Kita masih belum genap sebulan kerajaan baru bertukar. Sudah wujud ura-ura yang mengatakan witch hunt bakal berlaku melibatkan pimpinan negara sebelum ini. Baru-baru ini juga, istilah witch-hunt digunakan oleh Trump dalam twitternya sehingga mengundang kontroversi. Namun bukan itulah yang mahu diceritakan dalam artikel ini, tetapi tentang sebuah tragedy Salem Witch Trial yang berlaku di Perkampungan Salem, Massachusetts. Ini ialah sebenar-benarnya witch hunt, yang terkemudiannya akan diingati sepanjang sejarah dunia.

Semuanya bermula dengan histeria yang dialami oleh kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun bernama Abigail Williams bersama dengan sepupunya yang berusia 9 tahun yang bernama Betty Parris. Sakitnya yang dihadapi oleh mereka ialah histeria, yang pada hari ini sudah ada diganoisis yang jelas berserta rawatannya. Namun pada 1692 Masihi ketika tragedi ini, ketika kepercayaan-kepercayaan karut masih berakar dalam masyarakat, ia membawa kepada sebuah tragedi yang sangat menyayat hati, yang telah memakan nyawa mereka-mereka yang tidak bersalah.

Untuk merawat anaknya, Reverend Samuel Parris telah meminta bantuan doktor untuk menamatkan penyakit pelik dua orang anak kecil. William Grigss, doktor tempatan pada waktu itu terus meletakkan penyakit yang dialami oleh dua anak kecil ini adalah kerana buatan orang (disihir). Dalam masa yang sama, kanak-kanak lain seperti Ann Putnam Jr., Mercy Lewis, Elizabeth Hubbard, Mary Walcott dan Mary Warren mula menghidap penyakit yang sama.

Lantas perdebatan hangat untuk menamatkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu berlaku dalam komuniti masyarakat Salem itu sendiri. Mary Sibley dalam kawasan kejiranan yang sama telah menyuruh Tituba, hamba orang asli Amerika kepada keluarga Parris ditugaskan untuk menyiapkan “cake-witch” yang mengandungi air kencing anak-anak yang terkena histeria berserta dengan lebihan gandum. Lantas kek ini diberikan kepada kanak-kanak yang terkena histeria dengan harapan, mereka kononnya akan mendedahkan nama ahli sihir yang telah menyihir mereka. Malangnya Tituba menjadi mengasa tuduhan bersama dengan beberapa nama lagi termasuklah seorang wanita gelandangan peminta sedekah bernama Sarah Good dan juga Sarah Osborn, seorang wanita tua.

Ketiga-tiga mereka dihadapkan dihadapan hakim yang bertugas di perkampungan itu bersama dengan para penuduh mereka yang masih lagi dalam keadaan penuh histeria, – menggelupur, menjerit kesakitan, menggeletar dan segala simptom histeria yang dikenali. Sarah Good dan Sarah Osborn menafikan penglibatan mereka, namun mengejutkan Tituba mengaku salah, dipercayai kerana mahu mendapatkan hukuman yang ringan dan berpura-pura sebagai “informer” kerana dia merasakan dirinya tidak mungkin akan lepas lagi. Antara nama yang dipetik adalah dua orang kuat gereja seperti Martha Corey and Rebecca Nurse dan tentunya, si malang anak Sarah Good yang berusia 4 tahun.

Dalam masa yang sama, wabak histeria semakin tersebar ke seluruh perkampungan. Bilangan orang yang tertuduh semakin bertambah apabila mereka yang dituduh berterusan memetik nama sesiapa sahaja yang mereka rasa berhak. Ini membuatkan keadaan di Salem menjadi tidak terkawal lantas gabenor baru bernama William Phips, menubuhkan mahkamah istimewa untuk mengendalikan kes tersebut. Court of Oyer (untuk mendengar) dan Terminer (memutuskan) ditubuhkan diketuai oleh para hakim bernama Hathorne, Samuel Sewall dan William Stoughton.

Mangsa pertama mahkamah khas ini ialah Bridget Bishop yang diputuskan bersalah pada 2 Jun sebelum 8 hari kemudiannya, dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di sebuah tempat yang akan dikenali pada kemudiannya sebagai Gallows Hills di Salem itu sendiri. Kemuncaknya ialah, 13 orang wanita lagi bersama dengan 5 orang lelaki mengiringi Bridget Bishop. Dalam masa yang sama, lebih kurang 7 orang lelaki mati di dalam penjara, seorang mati direjam dengan batu sehingga mati. Hanya pada bulan Oktober, selepas banyak nyawa yang hilang, barulah mahkamah itu dibubarkan.

Bukannya tidak ada yang mengkritik apabila bukti yang bersifat “mistik” atau berkaitan dengan mimpi, testimonial digunakan dalam mahkamah ini. Contohnya, seorang lelaki bernama Cotton Mather dan ayahnya Increase Mather, seorang presiden bagi Kolej Harvard ketika itu membantah dengan berhujah bahawa “lebih baik 10 orang ahli sihir dilepaskan daripada seorang yang tidak bersalah dijatuhkan hukuman mati berdasarkan bukti-bukti yang bersifat mistik tersebut.

Antara analisis yang dijalankan ke atas tragedi ini adalah kerana situasi kehidupan abad ke-17 di teluk Massachusetts. Faktor seperti persaingan (rivalry) antara Perkampungan Salem dan Pekan Salem, wabak demam campak yang melanda sebelum tragedi ini, kemiskinan dan kepercayaan kuat pada perkara mistik dipercayai membina asas kepada tragedi witch-hunt paling popular dalam sejarah ini. Sebab itu kebanyakan mangsa yang berjumlah 150 orang itu adalah datang dari pekan-pekan yang mengitari Salem sendiri, yang di mana nama-nama mereka yang menunggu mati dijerit oleh anak-anak kecil yang kononnya terkena histeria.

Rujukan:

Winsham, Willow. (2016). All About History: Salem Witch Trials. Imagine Publishing Ltd

History.com. (2011) Salem Witch Trials.

The 1692 Salem Witch Trials. 1692 Salem Witch Museum.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.