Tidak dinafikan, ‘fr4tricide’ atau pembunvhan saudara adalah salah satu topik yang paling kontroversi dalam sejarah Uthmaniyyah.
Sultan Mehmed II yang menaklvk Konstantinople adalah Sultan yang pertama memberi kebenaran membunvh saudara lelaki sendiri secara sah di sisi undang-undang demi memastikan takhta dinasti di kalangan keluarga diraja Uthmaniyyah itu diperoleh waris yang layak dan tidak berlaku masalah pemberontakan putera yang lain.
Baginda mewariskan undang-undang itu kepada anaknya untuk menghalang tragedi per4ng saudara Uthmaniyyah atau Ottoman Interregnum berulang kembali setelah ia pernah berlaku selama 11 tahun sebaik saja Uthmaniyyah tewas dalam Pertempvran Ankara di tangan Empayar Timurid yang menyebabkan kem4tian Sultan Bayezid I dalam tahanan musuh.
BILAKAH IA DIMULAKAN?
Terdapat amalan yang berbeza melibatkan fratricide sepanjang sejarah kesultanan, di mana kebanyakannya dilihat sebagai sah, tetapi ada berlaku beberapa hukuman bunvh demi mencegah pemberontakan sekiranya terdapat bukti kemungkinan yang besar namun menerima kritikan dan dianggap sebagai tidak sah.
Tradisi ‘kerajaan adalah harta milik bersama dinasti’, yang merupakan sebahagian ciri politik silam Turki, masih diteruskan selepas bangsa Turk memeluk Islam. Beberapa penguasa Turki memilih untuk membahagikan negara mereka kepada wilayah atau kerajaan-kerajaan kecil dan menyerahkan pentadbiran kepada para putera mereka untuk mengelakkan per4ng saudara.
Walau bagaimanapun, amalan ini melemahkan negara dan membuka jalan kejatuhannya. Keturunan mereka yang memerintah Uthmaniyyah belajar dari pengalaman ini.
Mereka meng0rbankan saudara mereka demi negara dan rakyatnya dengan diberi minum racun pahit, sesetengah kes ia berlaku dengan kehendak mangsa sendiri. Racun pahit ini adalah kaedah pembunvhan anggota keluarga dinasti yang juga dikenali sebagai fratricide.
Dalam suratnya kepada putera Timurlane, Mehmed I Celebi, Sultan Uthmaniyyah keempat berkata:
“Nenek moyangku menangani beberapa kesulitan dengan pengalaman mereka. Dua orang sultan tidak boleh hidup di negara yang sama.”
Pelaksanaan hukuman bunvh anggota dinasti bagi alasan politik tidak hanya melibatkan Uthmaniyyah. Ia juga diamalkan oleh Sassanid, Rom, Byzantine dan juga negeri-negeri Islam Andalusia.
Walau bagaimanapun, sebab utama amalan ini dilaksanakan kerajaan-kerajaan ini adalah kerana berebut takhta, bukannya demi memelihara perpaduan negara dan kehidupan rakyat. Sebaliknya, beribu-ribu orang yang m4ti setiap kali berlaku per4ng saudara yang berpanjangan merebut takhta di Eropah.
Dikatakan bahawa hukuman m4ti yang pertama diperintahkan dalam dinasti itu dikuatkuasakan oleh Osman Gazi, pengasas Empayar Uthmaniyyah, pada tahun 1298. Ia dilaksanakan terhadap bapa saudaranya iaitu Dündar Bey, kerana dia berusaha menghalang pembentukan kerajaan bangsa Turk yang baharu dan bekerjasama dengan musuh di Byzantium.
Dalam beberapa abad pertama, anggota keluarga dinasti menjadi masalah bagi Uthmaniyyah di bawah pemerintahan hampir semua sultan. Para Syahzade (anak-anak raja, putera), yang menuntut takhta, kebiasaannya memberontak dengan sokongan kerajaan-kerajaan di Anatolia yang lain atau bahkan Byzantine.
Berikutan Pertempvran Ankara (1402), di mana Uthmaniyyah dikalahkan, negara itu jatuh ke jurang kuasa dan empat putera Bayezid I, yang masing-masing mempunyai ribuan penyokong, bertempvr untuk takhta selama 11 tahun, keadaan ini menyebabkan Uthmaniyyah berada dalam situasi “kerajaan tanpa pemerintah” sepanjang 11 tahun tersebut.
Pada akhir per4ng saudara ini, Mehmed I Chelebi, anak bongsu Sultan Bayezid I, mengalahkan saudara-saudaranya dan menjadi pewaris tunggal takhta Uthmaniyyah pada tahun 1413.
BAGAIMANA IA DILAKSANAKAN?
Tidak ada peraturan yang khusus ditetapkan Uthmaniyyah mengikut kerangka tradisi politik lama Turki. Melainkan, setiap shahzade dihantar ke “sanjak” (wilayah pentadbiran Empayar Uthmaniyyah) yang masing-masing memiliki jarak jauh yang sama dari ibu kota selepas usia 12 tahun.
Mereka akan menjalani satu tempoh latihan hinggalah tiba masa untuk dipraktikkan seperti berikut; shahzade yang terawal berjaya tiba ke ibu kota selepas mendapat berita kem4tian bapanya akan menjadi Sultan. Walau bagaimanapun, titah yang terkenal dari Sultan Mehmed II, menyatakan bahawa;
“Mana-mana anak lelaki saya yang menaiki takhta, ia dibolehkan untuk membunvh saudara-saudaranya demi kepentingan rakyat (nizam-i alem). Para ulama telah meluluskan perkara ini, biarkan tindakan diambil dengan sewajarnya.”
Undang-undang tidak mengemukakan peraturan baru, tetapi merumuskan bahawa shahzade yang paling berpengaruh dan yang paling berkuasa boleh menaiki takhta dan menghapuskan abang atau adik nya yang lain sekiranya mempunyai potensi besar untuk menuntut takhta di kemudian hari.
Oleh itu, prinsip kedaulatan yang tak boleh dipisahkan dalam undang-undang Islam telah diserap oleh politik Uthmaniyyah, walaupun harganya adalah nyawa saudara sendiri.
Penghapusan shahzade dilakukan menurut hukum termaktub, dengan kata lain, menurut Kod Sultan Mehmed II. Seperti dalam semua monarki lain, pemerintah memegang kuasa kehakiman di tangannya di bawah undang-undang Islam.
MENGAPA IA DIPERLUKAN?
Terdapat tiga sebab yang berbeza untuk penghapusan shahzade di dinasti Uthmaniyyah. Pertama, shahzade dibunvh sekiranya berlaku kes mereka memberontak untuk merampas takhta.
Percubaan kudeta dilihat sebagai jenayah di seluruh dunia. Selepas kemangkatan Sultan Mehmed II pada tahun 1481, anaknya yang lebih muda, Cem Sultan, menghantar surat kepada abangnya, Bayezid II, Sultan Uthmaniyyah yang berikutnya, surat itu mencadangkan bahawa mereka berkongsi pemerintahan di antara mereka dengan membahagikan kerajaan namun ditolak.
Selepas Sultan Bayezid II menolak tawaran itu. Dia mengalahkan saudaranya itu dalam pertempvran namun Cem Sultan melarikan diri ke Eropah dan tinggal di sana hingga nyawanya ditamatkan dalam satu tangkapan.
Sesetengah pakar undang-undang mengatakan pelaksanaan bunvh untuk shahzade akan dilaksanakan jika persediaan untuk pemberontakan terhadap sultan telah sempurna.
Kedua, mungkin tidak ada cubaan pemberontakan yang jelas tetapi ada tanda-tanda pemberontakan yang besar. Tidak taat kepada raja melalui kata-kata atau tindakan atau menggalakkan orang ramai untuk bangkit dalam pemberontakan adalah jenayah.
Apabila Sultan Uthmaniyyah ke-lapan, Selim I, berjaya menaiki takhta, baginda tidak membunvh saudaranya Shahzade Korkut, tetapi menawarkan kepadanya kedudukan gabenor.
Beberapa orang menteri/pasha dan tenter4 dari pentadbiran bekas sultan mengutus surat kepada Shahzade Korkut dengan mengatakan bahawa mereka ingin melihatnya menjadi Sultan dan amat mudah untuk melaksanakan proses peralihan takhta.
Malangnya, Shahzade Korkut memberi respon positif; Sultan membaca surat itu kemudian menamatkan riwayat saudaranya itu pada tahun 1513. Shahzade Mustafa, anak Sultan Suleiman I ‘The Magnificent’, telah dihukum bunvh atas alasan yang sama.
Undang-undang moden tidak memberi gambaran spesifik hukuman bagi perancang jenayah selagi mana bukti persediaan tidak ditemui. Walau bagaimanapun, terpulang kepada tafsiran ahli teori dan pakar untuk memutuskan sama ada plot boleh dianggap sebagai persediaan atau tindakan.
Sebagai contoh, jika tiga orang berkumpul untuk membunvh seseorang, ia tidak dilihat sebagai plot jenayah; Walau bagaimanapun, perhimpunan besar untuk melakukan rampasan adalah jenayah.
Shahzade Mustafa dan Shahzade Mahmud, putera Sultan Mehmed III, tidak terlibat secara peribadi dalam sebarang pemberontakan, tetapi tidak berwaspada. Tingkah laku yang melulu itu dilihat sebagai ancaman kepada monarki pada masa itu dan hukuman m4ti terpaksa dilaksanakan untuk mengelakkan masalah yang mungkin berlaku pada masa akan datang.
Shahzade Selim, anak lelaki lain dari Sultan Suleiman I, dan Shahzade Ibrahim, anak Sultan Ahmed I, menaiki takhta dengan kesabaran dan sikap berhati-hati walaupun mereka sebenarnya langsung tidak layak kerana kewujudan saudara-saudara mereka yang lebih tua.
Ketiga, bila tidak ada pemberontakan atau persediaan. Di sini terdapat masalah legitimasi. Bagi kebanyakan pakar undang-undang di Empayar Uthmaniyyah, fratricide terhadap shahzade dilihat sebagai sah, kerana mereka mungkin bangkit pada masa akan datang.
Masyarakat menganggap hanya keturunan dinasti Uthmaniyyah sahaja yang layak menaiki takhta. Menangkat keturunan lain atau ahli keluarga tetapi luar dari dinasti itu tidak pernah dipupuk.
Salah satu contoh jelas, adalah melalui pemberontakan tenter4, di mana Sultan diugut supaya mewariskan takhtanya kepada Shahzade tertentu yang dipilih tenter4, namun shahzade itu seorang yang lemah, ia bakal mengundang bahaya yang berpotensi mengancam negara dan keselamatan negara.
Sultan Murad IV secara terpaksa telah meng0rbankan adiknya yang tidak bersalah dan tidak pernah menyimpan hasrat untuk menjadi Sultan. Semuanya demi menghalang rusuhan kerana pihak tenter4 mahu mengangkat orang yang lemah menjadi Sultan.
Duta Besar Austria, Ogier Ghiselin de Busbecq, yang tinggal di Empayar Uthmaniyyah semasa pemerintahan Suleiman I, berkata:
“Adalah satu perkara yang tidak disenangi menjadi putera Uthmaniyyah kerana apabila salah satu daripadanya berjaya menjadi Sultan, yang lain-lain hanya menunggu masa untuk m4ti, Sekiranya dibiarkan hidup, kehendak pihak tenter4 tidak akan tamat. Apabila Sultan tidak menerima tuntutan mereka, maka mereka akan melaungkan ‘Allah selamatkan saudaramu!’, yang menandakan pilihan mereka adalah saudara Sultan.”
DALIL MENURUT ULAMA
Beberapa sarjana moden menganggap bahawa hukuman bunvh terhadap shahzade yang tidak cuba menghasut hingga berlaku rusuhan adalah penyalahgunaan undang-undang dan bertentangan dengan hukum syariah.
Hukuman terhadap seseorang yang tidak bersalah kerana bimbang tentang kemungkinan kejahatan pada masa akan datang adalah bertentangan dengan undang-undang sesuai dengan prinsip “seseorang dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah menurut undang-undang.”
Mereka yang menanggap pembunvhan shahzade sebagai wajar telah mendasarkan pendekatan mereka terhadap prinsip “maslaha” (kepentingan awam) dalam undang-undang Islam. “Maslaha” bermaksud meletakkan kepentingan orang ramai sebelum kepentingan peribadi dalam menentukan keputusan. Al-Quran menyatakan bahawa fitnah hingga berlaku pemberontakan lebih berat dosanya daripada membunvh seseorang.
Sebagai contoh, Sultan Osman II mahu membunvh saudaranya ketika dia terlibat dalam Pertempvran Khotyn untuk mengelakkan kemungkinan pengkhianatan dari belakang.
Walau bagaimanapun, Shaikh al-Islam (Mufti Besar) Uthmaniyyah, Es’ad Efendi tidak mengeluarkan fatwa, lalu Sultan mengambil fatwa dari Qadi’asker Tashkopruzade (hakim mahkamah tenter4). Adalah sangat biasa untuk melihat tafsiran fatwa yang berbeza dalam kes yang tidak jelas dalam rujukan undang-undang.
Walaupun undang-undang yang diperkenalkan oleh Sultan Mehmed II itu membenarkan praktik fratricide, Sultan Ahmed I mengakhirinya dengan tidak membunvh saudara-saudaranya dan memperkenalkan sistem pewarisan kepada saudara yang lebih tua untuk dinasti Uthmaniyyah.
Walaupun kelihatan rasional dan mudah dikawal, ia menyebabkan kecacatan dan menjadi salah satu sebab Empayar Uthmaniyyah memasuki tempoh mendatar.
Ulama-ulama Uthmaniyyah pernah menjelaskan bahawa kaedah fratricide telah digunakan mengikut nas dari surah al-Quran. Dikatakan dalam Al-Qur’an melalui Surah Al-Kahf bahawa sahabat Nabi Musa a.s. membunvh seorang anak yang tidak bersalah. Musa bertanya kepadanya:
“Adakah kamu membunvh seorang yang tidak bersalah dan tidak membunvh?” Apabila Musa mengkritiknya kerana membunvh seorang anak yang tidak bersalah, dia berkata:
“Dan bagi anak itu, ibu bapanya adalah orang yang beriman dan kami takut kalau-kalau dia akan menindas mereka dengan pemberontakan dan kekafiran. Itulah kehendak kami agar Tuhan kami memberi mereka ganti yang lain, seorang anak yang lebih baik dan penuh kasih sayang.” (18: 80-81)
Dalam Injil melalui Yohanes (18:14) juga mengatakan: “… Lebih baik bagi kamu bahwa satu orang m4ti bagi seluruh bangsa daripada seluruh bangsa itu binasa.”
Undang-undang moden menegaskan bahawa hak dan kebebasan awam boleh digantung oleh badan-badan politik, undang-undang dan pentadbiran sekiranya berlaku kecurigaan jenayah. Walaupun mereka tidak bertanggungjawab terhadap jenayah, orang yang mengalami masalah mental yang teruk boleh diasingkan daripada orang awam untuk mengelakkan mereka gangguan masyarakat.
Contoh-contoh lain termasuk penahanan suspek, penggeledahan badan, pemeriksaan telefon, sekatan jalan raya, mengasingkan penyokong bola sepak yang mungkin menimbulkan kekecohan dalam pertandingan dan sebagainya. Langkah-langkah ini sememangnya tidak seteruk seperti fratricide. Namun menurut sesetengah ilmuan Islam, dari perspektif undang-undang mereka semua melakukan tindakan yang sama.
Oleh itu, pembunvhan “shahzade” yang tidak melakukan pemberontakan terhadap sultan dianggap sebagai langkah berjaga-jaga dan bukan hukuman. Namun tidak dinafikan adakalanya Sultan-sultan fikir keputusan pelaksanaan mereka mempunyai asas undang-undang namun hingga melanggar batas kebebasan politik sistem syariah yang diterapkan.
Cendekiawan mazhab Hanbali dari Syria, Karmi (1624), mengatakan bahawa pembunvhan putera adalah demi kebaikan dinasti Uthmaniyyah. Karmi menyokong pembunvhan putera-putera untuk mengelakkan pemberontakan di kalangan umat Islam dan meletakkan negara dalam kesulitan.
Dia mengatakan bahawa walaupun seseorang yang waras tidak akan mengiktiraf keputusan ini, dia melihat manfaat yang besar di sebaliknya dan percaya bahawa dia lebih suka memberikan fatwa pelaksanaan bunvh terhadap tiga orang demi melindungi 30 orang yang lain
Kata-kata Karmi menggambarkan prinsip pemilihan mudharat yang lebih sederhana atau kecil berbanding memilih mudharat yang paling besar. Dia menceritakan kejatuhan kesultanan Maghribi sebelum itu adalah kerana tiada amalan fratricide dalam kesultanan walaupun ada keperluan.
BILA IA DIHENTIKAN?
Sepanjang sejarah Empayar Uthmaniyyah, 60 orang putera/shahzade telah dihukum bunvh. Enam belas dari mereka telah dibunvh kerana pemberontakan mereka terhadap sultan sementara tujuh orang terbunvh kerana cubaan pemberontakan da selebihnya atas alasan maslahat umum.
Putera Uthmaniyyah kebiasaannya dihukum dengan cara dijerut leher mengikut tradisi Turk-Mongol yang melarang pembunvhan dengan menumpahkan d4rah keturunan raja ke bumi. Berbanding dengan dinasti Eropah, pembunvhan para putera telah menghalang pembentukan golongan aristokrat yang berkembang sejajar dengan dinasti.
Namun dalam peristiwa semasa tempoh “Ottoman Interregnum”, Mehmed I Celebi telah membunvh abangnya iaitu Suleyman Celebi melalui kaedah hukuman gantung. Ia berikutan Mehmed Celebi merasa marah terhadap Suleyman yang memohon bantuan kerajaan kafir Byzantine. Hukuman gantung dianggap sebagai hukuman yang paling hina untuk anggota keluarga dinasti.
Menaiki takhta pada tahun 1603, Sultan Ahmed I tidak membunvh saudara-saudaranya, termasuk Shahzade Mustafa – penanda aras karakter toleransi baginda.
Ahmed I juga adalah seorang darwish dan tidak mempunyai anak ketika dia meraih takhta sultan. Tingkah lakunya mungkin berikutan kemarahan orang awam setelah ayahnya, Sultan Mehmed III, membunvh 19 adik-beradiknya bagi memberi laluan pada baginda menaiki takhta.
Apabila Ahmed I mangkat pada tahun 1617, adik nya menaiki takhta walaupun dia mempunyai anak lelaki. Ini adalah kali pertama adik lelaki sultan menjadi raja selepas kem4tian Sultan.
Selepas itu, kedudukan sultan selalu diwarisi oleh anak. Akhirnya, para putera tidak lagi dihantar ke “sanjak” sebagai gabenor, tetapi sebaliknya menunggu giliran mereka untuk menjadi sultan di istana.
Undang-undang pembunvhan putera juga dihentikan. Penulis Perancis Alphonse de Lamartine pernah berkata:
“Selepas Sultan Ahmed I, pewarisan takhta kepada adik lelaki menunjukkan bahawa undang-undang Genghis Khan yang mengatakan kedaulatan politik adalah hakmilik bersama dinasti itu, masih hidup di Empayar Uthmaniyyah.”
Amalan ini meningkatkan kredibiliti Sultan Ahmed I dan sultan-sultan yang seterusnya namun telah membawa Kesultanan ke ambang kejatuhan. Walaupun pewarisan takhta telah digantikan dengan diwariskan kepada pewaris yang lebih tua demi mengelakkan fratricide pada tahap tertentu, ia mempunyai kecacatan yang berbeza:
- Apabila takhta itu diturunkan dari ayah kepada anak pada peringkat pertama, jangka masa pemerintahan sultan semakin lama dan kestabilan politik lebih kuat. Oleh kerana ahli-ahli dinasti yan tua naik takhta pada tempoh kemudian, jangka masa pemerintahan menjadi lebih pendek dan sultan tidak sempat merangka apa yang patut seorang sultan lakukan kepada negara.
- Sebelum ini, para putera ditugaskan sebagai gabenor di sanjak untuk melatih kemahiran politik dan pentadbiran yang lebih baik. Apabila amalan ini dihentikan mereka kurang berpeluang menerima pengalaman dalam istana di ibu kota.
- Pada mulanya, putera-putera yang menjadi gabenor sanjak adalah satu-satunya pihak berkuasa alternatif selepas istana. Apabila mereka mula tinggal di istana, pihak berkuasa lain di luar dinasti itu, termasuk para wazir, ulama, askar dan tokoh masyarakat, mendapat lebih kuasa. Setelah tinggal di Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1634 hingga 1636, peguam dan pengembara Inggeris, Sir Henry Blount berkata, selepas para janissari mencipta masalah bagi Sultan:
“Sebabnya ialah Sultan Ahmed I, yang menyelamatkan nyawa saudaranya selepas penangkapannya dan membolehkan beliau untuk menuntut hak takhta. Amalan ini memberi tenter4 peluang menjadi pengkhianat kepada kerabat dinasti yang tidak mungkin dapat mengembalikan maruahnya.”
Perlembagaan Uthmaniyyah pada tahun 1876 mendokong pewarisan ahli keluarga tertua ke takhta. Walaupun sultan-sultan Uthmaniyyah pada abad terakhir seperti Sultan Abdulhamid II cuba untuk mengembalikan sistem warisan lama supaya dapat memupuk putera-putera muda dan dinamik seperti yang dilihat di dinasti Eropah, mereka telah gagal hingga jatuh selama-lamanya.
Menilai insiden tanpa mempertimbangkan tempat dan tindakan mereka tanpa melihat situasi spesifik dalam tempoh tersebut adalah tidak adil.
Memang mudah untuk menggambarkan fratricide dalam ideologi Uthmaniyyah sebagai satu bentuk kekejaman, zalim atau egoisme sekurang-kurangnya. Fratricide tidak dapat difahami secara emosi dan teliti, tetapi merupakan salah satu kaedah yang mengekalkan Empayar Uthmaniyyah selama beratus-ratus tahun.
Namun pelaksanaannya juga harus dilihat secara waras, adakah ia benar-benar demi kepentingan agama, bangsa dan negara atau semata-mata demi nafsu serakah mengejar kemewahan harta dan pangkat duniawi? Wallahualam.
RUJUKAN:
Dailysabah: The History Of Ottoman Fratricide
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih