Kisah penyaliban Nabi Isa a.s merupakan teras kepada kepercayaan penganut Kristian hari ini. Tetapi tidak ramai tahu, banyak gereja berlumba-lumba mendapatkan relik kayu salib itu pada zaman dahulu dengan harapan ia dapat menarik lebih ramai orang berkunjung ke gereja mereka. Relik ini dipanggil sebagai True Cross.

Mengikut kisah Legenda Emas yang dikarang Jacopo de Voragine, salib ini dikatakan diambil daripada tiga batang pokok yang dipanggil sebagai Pokok Belas Kasihan (Tree of Mercy) yang ditanam Nabi Syith a.s. Dalam satu riwayat lain, ia dikatakan diambil daripada sebahagian pokok Khuldi, pokok di mana buahnya dimakan Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa sehingga mereka dikeluarkan daripada syurga. (Voragine, 2018)

Menurut Voragine, ia kemudiannya tumbuh sehingga era Nabi Sulaiman a.s. Dalam versi lain, pokok ini muncul pada era baginda menerusi tongkat Nabi Musa a.s di mana ia ditanam oleh ayahanda baginda, Nabi Daud a.s di Jerusalem. Ia kemudiannya ditebang dengan tujuan dapat dijadikan sebagai tiang Haikal Sulaiman tetapi ia tidak sesuai digunakan untuk tujuan berkenaan.

Dalam versi lain, selepas beberapa abad, ia ditebang dan digunakan sebagai bahan binaan untuk sebuah jambatan kayu. Ia digunakan untuk memudahkan perjalanan Ratu Balqis dari negeri Saba semasa dalam perjalanan bertemu dengan Nabi Sulaiman a.s. Dalam perjalanan, baginda tiba-tiba terjatuh dan mendapat petanda Tuhan.

Dalam pertemuan itulah, Ratu Balqis memberitahu Nabi Sulaiman a.s bahawa perjanjian yang termeterai antara Tuhan dengan orang Yahudi akan digantikan oleh satu kumpulan baru. Bimbang ia akan membawa kepada kemusnahan kaum Yahudi, baginda memilih menanam kayu tersebut. (Voragine, 2018)

Kayu tersebut kemudiannya digunakan sebagai kayu salib untuk Nabi Isa a.s dalam peristiwa penyaliban baginda sebelum ditemui semula oleh St. Helena, bonda kepada Maharaja Constantine pada abad keempat Masihi.

Rajah 1: The Finding of True Cross oleh Agnolo Gaddi

Tetapi versi ini berbeza dengan versi-versi gereja lain. Bagi Gereja Ortodoks Timur, mereka percaya True Cross sebenarnya dihasilkan daripada tiga jenis kayu iaitu cedar, pain dan sipres. Manakala satu versi lain mengatakan ia berasal daripada tiga batang pokok milik Nabi Lut a.s 3dan digunakan semasa proses pembinaan haikal. Semasa Raja Herod membina semula haikal, kayu-kayu ini telah dikeluarkan dan dibuang sebelum digunakan semula sebagai salib.

Semasa ditemui oleh Helena dan Biskup Jerusalem, Macarius, mereka mendapati terdapat tiga buah salib yang ditanam berhampiran dengan lokasi makam Nabi Isa a.s. Dan ini mengundang perdebatan dalam kalangan orang Kristian ketika itu mana satu sebenarnya True Cross.

Bagi menenangkan keadaan, Macarius meminta seorang wanita yang menghidap penyakit sopak untuk menyentuh setiap salib. Beliau memberitahu sekiranya wanita tersebut pulih selepas menyentuh mana-mana salib yang dinyatakan. Menurut Sozomen dan Socrates Scholasticus, wanita tersebut pulih daripada penyakit yang dialami. Tambah Scholaticus, sebahagian kayu salib dan paku yang digunakan semasa proses penyaliban dibawa ke Constantinople agar dapat dijadikan sebahagian daripada topi besi dan tali kekang kuda Constantine. (Schaff, 2011)

Rajah 2: The Proving of the True Cross oleh Jean Colombe

Sejak itu, ia kemudiannya dipamerkan secara berkala di Gereja Holy Sepulchre. Semasa Egeria melawat Jerusalem pada 380-an, ramai penganut Kristian berusaha mendekati True Cross sehingga ke satu tahap menggigit atau mencuri serpihan salib tersebut. Ini memaksa pihak gereja meletakkan dua orang paderi sebagai pengawal relik berkenaan semasa mereka melihat True Cross dengan lebih dekat. (McGowan & Bradshaw, 2018)

Bagaimanapun, salib ini kemudiannya dicuri dari Jerusalem oleh angkatan Parsi pada tahun 614 sebagai sebahagian daripada kempen pe.ra.ng Parsi-Rom yang sudah berlanjutan selama beberapa abad. Ia kemudiannya berjaya dirampas semula oleh Maharaja Heraclius pada 628 di mana ia ditempatkan di Constantinople sebelum dipulangkan ke Jerusalem pada 630. (Treadgold, 1997)

Begitupun, ramai meragui sama ada True Cross yang dipulangkan itu benar-benar tulen. Ini kerana menurut Profesor Constantin Zuckerman dari Ecole Pratique des Hautes Etudes, Paris melihat ia sebagai helah Heraclius untuk meraih kemenangan politik dan mengukuhkan kedudukannya sebagai maharaja Rom Timur. (Zuckerman, 2013)

Menjelang tahun 1009, pentadbir Gereja Holy Sepulchre terpaksa menyembunyikan True Cross selepas al-Hakim bi Amrillah mengarahkan semua gereja di Mesir dan Palestin dimus.na.hkan. Ia hanya dibawa keluar selepas ten.te.ra Salib berjaya menakluk kota Jerusalem pada tahun 1099. Setiap kali pihak Salib mengadakan ekspedisi keten.te.raan di luar, True Cross akan dibawa bersama mereka. (Runciman, 2005)

Mereka menyangka dengan membawa True Cross bersama, ia menjadikan mereka kebal. Bagaimanapun, Salahuddin al-Ayyubi memecah mitos tersebut dengan menewaskan mereka di Hattin pada 1187. Sejak itu, ramai pemimpin Kristian Eropah termasuk Raja Richard the Lionheart cuba membawa pulang True Cross melalui cara rundingan tetapi tidak berhasil. (Davids et al., 2003)

30 tahun selepas itu, pemerintah Ayubiyyah iaitu al-Kamil cuba menawarkan True Cross sebagai tukaran kepada menghentikan kepungan di Damietta. Bagaimanapun, harapan pihak Kristian tidak kesampaian apabila ia tidak ada. Ini sekaligus menunjukkan pihak Ayubiyyah langsung tidak mempunyai relik suci tersebut dan kali terakhir ia dilihat ialah di Damsyik, Syria. (Madden, 2014)

Jadi, apakah True Cross ini wujud? Ia bergantung kepada gereja mana yang memiliki relik ini. Ini kerana terlalu banyak gereja mendakwa mempunyai serpihan True Cross sehingga memeningkan kepala penganut Kristian sama ada relik tersebut tulen atau tidak. Perlu diingat, pada Zaman Pertengahan terutama pada abad ke-11 dan ke-12, aktiviti pemalsuan relik agama giat dijalankan termasuk True Cross.

Rajah 3: Relik yang menempatkan True Cross di Gereja Holy Sepulchre, Jerusalem

Mungkin atas sebab lambakan inilah, gereja-gereja yang berfahaman berbeza seperti Protestan mempertikaikan kesahihan True Cross. Salah seorang yang mempertikai ketulenannya ialah John Calvin. Calvin merasa hairan melihat banyak gereja mendakwa mempunyai serpihan True Cross seolah-olah ia seperti sebuah kayu balak yang besar. Beliau percaya kebanyakan dakwaan ini didorong oleh motif kewangan dan mengukuhkan kedudukan sesebuah gereja dalam komuniti.

Dan dengan perkembangan saintifik moden hari ini, dakwaan ini dilihat boleh dibongkar dengan mudah. Misalnya pada 2016, fragmen kayu yang didakwa serpihan True Cross yang disimpan oleh Katedral Most Holy Trinity di Waterford City, Ireland diuji secara saintifik untuk penentuan usia karbon kayu. Hasilnya amat mengejutkan di mana ia berasal dari abad ke-11 dan bukan abad pertama Masihi. (O’Shea, 2016)

Ini mengundang lebih banyak persoalan tentang kesahihan True Cross terutama bagi gereja-gereja yang mempamerkannya. Yang pasti, keputusan kajian ini tidak menghalang pihak gereja daripada terus mempamerkannya kepada kariah gereja mereka.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib percaya bahawasanya Nabi Isa a.s terselamat dari peristiwa penyaliban dan digantikan Allah oleh orang lain. Ini berdasarkan firman-Nya dalam ayat 157, Surah an-Nisa mafhumnya:

“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membu.n.uh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membu.n.uhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bu.n.uh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembu.nu.hannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membu.n.uhnya dengan yakin.”

RUJUKAN:

McGowan, A dan Bradshaw, P. (2018). The Pilgrimage of Etheria. Liturgical Press.

Zuckerman, C. (2013). Constructing The Seventh Century. Ecole Pratique des Hautes Etudes

Ciggaar, K & Teule, H (2003). East and West in the Crusader States. Peeters Publishers. Halaman 38.

O’Shea, J. (2016). Truth revealed about Irish relic of cross on which Jesus was crucified. Irish Central.

Voragine, J. (2018). The Golden Legend. Christian Classics Ethereal Library.

Schaff, P. (2011). Socrates and Sozomenus Ecclesiastical Histories of the Nicene and Post-Nicene Fathers of the Christian Church. Christian Classics Ethereal Library.

Runciman, S. (2005). The First Crusade. Cambridge University Press.

Madden, T. (2014). The New Concise History of the Crusades. Rowman & Littlefield. Halaman 76.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.