Pada tengah malam 28 November 1987, seorang wanita muda dan seorang lelaki tua menaiki penerbangan Korean Air 858 dari Baghdad, Iraq ke Seoul, Korea Selatan. Penerbangan tersebut akan berhenti di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangkok, Thailand sebelum tiba ke destinasi akhirnya. Bagi para penumpang ini, ini merupakan penerbangan terakhir mereka terima kasih kepada tindakan dua individu ini…

Pesawat HL7406 yang digunakan untuk penerbangan Korean Air 858

Kebanyakan penumpang Korean Air 858 ialah warga Korea Selatan yang bekerja di sektor pembinaan dan minyak Iraq. Inilah peluang untuk mereka pulang ke tanah air selepas bertahun-tahun merantau di negara orang dan mencari rezeki di sana. Tetapi bagi kedua-duanya, pasport yang digunakan merujuk mereka sebagai Mayumi dan Shinichi Hachiya. ‘Dua beranak’ ini telah menghabiskan masa menjelajah beberapa kota Eropah termasuk Moscow, Vienna dan Belgrade sejak 12 November 1987.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Tahun 1987 dianggap signifikan bagi warga Korea Selatan. Beberapa minggu selepas penerbangan dijangka tiba, Seoul bakal mengadakan pilihan raya pertama yang adil dan bebas dalam tempoh beberapa dekad selepas diperintah oleh figura-figura autokratik yang menyaksikan ramai aktivis politik ditahan atau dibu_nuh. Tiga bulan selepas itu, Seoul juga bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1988.

Kim Hyun-hui

Bagi kebanyakan penumpang, saat sebegini sememangnya satu detik menggembirakan sebagai warga Korea. Tetapi bagi keluarga Hachiya atau nama sebenar mereka Kim Hyun-hui dan Kim Seung-il, ia sesuatu yang perlu dihalang daripada berlaku. Menjadi impian Korea Utara untuk melihat kekacauan membelenggu Seoul lantas misi kedua-dua pengintip ini harus diselesaikan dengan segera.

Bagi Hyun-hui, pembabitannya dalam dunia perisikan Korea Utara pada usia 19 tahun bukan satu kebetulan. Dia dipilih mereka kerana fasih berbahasa Jepun dan mempunyai penampilan menarik. Dalam tempoh enam tahun, mereka melatihnya sebagai pengintip termasuk aspek kehidupan di Barat dan latihan pertem_puran. Selain Bahasa Jepun, Hyun-hui juga fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Kefasihannya bertutur dalam Bahasa Jepun terhasil daripada latihannya bersama Yaeko Taguchi[1]. Dan bagi memastikan dia tidak kelihatan canggung bila dihantar ke luar negara, Korea Utara menghantarnya ke Eropah untuk beradaptasi dengan kehidupan di sana selama setahun.

Perjalanan Hyun-hui dan Seung-il ke Eropah pada November 1987 juga bukan satu kebetulan. Setiap perhentian mereka ialah lokasi di mana mereka mengambil komponen-komponen diperlukan untuk menghasilkan b_m. Komponennya terdiri daripada radio transistor Panasonic bersaiz besar, bahan let.up.an C4 seberat 350 gram dan 700 ml bahan let.up.an cecair PLX. Mereka turut mendapatkan beberapa pasport palsu sebagai samaran untuk menaiki pesawat Korean Air 858 dan untuk menghilangkan diri.

Tetapi kedua-duanya bukan penge.b.om bu_nuh diri. Sebaliknya, sebaik saja ia dipasang untuk mele.t.up dalam masa sembilan jam, mereka akan turun terlebih dahulu di Abu Dhabi sebelum pesawat meneruskan perjalanan. Dan itulah punca kema_langan penerbangan itu yang mengor_bankan 115 orang penumpang dan anak kapal semasa ia terbang merentasi Laut Andaman.

Dari Abu Dhabi, mereka bergerak ke Bahrain dengan harapan mendapatkan penerbangan ke Rome. Bagaimanapun, ia hanya dijangka berlepas dalam tempoh dua hari. Penangguhan yang tidak dijangka itu memberi peluang kepada pihak perisikan Korea Selatan mengesan mereka. Ini kerana nama yang diberikan semasa menaiki penerbangan 858 mencurigakan pihak perisikan.

Atas sebab itulah, pihak berkuasa Korea Selatan meminta bantuan pihak berkuasa Bahrain untuk menahan mereka. Apabila itu berlaku, kedua-duanya sedar ia sudah berakhir dan memilih mengambil nyawa mereka sendiri dengan mengigit rokok berisi sia_nida. Seung-il ma_ti di situ manakala Hyun-hui pula pengsan tetapi sempat diselamatkan pihak berkuasa.

Beberapa hari selepas itu, dia disoal siasat oleh dua ejen Bahrain dan Jepun. Pada awalnya, Hyun-hui berpegang kepada cerita samarannya iaitu seorang anak yatim piatu dari utara China yang dibesarkan di Jepun oleh ‘bapanya’. Bagaimanapun, kedua-dua ejen itu tahu wanita itu berbohong dan terus menekannya termasuk menuduhnya mempunyai hubungan dengan Seung-il.

Berang dengan tuduhan tersebut, Hyun-hui mema_tahkan hidung salah seorang daripada mereka dan menyer_ang groin seorang lagi ejen untuk mendapatkan pis_tol miliknya. Bagaimanapun, cubaan tersebut berjaya dipat_ahkan dengan seorang pengawal memengsankannya dengan sen_jata renjat. Untuk mengelak insiden ini berulang, Hyun-hui diekstradisi ke Korea Selatan dengan mulutnya ditutup.

Ketibaannya di Korea Selatan mendapat liputan meluas pihak media negara itu. Dari situ, pihak perisikan mula menekannya untuk mengakui jen_ayah yang dilakukan dalam Bahasa Korea, Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin. Menurut Hyun-hui, dia akhirnya memilih untuk bekerjasama pada hari ketujuh selepas melihat sendiri kemajuan yang dinikmati Korea Selatan, sama sekali berbeza dengan imej negara mundur yang digembar-gemburkan oleh jentera propaganda Korea Utara.

Dalam pengakuannya, Hyun-hui memberitahu penge.b.o.man itu dirancang dengan tujuan mencetuskan kekacauan dalam pilihan raya Korea Selatan dan memat_ahkan hasrat pengunjung untuk menghadiri temasya Olimpik 1988. Dia turut memberitahu plot tersebut mendapat kelulusan daripada anak Kim Il-sung, Kim Jong-il.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Pengakuan tersebut mencetuskan kemarahan Pyongyang dengan mereka menuduh Hyun-hui dan Seung-il sebagai ejen Korea Selatan yang mengatur insiden tersebut. Tuduhan tersebut turut mendapat sokongan Kesatuan Soviet. Begitupun, China memilih berdiam diri daripada memberi komen. Yang pasti, tuduhan tersebut langsung tidak dipercayai sesiapa dan dianggap mengarut.

Insiden Korean Air 858 mendorong Amerika Syarikat menyenaraikan Pyongyang dalam senarai negara yang menyokong aktiviti kega.na.san selama 20 tahun. Hyun-hui dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman ma_ti atas jenayah yang dilakukan. Bagaimanapun, dia diberi pengampunan oleh Presiden Roh Tae-woo atas alasan wanita tersebut menjadi mangsa pembasuhan otak yang dibuat oleh rejim negara jiran mereka.

Sukan Olimpik 1988 berjalan tanpa sebarang insiden. Selain bertanggungjawab mempromosikan imej Seoul sebagai sebuah negara Asia Timur yang maju dan punya iltizam untuk memartabatkan demokrasi, ia juga merupakan temasya Olimpik terakhir disertai oleh Kesatuan Soviet. Beberapa tahun kemudian, Tirai Besi runtuh menyembah bumi.

Kisah Hyun-hui kemudiannya diadaptasi ke layar perak menerusi filem Mayumi (1990). Pada tahun 1991, dia menulis sebuah memoir yang bertajuk Tears of My Soul yang berkisar tentang fikiran dan emosi yang dialaminya semasa insiden Korean Air 858 dan sesi soal siasat di Bahrain dan Korea Selatan. Semua hasil royalti didermakan kepada waris-waris keluarga penerbangan mal_ang itu.

Buku Tears of My Soul yang dikarang Hyun-hui.

Hyun-hui turut menyuarakan kebimbangan tentang nasib penterjemahnya, Yaguchi. Bagi menimbulkan kesedaran tentang kisah individu sepertinya, dia mengadakan lawatan ke Jepun dan bertemu dengan waris-waris mangsa yang senasib dengan Yaguchi[2]. Hyun-hui kemudiannya berkahwin dengan salah seorang pengawal peribadinya dan sehingga hari ini terus menjadi pengkritik tegar Korea Utara, kerajaan yang melatihnya sebagai pengintip dan pembu_nuh.

NOTA KAKI:

[1] Seorang pelayan bar Jepun berusia 22 tahun yang diculik ejen-ejen Korea Utara pada Jun 1978. Dalam keterangan Hyun-hui, dia diberi nama Lee Un-hae. Korea Utara mendakwa dia ma_ti pada 1986 tetapi Jepun merasakan warganya itu masih hidup pada 2000.

[2] Isu penculikan warga asing oleh Korea Utara bukan cerita baru. Dari tahun 1977 hingga 1983, aktiviti penculikan warga Jepun oleh rejim saja giat dijalankan. Ia dikatakan bertujuan menyokong sekolah perisikan yang ditubuhkan Pyongyang bagi melatih perisik mempelajari bahasa dan budaya negara-negara terlibat. Ada juga kes di mana warga asing diculik untuk tujuan lain seperti kes David Sneddon (diculik untuk dijadikan tutor Kim Jong-un).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.