Dalam lingkungan aktivis alam sekitar, terdapat satu istilah berbunyi ‘pemeluk pokok’ atau tree-hugger. Biasanya, ia ditujukan sebagai sin.diran kepada seseorang yang terlalu beria tentang penjagaan alam sekitar, khususnya hutan.
Bagaimana pun, istilah ini sebenarnya mengandungi erti yang signifikan dan tidak seharusnya dibataskan kepada sin.diran semata. Ia lantaran asal-usulnya bermula daripada peristiwa pemban.taian ke atas orang Bishnoi di Khejarli, India pada tahun 1730.
Segalanya bertitik tolak daripada seorang raja bernama Abhai Singh (1702-1749). Abhai berkuasa di Marwar dan memang dikenali sebagai raja yang bengis. Cara dia naik takhta pun – iaitu membu.nuh ayahnya – sudah cukup untuk menggambarkan sifat tersebut. Sepanjang pemerintahannya, ada satu hal yang paling diabadikan tentang Abhai.
Iaitu, perintah untuk mendapatkan kapur sebagai salah satu bahan binaan istana barunya. Kapur tersebut, menurut Abhai, harus diambil (ditebang lalu dibakar) dari pokok-pokok Khejri yang banyak tumbuh di kampung Jehnadiya Khejarli, Rajasthan.
Sememangnya, pokok Khejri bernilai tinggi. Ia bahkan dianggap suci oleh penganut aliran Bishoi (diasaskan pada 1485 M) yang rata-rata mendiami Rajasthan. Jadi, ketika menteri Abhai yang bernama Giridhar Bhandhari datang ke kampung tersebut, orang Bishnoi kemukakan ban.tahan.
Ban.tahan awal dilakukan oleh seorang wanita bernama Amrita Devi. Lama juga mereka berdua bertikam lidah, sebelum Giridhar mengalah dan mengusulkan sejumlah pampasan. Namun, nama pun pokok keramat. Bayaran sebanyak mana tidak akan dapat mengubah pendirian penganut Bishnoi seperti Amrita.
Masing-masing enggan beralah. Seorang dengan pegangan agama. Seorang lagi dengan kepatuhan terhadap raja. Apabila dua bentuk kepatuhan ini bertem.bung, kekerasanlah yang jadi jawapan.
Maka, Giridhar pun membawa sejumlah ten.tera ke kampung Khejarli. Ban.tahan mulut tidak lagi diendahkan. Pokok demi pokok ditum.bangkan. Sampai kemudiannya, Amrita dan tiga anak perempuannya (Asu, Ratni, dan Bhagu) merebahkan badan di hadapan sebatang pokok; cuba pertahankannya dari diapa-apakan.
Tetapi tanpa rasa belas, kepala mereka berempat habis ditebas. Dengan pantas, khabar tersebut sampai ke pengetahuan seluruh penganut Bishnoi di kampung-kampung sekitar. Lantas, kira-kira 363 orang (294 lelaki dan 69 perempuan dari 84 buah kampung) datang berhimpun. Masing-masing melaungkan kata-kata terakhir Amrita; “Kalau satu kepala ini dapat selamatkan sebatang pokok, itu dah lebih daripada cukup!” sambil mendakap erat pokok-pokok Khejri.
Tindakan ini bagaimana pun tidak menggugat hati Giridhar dan orang-orangnya. Seperti Amrita, kesemua 363 penganut Bishnoi itu diban.tai tanpa mengenal usia dan jantina – tua atau muda, lelaki atau wanita, semua pun dibu.nuh. Ia semata-mata untuk patuhi perintah raja.
Namun, apa kata raja itu sendiri? Sebaik berita tersebut sampai ke telinganya, Abhai yang terkenal bengis malah jatuh duka. Dia sendiri kemudiannya mencemar duli ke kampung tersebut, dan menghentikan segala pemban.taian dan penebangan pokok Khejri. Pokok itu diwartakan suci. Kuil khusus juga didirikan bagi memperingati setiap penganut Bishnoi yang ma.ti sambil mendakap Khejri.
Peristiwa pemban.taian ini bukan sahaja melembutkan hati seorang raja tetapi juga mempengaruhi sekali gus mengilhami istilah ‘tree-hugger’ dalam kalangan aktivis alam sekitar, terutama di India pada tahun 1973-1979 melibatkan sebuah gerakan yang disebut sebagai Gerakan Chipko (‘chipko’ bermaksud ‘memeluk’).
Gerakan ini dimulakan oleh Chandi Prasad Bhatt (pemenang Anugerah Keamanan Gandhi 2013). Ia tercetus rentetan beberapa peristiwa – bermula daripada penebangan hutan di Himalaya oleh British pada awal 1900an (untuk mengubahnya menjadi ladang teh) sehinggalah pembalakan lampau di Uttarakhand oleh kerajaan India pada 1970an yang mengakibatkan hakisan dan banjir (yang memakan nyawa 200 orang).
Tambahan, penduduk tempatan dila.rang mengambil kayu-kayan dari pokok-pokok kecil (untuk dibuat alat pertanian) sementara permit bagi hal sama diluluskan kepada syarikat-syarikat pembalakan.
Layanan dua-darjat ini lantas mendorong Chandi dan pertubuhan sosialnya, Dasholi Gram Swarajya Mandal (DGSM) untuk melakukan pro.tes. Pro.tes pertama berlaku di kampung Mandal (terletak di Lembah Alaknanda).
Ia berjalan secara aman, lantaran mengambil semangat Perarakan Garam yang dilakukan oleh Mahatma Gandhi pada 1930 (ketika memban.tah cukai garam yang dikenakan oleh British). Kaedahnya pula, diilhami oleh kisah Khejarli tadi.
Seluruh penduduk kampung Mandal turun ke lapangan dan memeluk atau berdiri mengelilingi pokok-pokok yang ingin ditebang oleh syarikat pembalakan. Ban.tahan ini berpanjangan selama berhari-hari, sampaikan akhirnya kesemua permit pembalakan di situ ditarik semula oleh kerajaan.
Kejayaan tersebut mempengaruhi kampung-kampung lain untuk melakukan hal sama. Dianggarkan, lebih 150 buah kampung di Uttarakhand terlibat dalam Gerakan Chopki 1973-1979, dengan gerakan paling masyhur berlaku pada 26 Mac 1973 di kampung Reni yang diketuai oleh seorang wanita bernama Gaura Devi.
Peristiwa ini masyhur kerana ketika itu, kerajaan cuba memperdaya penduduk kampung dengan menyuruh mereka berkumpul di kampung lain, Chamoli, kononnya untuk menerima pampasan atas penebangan yang berlaku.
Rentetan itu, kampung Reni pun kosong tanpa lelaki. Ketika itulah pembalak-pembalak datang melakukan kerja, hanya untuk kemudian dihalang oleh Gaura Devi dan 27 wanita lain yang masing-masing berdiri mengelilingi pokok – enggan benarkan ia ditebang walau kepala diacu sena.pang.
Gerakan massa seperti ini kemudian membangkitkan kesedaran tentang alam sekitar dalam kalangan penduduk India, hinggakan pada 1980, Perdana Menteri Indira Gandhi sendiri mengha.ramkan sebarang aktiviti pembalakan komersial di Uttarakhand selama 15 tahun.
Ia juga menginspirasikan gerakan-gerakan lain di seluruh dunia. Misalnya pada lewat 1990an, seorang aktivis alam sekitar Amerika bernama Julia ‘Butterfly’ Hill ‘bertapa’ selama 738 hari (dari 10 Disember 1997 hingga 18 Disember 1999) di atas pokok redwood yang berusia 1,500 tahun untuk mengelaknya ditebang.
Di Jepun pada tahun 2009 pula, sekumpulan aktivis beramai-ramai memeluk pokok sebagai ban.tahan terhadap projek pembinaan terowong berhampiran Gunung Takao yang bakal mengor.bankan alam sekitar.
Dan paling kebelakangan, adalah ban.tahan yang berlaku di Benggala Barat (West Bengal) pada April 2017. Di mana, ratusan pelajar universiti mempro.tes projek melebarkan jalan sepanjang 61 km (yang menghubungkan Barasat dan Petrapole di sempadan India-Bangladesh) dengan memeluk 4,000 batang pokok di kiri-kanan jalan yang bakal ditumbangkan.
Ini sekali gus menghidupkan ‘tradisi memeluk-pokok’ yang sudah pun berakar umbi selama lebih 250 tahun di India – tradisi yang kini dijadikan kata lecehan terhadap aktivis alam sekitar.
RUJUKAN:
Muzaffar, Maroosha. (2019, 4 April). How the Tree-Hugging Movement got Started in a Small Indian Village. Ozy.
Spellerberg, Ian. (2017, 16 February). A hug for the tree huggers: Why ‘tree huger’ is not an insult. Stuff.
Wagner, B.B. (2021, 29 August). Tree Huggers. The Unspoken History of Indian Enviromental Martyrs. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih