“Ketunggalan (singularity) adalah zaman kecerdasan (intelligence) akan meningkat menjadi non-biologi dan ber-trillion kali lebih berkuasa berbanding hari ini. Ini adalah permulaan tamadun baru yang membolehkan kita menjangkau (transcend) batas biologi kita sendiri dan meluaskan lagi tahap kreativiti kita.” – Ray Kurzweil
Aku tonton filem ‘Transcendence (2014)’ selepas perhati topik berkenaan ‘artificial intelligence’ agak rancak jugak dibualkan.
Dr. Will Caster kena tembak dengan peluru pollonium dan sistem tubuhnya terdedah dengan radiasi nuklear. Isteri dia Evelyn Caster cadang nak naikkan kesederan Dr. Will ke internet supaya Will terus hidup walaupun jasadnya telah pergi.
Akhirnya? Dia berjaya. Tapi bila kau tonton filem ini, kau tentu tak pasti sama ada itu benar-benar Dr. Will ataupun PINN (entiti komputer kuantum) yang telah bergabung dengan kesedaran Dr. Will.
Entiti baru ini sangat menakjubkan. Ia mampu menyembuhkan manusia yang buta dalam masa yang singkat. Mahu menghasilkan penjanaan semula (regeneration) manusia. Manusia telah mencapai keabadian.
Entiti ini juga mampu menghidupkan semula flora-flora yang mati akibat pencemaran.
Tapi ini sebenarnya juga apa yang Dr. Will cuba nak capai dalam kajiannya. Dia mahu mencipta entiti yang mempunyai tahap kecerdasan yang malampaui manusia terbaik yang pernah lahir.
Isterinya sendiri pun mahukan dunia di mana bukan saja manusia dapat menjumpai penawar bagi segala penyakit, tetapi juga mahu menyembuhkan Bumi.
Sementara saintis lain menamakan pencapai itu sebagai ‘Ketunggalan (singularity)’. Dr. Will menamakannya ‘Transcendence (menjangkaui pemikiran)’. Dr. Will kata, “Bayangkan entiti yang mempunyai kesemua emosi manusia. Kuasa analitik-nya lebih hebat berbanding setiap kecerdasan manusia sepanjang sejarah.”
Kalau kita tengok filem ini, tentu kita akan familiar dengan falsafah minda (philosophy of mind). Aku tak nak sembang sangat sebab dah familiar sejak Plato hingga ke Parmenides, Descartes hingga ke Spinoza.
Aku cuma nak cakap pasal Ketunggalan (Singularity). Pada pendapat aku, filem ini lebih tepat dengan idea ini.
Ray Kurzweil adalah antara orang yang popularkan idea Ketunggalan (singularity) ini. Vernor Vinge juga popularkan idea ini. Vinge kata, “Dalam tempoh 30 tahun, kita akan ada teknologi untuk mencipta kecerdesan super-manusia (superhuman) selepas kematian zaman manusia.”
Kurzweil kata, Ketunggalan (singularity) adalah cara untuk hentikan segala jenis penyakit, mengentikan penuaan dan akhirnya cara untuk hentikan kematian. Akhirnya, manusia mencapai keabadian.
Kurzweil anggap kisah-kisah sains fiksyen sebagai ramalan dan kebarangkalian teknologi masa depan. Dan dia anggap Ketunggalan (singularity) sebagai sebuah kemungkinan.
Nak beritahu idea Ketunggalan dan idea manusia menjadi sebuah program bukanlah idea yang dimainkan oleh penulis-penulis sains fiksyen saja.
Malah, saintis-saintis komputer dan futuris terkemuka melihat kehadapan idea ini akan menjadi realistik di masa hadapan.
Kemudian, Ketunggalan dimulakan dengan penciptaan ‘Artificial Super-Intelligence’. ini kau bayangkan macam ini jelah. Apabila kemampuan komputer meningkat, manusia akan mampu mencipta sebuah mesin yang lebih cerdas (intelligent) berbanding manusia.
Kemudian, ‘superhuman intelligence’ ini pula akan membina dan mereka mesin yang lebih hebat daripada dirinya sendiri. Dan benda ini akan berterusan.
Inilah yang dipanggil oleh I. J. Good sebagai ‘intelligence explosion’. Kemudiannya, tercapailah ‘singularity’.
Dalam filem ini, ada audien tanya Dr. Will, “Adakah kamu mahu mencipta Tuhan?”
Dr. Will jawab, “Bukankah itu yang manusia buat selama ini?”
Idea ini seolah mahu menggambarkan manusia mahu mencapai sebuah kesempurnaan. Kalau kita tengok filem ini, Dr. Will yang dah jadi mesin, bukan saja mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi malah, emosi untuk memahami Evelyn juga boleh tahan.
Dengan memahami bio-kimia dalam tubuh, Dr. Will boleh memahami apa yang sedang dihadapi oleh Evelyn. Tapi satu benda saja yang mesin ini tak boleh nak capai.
Seperti yang Dr. Max Waters kata, “Emosi manusia mempunuai konflik yang tak logik. Mampu mencinta seseorang, tapi masih benci sesetengah perbuatan yang manusia itu buat.”
Yup, mesin tak boleh terima kekurangan. Bila ada kekurangan, mesin akan perbaiki. Bila ada kesilapan, mesin akan perbaiki sehingga tiada lagi kesilapan.
Manusia silap dalam memahami maksud kesempurnaan manusia dengan membuang ‘kemanusiaan’ untuk mencapai kesempurnaan.
Pada pendapat aku, manusia yang ada kelamahan dan bersifat tak logik adalah manusia yang sempurna. Manusia-mesin seperti Dr. Will bukan manusia yang sempurna kerana ia tidak mempunyai esensi manusia.
Esensi manusia adalah mempunyai kelemahan. Apabila diabuang esensi itu, hilanglah kemanusiaannya.
Manusia menjadi lebih baik dengan adanya kelemahan dan kesilapan. Manusia mampu menjadi tunduk dan bersyukur dengan adanya kelemahan. Manusia mampu menjadi sayang dengan adanya konflik emosi.
Mesin tak dapat proses benda-benda macam ini. Tapi itulah, mesin ini dapat menjadikan hidup kita lebih baik.
Persoalan yang boleh kita fikirkan mungkin adakah zaman ketunggalan (singularity) ini memberikan ancaman kepada manusia?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih