Kau bayangkan yang satu keluarga yang kelihatan sihat, berpendidikan tinggi, dalam kelas menengah, dan ternampak seperti keluarga bahagia, ditemui 11 orang tergαntung pada suatu pagi?

Ini ialah misteri yang menyapa seluruh India, menggegarkan seluruh negara pada sekitar 2018 dahulu. Ada yang cakap pembμnuhan berlaku, tapi pembμnuh mesti dalam puluhan orang sebab nak gαntung dan bμnuh 11 orang terus dalam satu masa?

Antara gambar ahli keluarga tersebut gαntung diri.

Dan kalau ada pembμnuh, apa 11 orang ahli keluarga yang dikatakan tak kacau orang, buat hal sendiri ni nak kena bμnuh? Apa motif disebalik semua ni? Polis pening kepala.
Kalau nak cakap bμnuh diri, 14 hari sebelum mereka ditemui, baru sahaja majlis pertunangan salah seorang ahli keluarga berlangsung, dan mereka habiskan duit yang banyak. Tak akan dalam 1 malam semua orang bμnuh diri macam tu? Tak logik betul!

Dan lepas tu polis pun jumpa 11 diari ahli keluarga tersebut. Dan diari itu mendedahkan sesuatu yang maha gelap tentang keluarga ini. Lalit, yang merupakan ketua keluarga, yang ambil alih peranan daripada mendiang bapak dia yang meninggal, telah mendakwa bahawa dia ditemui oleh bapa dia dalam mimpi, memberi arahan bagaimana ahli keluarga tersebut harus hidup.
Tak cukup dengan itu, Lalit ni siap kena rasuk bagai oleh roh bapak dia. Selama 11 tahun Lalit jadi ketua keluarga, dia memberi arahan bagi pihak bapaknya yang berbicara melalui suara-suara yang dia dengar, dan setiap ahli keluarganya pun patuh sampailah pada malam itu, Lalit bagitahu bapak dia suruh semua orang bμnuh diri. Dah macam satu kultus kecil, maka semua orang pun patuh.

Siasatan pihak berkuasa mendapati bahawa Lalit ni ada trauma dalam kehidupan dia. Trauma melibatkan dia pernah kemalangan sampai kecederaan di kepala, lepas tu dia hampir kena bμnuh, kena buang dari jurusan perubatan sampailah kemuncaknya, kematian bapa dia. Apa yang Lalit alami dipanggil sebagai satu fasa psikosis.

Dan unsur sosiologi turut memainkan peranan. Masyarakat India ni memang terkenal dengan kepercayaan pada benda-benda supersitious ni. Kebetulan Lalit ni claim dia hilang suara, padahal sains mengatakan kondisi kecederaan Lalit dalam insiden dalam hidup dia, tak memungkinkan dia jadi bisu. Jadi, barangkali trauma yang dialami oleh Lalit ni terlalu mendalam sampai dia memilih untuk tidak bercakap dalam masa yang sangat lama.

Carta keluarga Lalith.

Dan apabila Lalit tiba-tiba bercakap, dan ada masanya, mengajuk gaya percakapan mendiang bapak dia, maka seluruh ahli keluarga pun percaya bahawa mendiang bapak Lalit memang berbicara dengan Lalit kepada mereka. Dan kebetulan, arahan demi arahan Lalit yang mereka patuhi, membawa kepada kemajuan hidup, buatkan mereka semakin yakin apa yang Lalit hadapi in benar. Jadi, kita sedang menyaksikan satu fenomena psikologi yang dipanggil sebagai Perkongsian Psikosis.

Juga, masyarakat India yang memang ada stigma tak bercakap mengenai penyakit mental juga menyumbang kepada benda ini. Apabila awal Lalit mengalami trauma, PTSD akibat dia hampir mati diserang orang, doktor mencadangkan Lalit jumpa pakar sakit jiwa, psikitiaris untuk rawatan lanjut. Tapi keluarga Lalit tak nak sebab stigma mereka, jumpa psikiatiris ni hanya untuk orang gila. Dan budaya India yang tidak mengalakkan perkongsian masalah dengan orang lain, lagi-lagi masalah keluarga, membuatkan Lalit terus memendam dan tidak meluahkan, sampai akhirnya…

Kombinasi psikologi dan sosiologi telah mendatangkan kepada insiden bμnuh diri ramai-ramai ahli keluarga Lalit yang terdiri daripada mak diaorang yang berusia 80 tahun sehingga yang paling muda, dalam 15 tahun. Jadi pengajaran daripada kes ini?

Pertama, kita kena cakna tentang penyakit-penyakit mental. Aku penghidap anxiety dan depression, dan hampir suicide attempt. Aku ada yang tersayang, kawan-kawan dan keluarga, serta aku jumpa pakar. Aku meluah, dan mereka tak berkongsi stigma yang masyarakat diluar. Mereka setia disisi aku, nak tengok aku sembuh. Aku rasa sepi dan sunyi, aku cari diaorang. Diaorang sentiasa menyokong aku. Alhamdulilah, aku makan ubat, aku bersenam, aku ada sesi terapi dengan pakar, dan ada sokongan. Aku masih bernafas hari ini.

Kedua, kalau kau tengok kawan-kawan, adik-beradik kau berkelakuan pelik, pertama, buang sejenak yang diaorang ni kena buatan orang, kena santau ke apa. Bawak pi jumpa psikitiaris dulu. Ahli keluarga aku ada Bipolar Disorder. Awalnya dengar cakap orang luar, ahli keluarga aku ni kena buatan oranglah, apalah, sebab perangai dia makin pelik dan ada suicide attempt. Jumpa doktor, terus diagnosis Bipolar Disorder dan keadaan dia semakin baik. Kalau doktor tak jumpa punca, barulah berubat cara tradisional.

Ketiga, jangan jadi masyarakat yang terlalu supersitious. Sikit benda jadi, kita salahkan hantu, jin, makhluk halus atau sihir. Setiap benda jadi, salah hantu, salah setan semua bagai. Kadangkala, ada penjelasan sains, ada penjelasan yang rasional akal dan empirikal deria kita boleh cerna. Bila semua benda kita kaitkan dengan elemen supernatural, lambat laun masyarakat kita akan jadi seperti India.

Siapa sangka bahawa keluarga yang nampak normal ini sebenarnya mangsa kepada penyakit mental dan ajaran sesat?

Keempat, antara faith dan delusion tu, kita mesti cari satu garis halus. Apa yang berlaku pada keluarga ini, mereka dah tak dapat bezakan mana satu faith, mana satu delusion. Mereka percaya bahawa TUHAN menghantar mendiang bapak diaorang untuk berpesan kepada si Lalit. Sampaikan satu tahap, membμnuh diri itu sendiri adalah pesanan daripada TUHAN dan mendiang bapak diaorang, sampai diaorang takde masalah nak buat demikian. Ingat, menjadi seorang spriritual tu sangat indah, tetapi apabila faith dah sampai ke tahap delusion, supersitious boleh jadi sangat menakutkan. Dalam kes keluarga Lalit, mereka melakukan ritual gαntung diri itu dengan harapan bahawa apabila mereka melakukan sedemikian, mendiang bapa mereka yang dah pergi akan kembali dari kematian, meleraikan ikatan di leher, tangan dan segala tubuh mereka.

Kalau empat pengajaran ini tak diletakkan di dada kita, peristiwa seumpama dengannya akan berlaku di India, di mana-mana bahagian dunia, bahkan boleh jadi dalam keluarga kita.

Akhir kata, kalau korang nak mendalami kes ini lagi, boleh tonton Netflix. Ada docuseries pasal cerita ni.

Sekain.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.