Dalam sejarah Amerika, nama Lima Suku Peribumi digunakan bagi mewakili lima suku asli di Amerika Tenggara – iaitu Cherokee, Choctaw, Chickasaw, Creek, dan Seminole. Ketika awal kedatangan penja-jah dari benua Eropah, suku-suku asli ini menyambut mereka dengan penen-tangan keras. Namun lama-kelamaan, mereka terpaksa tunduk dan akur berasimilasi dengan pengaruh asing.

Semuanya demi secebis harapan bahawa mereka bakal diberi peluang untuk terus menetap di tanah tumpah darah mereka. Namun sudah menjadi resmi penja-jah; datangnya tidak diundang, mukimnya sibuk menerajang. Kalau mengaut laba, tak lain mesti dengan siku.

Kesudahannya, Lima Suku Peribumi diusir, wilayah mereka diram-pas, dan mereka sendiri, dipaksa berpindah ke  barat (kini Oklahoma). Jalur perjalanan yang ditempuhi mereka ini dikenang oleh sejarah sebagai ‘Jejak Air Mata’. Ia menyaksikan ribuan manusia terkor-ban akibat kebu-luran, kesejukan, dan sera-ngan penyakit.

Lima suku peribumi yang dipaksa berpindah

Titik hitam dalam sejarah awal Amerika ini terjadi sekitar tahun 1830an, tidak lama selepas Presiden Andrew Jackson menandatangani Akta Pengusiran Suku India Amerika.

Tiga kurun interaksi dengan pendatang asing dari Eropah ternyata berakhir dengan tragedi. Carolina Utara, Georgia, Florida, Alabama, dan Tennessee yang selama ini menjadi kampung halaman suku-suku asli tersebut habis dikuasai oleh kerajaan Amerika.

Tragedi yang turut melibatkan suku-suku lain seperti Sioux dan Ho Chunk ini berlaku dalam pola yang hampir serupa – Berinteraksi dengan pendatang dari Eropah; penyusutan populasi secara drastik akibat pepe-rangan, kebu-luran, perham-baan dan se-rangan penyakit; dan akhirnya dipaksa berpindah ke barat (Oklahoma); tempat untuk suku-suku asli yang tidak bertamadun dan tidak ada peradaban – dakwa penja-jah.

Laluan-laluan yang ditempuhi dalam proses perpindahan

Pada mulanya, mereka dituntut menjalani proses asimilasi supaya dapat diacu mengikut tatanan hidup yang sesuai dengan gaya Eropah-Amerika. Gagasan ‘mentamadunkan suku asli’ ini bertujuan menamatkan sengketa antara pendatang dan peribumi. Ia didokong oleh presiden pertama Amerika, George Washington  (1752-1758) dan beberapa pemimpin awal lain.

Satu abad kemudian, Andrew Jackson mempelopori usaha pengusiran suku asli Amerika sebelum beliau menjadi presiden Amerika yang ketujuh (1829-1837). Sepanjang tahun 1814 sehingga 1824, Jackson berperanan besar dalam menjayakan 9 dari 11 rundingan yang bertujuan mengusir suku-suku asli di timur dan memindahkan mereka ke barat.

Suku-suku asli tersebut akur terhadap rundingan ini dengan harapan dapat mengekalkan sebahagian kecil kampung halaman mereka, di samping mahu menghindari nasib yang lebih buruk jika menunjukkan penen-tangan.

Pengusiran suku-suku asli dari kampung halaman mereka secara paksa semakin giat selepas Akta Pengusiran Suku Asli India ditandatangani

Namun, persetujuan terhadap rundingan ini membolehkan Amerika Syarikat menguasai tiga perempat Alabama dan Florida, serta sebahagian Georgia, Tennessee, Mississippi, dan Carolina Utara yang sejak sekian lama dihuni oleh masyarakat peribumi. Gelombang perpindahan pertama ini bagaimanapun bersifat sukarela, justeru hanya sejumlah kecil sahaja dari warga Creek, Cherokee, dan Choctaw yang berpindah ke wilayah baru.

Selepas dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat yang ketujuh, Andrew Jackson meneruskan usahanya mengusir suku-suku asli tersebut dengan menandatangani Akta Pengusiran Suku India Amerika. Akta ini membolehkan pihak kerajaan Amerika Syarikat menggantikan tanah-tanah yang diambil daripada suku asli di Timur dengan tanah yang dikhususkan untuk mereka di barat, disebut sebagai Indian Territory (kini sebahagian besar Oklahoma).

Suku pertama yang dipaksa berpindah dari wilayah autonomi mereka ialah Choctaw, iaitu pada tahun 1831. Choctaw berasal dari Louisiana, Alabama dan Mississippi. Mississippi juga merupakan kampung halaman bagi suku Chickasaw, yang kemudiannya bergabung dengan Choctaw di Oklahoma.

Sementara itu, suku Seminole sempat memberikan penen-tangan sehingga tahun 1840an, sebelum akhirnya terpaksa jua meninggalkan Florida. Dalam peristiwa Jejak Air Mata, suku Creek kehilangan 3,500 dari lebih 15,000 orang yang keluar berpindah. Angka kor-ban dalam suku Cherokee pula mencecah 4,000 hingga 5,000 orang.

Tugu peringatan peristiwa Jejak Air Mata di New Echota, Georgia, bagi memperingati 5,000 orang Cherokee yang meninggal dunia semasa perpindahan

TERJEMAHAN
Mark Miller. (19 September 2018). The Tragedies that Befell the Five Civilized Tribes that were Forced to Trek the Trail of Tears. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/trail-tears-0010725


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.