Petang 29 Jun 1995. Dentuman kuat menggegarkan seluruh Gangnam pada hari itu. Tanpa diduga, separuh daripada Gedung Serbaneka Sampoong, iaitu sebuah kompleks dua bangunan berwarna merah jambu yang menjadi mercu tanda kawasan Seocho-gu yang mewah, runtuh menyembah bumi. Dalam sekelip mata, semuanya hilang, meninggalkan sisa serpihan serta debu berterbangan.

Ini adalah kisah runtuhan bangunan kedai Sampoong pada musim panas 1995 yang meninggalkan parut trauma yang masih dikenang oleh warga Korea sehingga ke hari ini. Tragedi ini yang mengorbankan 502 orang serta menyebabkan kecederaan kepada 937 orang yang lain menjadikannya peristiwa yang paling banyak mengorbankan nyawa di Korea Selatan.

Kenapa dan bagaimana tragedi runtuhan ini boleh berlaku?

Kim Hyun Joo, salah seorang mangsa runtuhan yang terselamat mengenang semula trauma yang dialami akibat peristiwa itu. Ketika berada di dalam bangunan tersebut, seorang rakan sekerjanya bergurau dengan menyatakan ada beberapa retakan pada dinding bangunan. Katanya, bangunan itu mungkin runtuh jika mereka menggoncangkannya dengan kuat.

Dan, ia benar-benar berlaku. Bangunan itu akhirnya runtuh dan rakan sekerjanya maut di dalam runtuhan.

Gedung beli-belah itu telah dibuka pada Disember 1989 dan terdiri daripada dua bangunan utama, dengan lima tingkat yang bersambung, dan empat tingkat bawah tanah. Keseluruhan keluasan lantai pusat membeli-belah itu merangkumi sejumlah 73,877 meter persegi.

Retakan pada dinding yang dikesan oleh Kim dan rakannya sebenarnya berada di tingkat lima sayap selatan, iaitu kawasan beberapa restoran beroperasi. Di tingkat lima inilah kawasan permulaan runtuhan itu.

Siasatan yang dilakukan mendapati kesan retakan itu telah mula dilihat sejak April 1995, iaitu pada bumbung tingkat lima. Para pekerja juga sudah mula dapat merasai yang bahagian lantainya semakin tidak kukuh, namun pihak pengurusan gedung tidak menghiraukannya dan masih meneruskan operasi.

 

Kemuncak kepada penyebab runtuhan ini adalah pemasangan menara penyejuk penyaman udara pada bahagian bumbung sayap utara bangunan itu. Tiga menara penyejuk ini seberat 36 tan metrik, dan dengan penambahan air, beratnya meningkat kepada jumlah 87 tan.

 

Pada awalnya, menara itu dipasang pada sebelah timur bumbung sayap selatan. Namun, disebabkan jaraknya berdekatan dengan pangsapuri kediaman berhampiran dan aduan bunyi bising daripada jiran, pihak pengurusan memutuskan untuk memindahkannya. Pihak pekerja menggunakan kren untuk mengalih serta memindahkan menara, lalu mengakibatkan kerosakan yang ketara pada bumbung.

 

Pagi sebelum kejadian berlaku, orang ramai yang berada di tingkat lima menyaksikan bagaimana retakan menjadi semakin lebar dan bumbung bangunan mula runtuh sedikit demi sedikit. Pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menutup tingkat lima kepada orang ramai, tetapi tiada arahan pemindahan yang dibuat.

Menjelang tengah hari, menara penyejuk tadi mula ditutup, dan orang ramai mula meninggalkan bangunan akibat kekurangan pendingin hawa. Hanya pada jam 3 petang, pemeriksaan kecemasan dan mesyuarat lembaga pengurusan diadakan, iaitu beberapa jam sebelum ia runtuh sepenuhnya.

Daripada kesemua 502 orang mangsa, lebih separuh daripadanya iaitu seramai 302 adalah pekerja di pusat beli-belah berkenaan. Mangsa selebihnya adalah orang awam, yang kebanyakannya wanita yang sedang membeli barangan untuk makan malam.

Selepas hampir 30 tahun berlalu, tapak runtuhan itu kini menjadi sebuah kompleks serbaguna yang menempatkan apartmen mewah. Namun, yang mengecewakan, cadangan untuk membina tapak peringatan tragedi Saampong telah ditolak oleh para ahli politik dengan alasan kawasan tanah yang terlalu ‘bernilai.’

Kejadian ini seumpama satu ‘wake-up call’ dan peringatan bagi seluruh warga Korea untuk merenung semula keadaan mereka ketika itu dan bagaimana seluruh negara memulihkan kesan fizikal dan emosi akibat runtuhan ini. Ia adalah tragedi pahit yang takkan dilupai oleh semua.

Oleh: Farahi Kamaruddin

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply