Kemurungan merupakan antara punca utama penyakit dan kecacatan mental di seluruh dunia.

1. Anggaran terkini daripada WHO mendapati lebih daripada 300 juta orang mengalami kemurungan pada hari ini. Kemurungan berbeza dengan perubahan emosi biasa. Kemurungan berbeza dengan kesedihan.

2. Kemurungan boleh mengakibatkan mangsa menderita dan tak dapat berfungsi dengan baik. Sama ada di tempat kerja, sekolah ataupun terhadap keluarga.

3. Paling teruk, kemurungan boleh mengakibatkan bunuh diri. Hampir 800 ribu orang mati setiap tahun sebab bunuh diri saja. Bunuh diri adalah punca kedua kematian bagi manusia berumur dari 15 hingga 29 tahun.

4. Setiap orang yang bunuh diri, terdapat 20 orang lain yang cuba nak bunuh diri. WHO kata, orang mati bunuh diri setiap 40 saat di seluruh dunia.

5. Walaupun banyak rawatan efektif terhadap kemurungan, tapi kurang daripada separuh yang kemurungan menerima rawatan ini. Banyak negara tidak sampai 10% pun yang menerima rawatan.

6. Antara penghalang penerimaan rawatan ini adalah disebabkan kurang maklumat tentang rawatan ini dan juga disebabkan stigma masyarakat terhadap gangguan mental (mental disorder).

7. Stigma paling biasa adalah kemurungan dianggap sebagai perkara remeh dan mangsa dianggap sebagai orang yang mahukan perhatian.

8. Mangsa menjadi takut dengan stigma ini lalu kemurungan itu disembunyikan dan tak mahu menerima rawatan. Malah, mereka tidak mendapat sokongan daripada kenalan terdekat.

9. Bebanan kemurungan dan masalah mental yang lain telah meningkat di seluruh dunia. Sejak tahun 2005 hingga 2015, ia telah meningkat lebih daripada 18%.

10. Kemurungan berpunca daripada interaksi sosial, faktor psikologi dan juga biologi. Orang yang menempuh kehidupan yang membebankan seperti menganggur, trauma, kena buli, tekanan kerja adalah orang yang selalunya mengalami kemurungan.

11. Kemurungan mengakitbatkan kita tak dapat berfungsi dengan baik. Sama ada dari segi emosi, fizikal dan psikologi. Buat semua benda tak jadi dan tak produktif.

12. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh WHO, negara-negara miskin adalah penyumbang kemurungan dan bunuh diri yang tertinggi.

13. Kecuali negara Korea Selatan di tangga ke-10, Jepun di tangga ke-16 dan Amerika Syarikat di tangga ke-48 daripada 183 negara yang dikaji selidik.

14. Pada tahun 2015, bunuh diri adalah punca ke-17 kematian manusia di seluruh dunia. Di Amerika ia adalah punca yang ke-10.

Sumber: World Health Organization (WHO)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply