Tiap-tiap kali menjelang musim Angin Monsun Timur Laut, kebanyakan negeri di Pantai Timur negara kita akan terkene musibah b4nj1r. Tahun ini sahaja, negeri-negeri seperti Pahang. Terengganu dan Johor lvmpuh dek penangan banjir ini.

Negara kita pernah mengalami beberapa kejadian banjir yang menggemparkan negara. Salah satunya kejadian banjir yang berlaku di Pos Kuala Dipang yang terletak berhampiran dengan Cameron Highlands, Pahang.

Kejadian ini berlaku pada tahun 1996, dua hari sebelum rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada tahun itu. Hujan yang turun sejak jam 12 tengahari akhirnya mendatangkan banjir yang memvsnahkan penempatan Orang Asal di kawasan itu.

Penempatan Orang Asal di Pos Kuala Dipang mula dibuka sekitar pada tahun 1978. Penempatan ini diselia oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asal dan dihuni oleh 1500 orang.

Pada hari kejadian, hujan lebat sabung menyabung selama 6 jam. Tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman beserta hujan dari arah bukit yang berdekatan. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi aneh oleh penduduk di sana.

Tiba-tiba banjir yang bercampur air dan lumpur menghempas dan meghanyutkan kediaman mereka. Dinding-dinding rumah mereka yang kebanyakan diperbuat daripada kayu juga pecah dan musnah dibawa air.

Rempvhan air yang deras juga menyebabkan ada sebilangan penduduk tercampak keluar dan hanyut dibawa air. Rumah-rumah yang terletak di tebing Sungai Dipang pula dihanyutkan air sekali gus.

Menyedari banjir yang datang secara tiba-tiba, penduduk kampung mulai panik dan bergegas untuk menyelamatkan diri. Sebaik sahaja mereka keluar dari kediaman mereka, gelombang kedua mula menyapa. Kali ini, ada diantara penduduk yang hanyut dibawa air. Mereka kelihatan terkapai-kapai dan badan mereka ada yang tercucvk kayu-kayu taj4m.

Di dalam gelombang kedua ini, air banjir turut membawa kayu-kayu balak yang tvmbang dan merempvh rumah para penduduk sehingga mvsnah. Dianggarkan sebanyak 30 buah rumah mvsnah, 20 buah rumah mengalami kerosakan dan puluhan yang lain terced3r4.

Keadaan Pos Kuala Dipang

Pasukan penyelamat akhirnya tiba walaupun hari sudah beransur gelap. Seramai 400 anggota penyelamat membabitkan polis daerah Kinta, pasukan bomba pusat, pasukan 2 Briged Rejimen Renjer Diraja Ipoh, Pasukan 69 Komando Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta, Batalion Ketiga PPH Bidor, kakitangan Pejabat Daerah Kampar dan Pasukan Pertahanan Awam dari Ipoh serta pihak-pihak lain memulakan gerakan mencari m4 ngsa banjir lumpur.

Pada jam 1.30 pagi, m4y4t pertama berjaya dijumpai. Operasi mencari terus dijalankan walaupun hakikatnya pasukan penyelamat mula menyedari yang operasi mencari bukanlah sesuatu yang mudah dijalankan lebih-lebih lagi apabila arus masih mengalir deras dan cuaca yang amat gelap berikutan terputusnya bekalan elektrik.

Mereka terus melakukan operasi sehinggalah keesokkan harinya. Apabila matahari memancar cahayanya, mereka diperlihatkan keadaan yang sungguh dahsyat dek kejadian itu.

Pasukan penyelamat terus melakukan operasi menyelamat. Mereka terpaksa mengalihkan kayu-kayu balak yang hanyut untuk mencari m4y4t yang terperangkap. Mereka juga sukar untuk mendapatkan bantuan kerana jambatan yang menghubungkan penempatan itu telah mvsnah sepenuhnya dek banjir itu.

Pada hari kedua operasi, seramai 15 m4y4t ditemui manakala 27 lagi gagal dijumpai. Dianggarkan, ma-ngsa yang terk0rb4n di dalam kejadian ini lingkungan dari bayi berusia 7 bulan sehingga wanita berusia 70 tahun.

Menurut satu laporan, ada m4y4t-m4y4t ini terus hanyut dibawa sehingga ke perairan Sungai Kinta, Malim Nawar yang terletak 48 kilometer dari lokasi kejadian. Operasi ini dihentikan 13 hari kemudian. Dianggarkan 44 mang-sa telah terkorban dan 5 daripadanya gagal dijumpai.

Tragedi Pos Dipang ini merupakan bukti bahawa kerakusan manusia terhadap alam menyebabkan ben-cana kepada yang lain. Menurut kepercayaan Orang Asal Pos Kuala Dipang, Dewa mereka amat marah kerana aktiviti pembalakan yang dijalankan secara berleluasa. Oleh itu, dewa mereka menghantar banjir yang meragvt puluhan nya-wa manusia sebagai tanda amaran.

Berikutan bencana yang memvsnahkan hampir keseluruhan Perkampungan Orang Asli Pos Dipang itu, sebuah penempatan baru dibina untuk mereka tidak jauh daripada penginapan asal.

Penempatan baru Orang Asli Pos Dipang itu juga menjadi penempatan contoh berikutan kajian kerajaan negeri mendapati penempatan itu sesuai dan selamat diduduki. Penempatan baru seluas 1.5 hektar itu menempatkan 53 rumah dengan kos pembinaan setiap satu sebanyak RM7,000.

RUJUKAN:

 Yusof, M. (2020, July 29). NST175: When it’s more than a career: New Straits Times. Retrieved January 08, 2021, from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/07/611287/nst175-when-its-more-career

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.