Trump buat “lawak” lagi. Terkini, Trump kata nak beli Greenland – pulau terbesar di dunia (kalau Australia dikira sebagai benua, bukan pulau) yang berhampiran dengan Kutub Utara.

Greenland ialah jajahan Denmark yang telah mencapai status berkerajaan sendiri (self-government) sejak tahun 2009. Berada di bawah Denmark sejak abad ke-16 lagi. Trump belum sempat lagi nak tawar harga, kerajaan Denmark dah cepat-cepat shoot down deal tersebut. Diorang anggap Trump dah gila, menegaskan bahawa Greenland is “not for sale”.

Tapi idea Trump sebenarnya tak adalah gila sangat. Dalam sejarah, salah satu cara US memperluaskan wilayahnya adalah menerusi pembelian. Pada tahun 1803, US beli Louisiana daripada Perancis dengan $ 15 juta (nilai hari ini: $340 juta). Sebab tu kat US ada nama-nama tempat yang berbunyi French (Chicago, Illinois, New Orleans), semua bekas jajahan Perancis. Pada tahun 1867, US beli Alaska daripada Rusia dengan $ 7.2 juta ($130 juta pada hari ini), deal yang Rusia menyesal sampai hari ini.

Tahun 1898, US beli Filipina, Guam dan Puerto Rico daripada Sepanyol dengan $ 20 juta ($620 juta pada hari ini). Tapi tu lebih kepada pampasan kepada kekalahan Sepanyol dalam Perang Sepanyol-US.

Dan Denmark sendiri pun pernah menjual Kepulauan Danish West Indies di Laut Caribbean kepada US pada tahun 1917. Danish West Indies ni kemudian dinamakan semula sebagai US Virgin Islands. Betul-betul “cash is king” lah US ni. Ni baru jual/beli negara.

Cuma, memasuki abad ke-20 dan ke-21, norma antarabangsa dah banyak berubah. Negara/negeri tidak lagi dianggap sebagai harta peribadi penguasa, jadi sebarang perubahan “sovereignty” kena serah kepada penduduk tempatan (“self-determination”). Sebab tu Putin nak rampas Crimea pun kena mengadakan referendum. Kekerasan dan wang bukan lagi cara yang absah untuk mendapatkan sesuatu wilayah dalam hubungan antarabangsa hari ni. Idea Trump ni kira old school sangat, sama old school dengan idea trade protectionism dia.

Tapi kenapa Trump nak sangat Greenland? Kalau nak faham, kena rujuk peta dunia.

Lokasi Greenland sebenarnya sangat strategik: ia sangat dekat dengan Rusia. Boleh dikatakan Greenland ialah “first line of defense” kepada Rusia, musuh azali US. Malah Greenland, Iceland dan UK boleh bentuk satu “GIUK” line yang mampu sekat Rusia dan juga semua negara Eropah (kecuali Perancis, Sepanyol dan Portugis) daripada mencapai Laut Atlantik.

Satu lagi sebab ialah geopolitik yang semakin rancak di Kutub Utara ekoran pencairan ais di kawasan tersebut. Dulu Kutub Utara ni penuh dengan ais, sejuk pulak tu, jadi kuasa-kuasa besar tak berapa ada aktiviti di situ. Tapi pemanasan global menyebabkan kawasan ais semakin hilang dan mewujudkan kawasan perairan yang baharu, dan kedua-dua Rusia dan China berminat untuk guna kawasan perairan Kutub Utara sebagai laluan perdagangan mereka. Jadi US pun tak boleh duduk diam, kena control somewhere untuk counter pengaruh Rusia-China.

Yang lebih kritikal, Greenland juga kaya dengan sumber rare earth (nadir bumi). Benda ni penting sebab China sekarang ialah pengeluar rare earth terbesar di dunia, dan ramai suspek China akan menyekat keluaran rare earth dalam perang dagang dengan US. Jadi US kena memastikan China tiada monopoli ke atas rare earth.

Malah China pada awal tahun ni pun dah mula melabur di Greenland Minerals Limited, syarikat Australia yang tengah menggali rare earth di Greenland. Jadi Trump bising-bising ni pun sebenarnya nak bagi signal dekat China je.

Kesimpulannya, “lawak” Trump pun sebenarnya tak adalah lawak sangat. Serious business. Apa yang dia nak buat semuanya berkaitan dengan kepentingan negara US. At least dia sedar tempat apa yang penting kepada US. Cuba tanya average Malaysian, kalau Malaysia boleh beli satu tempat, di mana harus Malaysia beli? Kebanyakan tak dapat jawab sebab tak ada pemahaman asas tentang kepentingan geopolitik Malaysia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.