Empayar Inca ialah sebuah empayar yang pernah berdiri merentasi wilayah Amerika Selatan. Empayar ini mempunyai kegemilangannya tersendiri dan salah satu momen agung empayar ini ialah pembinaan Machu Pichu, sebuah kitadel yang dibina pada abad ke-15 di atas sebuah puncak gunung setinggi 2430 meter.
Sejarah awal dan ringkas empayar ini dapat dijejak seawal 1438 Masihi, sezaman dengan Kesultanan Melayu Melaka. Kononnya ketika era awal empayar ini, ia dibina oleh seorang tuhan matahari bernama Tuhan Inti yang telah mengirimkan empat orang anak perempuannya serta seorang lelaki untuk mencari tanah untuk ditadbir.
Salah seorang daripada anak lelakinya yang bernama Manco Capac telah mengasaskan Empayar Inca di sekitar Cuzco, Peru hari ini. Empayar ini kemudian membentang sehingga seluas 2000 batu membentang sehingga ke selatan America, merangkumi negara moden seperti Ecuador, Bolivia dan Chile hari ini.
Keagungan Empayar ini akhirnya menemui jalan sadis yang langsung tak pernah terlintas langsung diminda kita. Smallpox atau dalam bahasa Melayunya iaitu Cacar adalah faktor paling utama kepada kejatuhan yang maha dasyat yang melanda empayar ini.
Sepanyol seperti mana yang kita tahu sampai ke benua Amerika melalui perlayaran Christopher Columbus pada tahun 1492. Daripada situ, bermulanya gelombang demi gelombang orang Sepanyol tiba dibenua Amerika dan gelombang itu terus membantai kerajaan-kerajaan pribumi Amerika sendiri.
Kedatangan mereka bukanlah datang hanya membawa senjata dan agama Kristian, tetapi juga membawa wabak penyakit. Wabak ini mampu menular dengan sangat pantas dalam empayar Inca adalah kerana jaringan jalan-jalan raya yang dibina oleh pemerintah Empayar Inca itu sendiri. Jaringan jalan raya ini dilalui pelbagai orang dalam empayar Inca, lantas melalui jalan raya inilah permulaan penyebaran wabak Smallpox berlaku.
Dipercayai bahawa wabak Smallpox ini menyerang benua Amerika ialah seawal 1518 bermula di sekitar Kepulauan Carribean. Wabak smallpox di sana berjaya membunuh sehingga separuh daripada nyawa penduduk pribumi di Carribean sebelum mula menular ke Mexico dan membunuh 1/3 populasi Mexico sehingga mencecah jutaan nyawa yang hilang.
Pada tahun 1520, sebuah kapal yang mendarat di Cuba membawa hamba kulit hitam dari Afrika yang telah dijangkiti wabak Smallpox ini, lalu kemudiannya berjangkit pada penduduk asli Cuba. Daripada Mexico, akhirnya wabak ini mula menular sampai ke Empayar Inca sehingga mengorbankan lebih daripada 75 populasi Inca ketika itu.
Angka lain pula mengatakan kepada kita bahawa 200 ribu ialah jumlah nyawa yang terkorban ketika wabak Smallpox ini melanda kerajaan mereka. Salah satu daripada nyawa yang terkorban dalam wabak Smallpox ini pastinya Maharaja Inca sendiri iaitu Huayna Capac.
Kematian Huayna Capac telah membawa kepada perebutan kuasa antara dua orang anak lelakinya iaitu Atahualpa dan Huascar yang terselamat daripada wabak Smallpox. Tidak cukup kematian 75 peratus populasi Inca akibat wabak Smallpox, perang saudara pun meletus membunuh lebih banyak nyawa lalu membuka ruang untuk Sepanyol masuk menjajah mereka.
Semuanya bermula pada tahun 1532 apabila Francisso Pizzaro tiba bersama dengan 67 orang tentera berkuda dan 100 orang tentera pejalan kaki menyerang Inca. Kelebihan tentera Sepanyol ketika inilah mestilah kerana teknologi yang dimiliki oleh mereka, juga tentera berkuda kerana kuda tidak wujud di Dunia Baru.
Tetapi faktor wabak yang sangat membunuh itu meragut nyawa pahlawan terbaik Inca dan juga melemahkan empayar dari dalam, maka Francisso Pizzaro tidak mengalami sebarang masalah untuk melanggar Inca. Kalaulah ketika itu, wabak Smallpox tidak menjadi bala yang menghancurkan 75 peratus Inca dan kalaulah ketika itu… wujud Dr Edward Jenner dikalangan orang Inca yang berjaya menemui vaksin kepada penyakit Smallpox, nescaya Inca mungkin mampu menahan gempuran daripada Sepanyol.
Awalnya pada ketika kedatangan orang Sepanyol ke Inca, mereka menganggap bahawa Pizzaro dan orang-orangnya ialah tuhan mereka viracocha cuna. Namun, selepas proses perdebatan antara mereka, akhirnya orang Inca menolak hipotesis yang mengatakan Pizzaro ialah tuhan mereka sebaliknya menganggap mereka sebagai manusia berdasarkan pemerhatian orang yang diutuskan oleh Maharaja Inca ketika itu, Atahualpa yang melaporkan bahawa orang Sepanyol tetap tidur, makan, minum, buang air kecil dan besar laksana orang biasa.
Tetapi, kita semua tahu “viracocha cuna” yang datang ke Sepanyol itu hanya memerlukan 100 orang tentera pejalan kaki dan juga 67 buah tentera berkuda untuk mengalahkan Inca yang suatu masa dahulu mempunyai empayar yang merentangi Amerika Selatan, sejauh sehingga ke bumi Argentina hari ini.
Rujukan:
Early Civilizations in the Americas Reference Library, 1st Edition.
Robert McCaa, Aleta Nimlos, and Teodoro Hampe Martínez. (n.d) Why Blame Smallpox? The Death of the Inca Huayna Capac and the Demographic Destruction of Tawantinsuyu (Ancient Peru).
Info Please. (n.d).Epidemics of the Past: Smallpox: 12,000 Years of Terror. https://www.infoplease.com/science/health-and-body/epidemics-past-smallpox-12000-years-terror
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih