Pada setiap tahun, masyarakat pinggir bandar di Peru akan menghidupkan suatu tradisi lama yang berakar kembali sejarahnya pada zaman tamadun Inca. Acara tahunan tersebut dianggap sebagai penzahiran semula ritual, sejarah, dan budaya masyarakat asli Peru di mana mereka akan meluangkan masa selama tiga hari suntuk bagi menyiapkan kerja-kerja memintal tali jambatan Q’eswachaka.
Jambatan ini merupakan sebahagian daripada rangkaian jalan raya Inca yang masih berbaki pada hari ini. Pembuatannya cukup sukar, namun setimpal dengan imbalannya. Kewujudannya tidak sekadar membolehkan aktiviti seharian berjalan dengan lancar, ia malahan turut berperanan memperkukuh identiti bangsa dan memperkuat talian dengan sejarah silam.
Jambatan Q’eswachaka terletak 3.7 km di atas paras laut dan ukuran panjangnya mencecah 28 meter. Tradisi memintal tali jambatan ini melibatkan setiap keluarga di kawasan setempat, dengan masing-masing menghasilkan tali sepanjang kira-kira 70 meter.
Selepas pembinaan jambatan selesai dilakukan, tradisi disusuli dengan jamuan besar. Amalan sebegini dilakukan secara tahunan memandangkan sesudah tempoh tersebut, tali jambatan mula mengendur dan perlu diganti.
Menurut ‘Inca: Lords of Gold and Glory’ karangan Dale Brown, aktiviti menyelenggara tali jambatan gantung Q’eswachaka ini banyak mengor.bankan anggota yang terlibat. Risiko ini bagaimanapun tidak menghalang masyarakat asli setempat daripada terus menghidupkan tradisi lama itu sebagai cara menghormati nenek moyang, menyatukan masyarakat, dan menghidupkan jati diri dalam kalangan mereka.
Memandangkan tamadun Inca tidak mempunyai teknologi pengangkutan beroda, maka kehadiran jambatan sebegini memudahkan perjalanan masyarakat awam yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Jambatan sebegini turut digunakan oleh chasqui, posmen dalam tamadun Inca yang berjalan kaki dari satu stesen ke satu stesen sambil membawa kiriman pesanan mahupun barangan ringan (seperti ikan). Chasqui kebiasaannya membawa bersama cengkerang yang digunakan sebagai trumpet atau hon bagi menandakan kehadiran mereka di sesebuah perkampungan.
Sejak ratusan tahun dahulu, kemahiran memintal tali jambatan dalam kalangan masyarakat Inca diwariskan dari generasi ke generasi sehingga hari ini. Signifikasi budaya ini diperakui oleh badan kerajaan Peru dan UNESCO pada tahun 2013 sekali gus ia diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Dunia.
TERJEMAHAN
Lizlea Floor. (28 Februari 2015). Spectacular Peruvian Rope Bridge, last of kind, carries forward tradition of the Inca. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih