Donald Trump mengumumkan sesuatu yang digambarkan sebagai kejayaan besar. Katanya, Iran dan Yesbiol telah bersetuju untuk hentikan semua bentuk serangan.
Gencatan senjata akan bermula dalam masa enam jam, dan perang dua belas hari ini akan tamat sepenuhnya selepas 24 jam. Bunyi macam kemuncak kepada keamanan, tapi bila diteliti semula, terlalu banyak perkara yang tak selari.
Kenyataan Trump datang terlalu awal. Iran belum keluarkan sebarang pengesahan rasmi. Tiada kenyataan dari pejabat Presiden Raisi. Tiada sidang media dari IRGC. Tapi Trump dah pun siap canang seluruh dunia bahawa perang dah tamat. Ini bukan kali pertama skrip sebegini digunakan.
Sejak dari era Bush, cara mereka tetap sama. Mereka cipta naratif, mereka kawal persepsi, dan mereka juga yang umum siapa menang siapa kalah. Bila dunia tanya siapa mula serangan, mereka jawab dengan alasan “pencegahan”. Bila mangsa balas, mereka label sebagai peng***as.
Trump kata perang ini boleh musnahkan seluruh Asia Barat, tapi “nasib baik” ia tamat awal. Masalahnya, siapa yang mula nyalakan api? Bukankah serangan ke atas Natanz, Fordow dan Esfahan dilakukan secara senyap tanpa amaran? Bila Iran balas, ia jadi alasan untuk laksana lebih banyak sekatan dan bina naratif keganasan.
Kalau gencatan ini betul-betul sah, kenapa “misi terakhir” masih berjalan? Dalam tweetnya, Trump tulis bahawa gencatan bermula selepas misi terakhir disiapkan. Maksudnya, masih ada bom dan peluru berpandu sedang disiapkan ketika dia buat pengumuman itu. Siapa yang buat gencatan senjata tapi dalam masa sama masih lancar operasi?
Tambahan lagi, pergerakan taktikal tentera AS masih aktif. Pesawat B-2 Spirit dikesan terbang di ruang udara Jordan. Kapal destroyer masih berlegar di Teluk Parsi. Sistem pertahanan udara Yesbiol masih dalam mod kesiapsiagaan tinggi. Kalau perang dah tamat, kenapa sistem pertahanan masih hidup?
Analisis lebih mendalam menunjukkan ada motif politik di sebalik pengumuman ini. Serangan Iran sebelum ini telah berjaya melepasi tiga lapisan sistem pertahanan udara Yesbiol. Dron Shahed masuk dari pelbagai arah, dari Iraq ke Lubnan.
Radar gagal kesan. Iron Dome bocor di beberapa lokasi strategik. Beberapa roket dilapor berjaya tembus ke kawasan Tololviv, Haifa dan kawasan lain. Persepsi tentang kekebalan sistem mereka terjejas teruk, sekaligus jejaskan keyakinan terhadap dominasi udara blok Yesbiol.
Jadi untuk pulihkan semula imej, Trump perlu muncul sebagai penyelamat. Dalam mata dunia, dia nak digambarkan sebagai tokoh yang berjaya hentikan konflik. Sedangkan realitinya, medan perang masih terbakar. Peluru masih meletup. Dan rakyat masih berlindung dalam runtuhan.
Jika dilihat dari sudut strategi, serangan ke atas tapak nuklear Iran baru-baru ini kelihatan seperti “damage control”. Dilakukan cukup-cukup untuk beri alasan diplomatik, tapi tidak cukup besar untuk lumpuhkan keseluruhan program nuklear Iran. Mesejnya jelas: Amerika dah ‘buat sesuatu’, jadi Setanjahat kena diam sekejap.
Iran pula dilihat tidak tergesa-gesa. Mereka sudah balas, tapi mereka juga faham permainan ini belum tamat. Mereka tahu gencatan yang diumum secara unilateral sebegini hanya helah. Sementara musuh fokus cipta naratif kemenangan, mereka terus susun kekuatan dalam diam.
