil Georgia daripada Republicans. Majoriti Trump menyusut teruk di negeri ini, menyebabkan Republicans terlepas negeri yang dipegang selama 24 tahun.

Tetapi Georgia mempunyai undang-undang negeri yang khusus. Semua pemenang Senat mesti mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus undi popular.

Sesiapa yang menang dengan 49.9 peratus sekalipun terpaksa bertanding semula.

Dua kerusi Senat tidak melepasi garisan 50 peratus ini: 1) Raphael Warnock (D) vs Kelly Loeffler (R):

Warnock v Loeffler

dan 2) Jon Ossoff (D) vs David Perdue (R):

Perdue v Ossoff

Dua pertandingan ini sangatlah penting, kerana Republicans sudah memenangi 50 kerusi.

Mereka hanya perlu satu kerusi untuk mendapat majoriti mudah. Pilihan raya November gagal memenuhi hasrat ini. Jadi pilihan raya kecil diadakan pada 5 Januari 2021, dan Republicans tewas kedua-duanya.

Kemenangan Ossoff dan Warnock sangatlah penting untuk Democratic. Kerana mereka menguasai White House (Joe Biden), House of Representatives (Dewan Perwakilan) dan Senate (Dewan Senat). Walaupun Democratic dan Republicans diikat 50-50 di Senat, ada seorang individu yang boleh menjadi penentu: Presiden Dewan Senat.

Siapa yang menang tiket Naib Presiden Amerika Syarikat akan menjadi Presiden Dewan Senat.

Dengan Kamala Harris, Democratic menguasai Dewan Senat.

Bantahan Menjadi Panas

Dewan Pemilih (Electoral College) bersidang pada 14 Disember 2020 mengundi Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Empat hari selepas keputusan ini dibuat, Donald Trump membuat pengumuman.

Beliau meminta rakyat Amerika Syarikat membantah di Washington D.C. pada 6 Januari (hari Kongres Amerika Syarikat mengesahkan undian Dewan Pemilih). Beliau berkata: “be there, will be wild!” (Carless, 2021).

Beberapa hari sebelum 6 Januari, pihak berkuasa telah mengizinkan 340 anggota National Guard turun di Washington D.C. untuk mengawal keadaan.

Trump pula meminta Naib Presiden Mike Pence batalkan kemenangan Biden.

Mike Pence

Dan Pence mengutuskan surat terbuka kepada Kongres Amerika Syarikat. Pence menerima kemenangan Biden (Nickeas, 2021).

Penyokong-penyokong Trump turun membantah pada 6 Januari, dalam keadaan marah kerana tiga faktor ini iaitu (1) Trump tewas, (2) Democratic menguasai Senat dan (3) Pence tidak berpihak pada Trump.

Tidak lama sebelum tem-ba-kan pertama dilepaskan. Washington D.C. dimana demokrasi dijulang dengan hormat telah menjadi pentas anarki.

Empat orang didapati terbµnµh dalam rµsµhan lima jam ini.

Benih Disemai Menjadi Pokok

Donald Trump meminta orang berhimpun untuk “Save America”. Tetapi kata-kata diguna Kumpulan Trump sebenarnya berbaur anarki.

Trump meminta penyokongnya supaya “f-ig-ht like hell” (la-wan habis-habisan) untuk ambil balik negara (Andersen, 2021).

Peguam Trump bernama Rudolph Giuliani pula meminta penyokong, “let’s have trial by com-ba-t” (Blake, 2021).

Anak Trump bernama Donald Trump Jr. siap meminta semua berpe-rang lagi (da Silva, 2020).

Jika tiada aral melintang, Trump Jr. barangkali bertanding nanti.

Dan memang mereka l-aw-an habis-habisan dalam sebuah pep-er-ang-an terbuka bagaikan trial by co-mb-at.

Apabila keadaan tidak terkawal, Trump meminta semua bertenang. Penyokong diminta menghormati undang-undang.

Penyokong diminta pulang ke rumah. “We love you. You’re very special.” Golongan ini digelar “great patriots” lagi, walhal 50 anggota polis terc-e-de-ra.

Meneliti bahasa yang digunakan Trump, pihak Facebook dan Twitter mengambil tindakan untuk menyekat Trump sehingga tarikh peralihan kuasa iaitu 20 Januari.

Jika Trump tidak berundur, barangkali sekatan ini diteruskan sampai tempoh tertentu.

RUJUKAN:

Andersen, T. (2021, Januari 6). Before (ditapiskan) stormed U.S. Capitol, Trump told them to ‘(ditapiskan) like hell’. Boston Globe.

Blake, A. (2021, Januari 7). Analysis | ‘Lets have a trial by (ditapiskan): How Trump and allies egged on the (ditapiskan) scenes. Washington Post.

Bowden, E. (2020, November 5). Swing state GOP lawmakers refused early vote processing, sowing current chaos. New York Post.

Carless, W. (2021, Januari 5). Nation’s capital braces for violence as (ditapiskan) groups converge to protest Trump’s election loss. USA Today.

Cohen, L. (2021, Januari 7). Twitter and Facebook lock Trump’s accounts, take down video of his message to supporters. CBS News.

da Silva, C. (2020, November 6). ‘Reckless’ and ‘stupid’: Trump Jr. calls for ‘total (ditapiskan)’ over election results. Independent UK.

Feuer, A., & Montague, Z. (2020, November 25). Over 30 Trump Campaign lawsuits have failed. Some rulings are scathing. The New York Times.

Fritze, J., et al. (2020, Oktober 1). ‘Too hot’: GOP allies urge Trump to change tactics for next debate. It’s not clear he’ll heed the advice. USA Today.

Levy, A., et al. (2020, November 3). Record numbers are voting by mail. Here’s when states can start processing those ballots. CNN Politics.

Nickeas, P. (2021, Januari 6). Pro-Trump supporters have flooded DC to protest president’s election loss. CNN.

Hern, A. (2021, Januari 7). Donald Trump suspended from Facebook indefinitely, says Mark Zuckerberg. The Guardian.

Shieber, J. (2021, Januari 8). Shopify pulls Donald Trump stores off its platform. TechCrunch.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.