Sejarah tidak menyebelahi gencatan seperti ini. Dalam Perang Lebanon 2006, gencatan diumum tetapi senjata tetap dilepaskan beberapa hari selepas itu. Dalam konflik Ghaezzhahh, berapa banyak kali diumum berhenti serang, tapi keesokannya sekolah dan hospital dibom.
Naratif yang dibina oleh blok Yesbiol seringkali meletakkan mereka di posisi moral tinggi. Tapi siapa yang cipta dalih untuk mula serang? Siapa yang halang media antarabangsa dari masuk ke zon serangan? Siapa yang kawal maklumat korban dan runtuhan dari diketahui umum?
Sekarang, Trump mahu kita percaya bahawa perang telah tamat dengan “jayanya”. Tapi kenyataan ini keluar dari mulut orang yang pernah isytihar kemenangan pilihan raya sebelum semua undi dikira. Dari mulut yang bagi tempoh 14 hari kepada Iran tetapi esoknya dia serang. Ke mana hilangnya logik bila fakta di lapangan bercanggah dengan kata-kata politik?
Sementara dunia sibuk bincang gencatan, harga minyak global mula susut sejurus selepas pengumuman Trump. Pasaran anggap risiko konflik makin reda. Emas pun tunjuk tanda penurunan. Tapi laluan perdagangan utama seperti Selat Hormuz masih belum pulih sepenuhnya. Pelabur masih berhati-hati, menanti adakah ini benar-benar tamat atau cuma langkah taktik al sementara.
Apa yang sedang berlaku sekarang sebenarnya fasa baru. Bukan penutup, tapi rehat sementara. Semua pihak kini sedang ukur semula kekuatan. Bila satu pihak dah tembak, pihak lain akan undur sedikit, bukan sebab kalah, tapi sebab nak serang dengan lebih terancang.
Iran pula bukan negara yang akan tunduk hanya dengan satu pengumuman. Mereka sudah beberapa dekad bertahan di bawah tekanan. Mereka faham selok-belok peperangan asimetrik. Dan mereka tahu bila masa sesuai untuk balas, dan bila masa sesuai untuk berdiam.
Jadi bila Trump kata gencatan dah berlaku, dan Iran setuju, persoalan besar tetap timbul. Setuju secara rasmi atau hanya andaian sepihak? Kalau betul setuju, kenapa Tehran tak bersuara? Kalau ini langkah damai, kenapa misi ketenteraan masih berjalan?
Ada analisis menyebut, gencatan ini cuma selingan taktikal untuk reset posisi dan restok senjata. Beberapa pelancar dan depot Iran diserang awal, tapi kapasiti utama belum lumpuh. Dalam perang moden, masa 24 jam cukup untuk isi semula roket, calibrate sistem radar dan kemas kini titik serangan. Jika ini benar langkah damai, kenapa logistik tentera kedua-dua pihak masih berjalan aktif?
Realitinya, gencatan ini hanya berlaku di atas kertas. Ia tak ubah macam papan catur yang sedang direset untuk pusingan kedua. Dan selagi agenda geopolitik masih dikawal oleh tangan yang sama, setiap gencatan hanyalah wayang untuk tutup darah yang masih mengalir.
Dunia tak perlukan lagi watak-watak hipokrit yang tabur janji manis sambil tangan mereka penuh debu perang. Dunia perlukan kesedaran. Perlukan rakyat yang celik naratif. Yang tahu bezakan helah dengan kebenaran.
Kalau kita terus percaya, kita akan terus ditipu. Tapi kalau kita berani soal, kita mungkin akan jumpa jalan keluar dari perang yang direka oleh mulut dan tangan yang tamak kuasa.
Dan dalam dunia penuh propaganda ini, yang paling penting untuk kita lindungi bukan sempadan fizikal semata, tapi sempadan akal dan prinsip. Sebab bila akal dijajah dan prinsip dikorbankan, tak ada jet atau misil yang boleh selamatkan maruah sebuah negara.
Kerana sekali kita serah prinsip, tak ada peluru yang mampu selamatkan kita lagi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.