Bulan Ramadan sudah tiba. Joe Biden pun mengucapkan selamat berpuas akepada semua umat Islam di serata dunia.
Ucapan ini memang satu perkara biasa – seorang pemimpin memberi sepatah dua kata yang elok untuk minoritinya. Dalam kalangan pemimpin Malaysia pun, ramai saja yang mengucapkan selamat sempena Deepavali, Gawai, Krismas dan sebagainya. Tetapi ada satu benda menarik dalam ucapan Biden.
Beliau bercakap yang White House akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa tahun hadapan, dengan menggunakan perkataan “inshallah”.
Kerajaan Tunis menerima kuasa autonomi daripada Empayar Uthmaniyah, setelah al-Husayn bin Ali menundukkan pengaruh Turki di bumi Tunisia ini. Jadi Mellimelli mengunjungi Amerika Syarikat, yang masih lagi sebuah republik muda bebas daripada pengaruh kuasa besar British.
Tidak pasti berapa lama Mellimelli berlayar. Tetapi beliau bertemu dengan Jefferson pada 9 Disember 1805, ketika Amerika Syarikat masih berper.ang dengan Tripolitania dan Morocco untuk mencegah aktiviti lan.un.
Majlis makan malam rasmi berlangsung seperti biasa. Tetapi Jefferson mendapat maklumat tentang Mellimelli yang sedang berpuasa.
Jefferson sendiri memang cakna tentang agama Islam. Beliau mengetahui tentang rukun dan hukum-hakam, siap memiliki senaskhah al-Qur’an yang hari ini disimpan rapi dalam Library of Congress (Manseau, 2018).
Untuk memudahkan urusan agama Mellimelli (berbuka puasa), Jefferson mengubah waktu makan malam (Goodin, 2020). Sekalipun tidak mendengar azan, majlis tersebut dimulakan tepat pada waktu Maghrib.
Konsep Yang Menjadi Ideologi Negara
Thomas Jefferson meninggalkan White House pada tahun 1809, diganti pemimpin-pemimpin yang berpegang teguh pada ikrar “One Nation Under God, indivisible with liberty and justice for all.” (Sebuah Negara Dinaungi Tuhan, bersatu demi kebebasan dan keadilan untuk semua).
Ikrar ini dimulakan sejak di bangku sekolah lagi, dengan tangan kanan tersemat pada dada kiri.
Saban dekad, pentas politik mula mengambil serius tentang perkataan “indivisible” (bersatu). Kerana setiap masa, hanya agama Kristian sahaja mendapat manfaat tertinggi.
Pemikiran sebegini menebal sekitar 1990-an. San Francisco menganjurkan perayaan Hinduisme dengan Hari “Golden Gate Ganesha Visarjana”.
New York tidak mahu ketinggalan, dengan Saint Patrick’s Day (untuk bangsa Irish) dan Tahun Baru Cina. Hari India diadakan untuk menghargai minoriti yang percaya pada Dewi Kali.
Semangat ini tidak menyisihkan umat Islam, sekalipun ketika itu Amerika Syarikat baru menang dalam Per.ang Teluk yang membebaskan Kuwait daripada pendµdµkan har.am Iraq. White House menganjurkan sebuah Majlis Berbuka Puasa pada malam Aidilfitri 1416 Hijrah, bersamaan 20 Februari 1996.
Kiranya itulah Ramadan terakhir bagi tahun tersebut. Ramai dijemput ke Bangunan Pejabat Eksekutif Lama, tidak jauh daripada bangunan White House.
Dan Hillary Clinton sebagai isteri Presiden Bill Clinton mengucapkan, “Eid Mubarak. Saya sangat bersyukur yang kalian sudi meluangkan sedikit masa bersama kami dalam bulan yang suci ini.”
Majlis Berbuka Puasa pada ambang Aidilfitri ini sangat penting untuk umat Islam Amerika. Bukan makanan yang diutamakan. Tetapi ramai membuka mata tentang kepentingan agama-agama minoriti.
Bukan semua anggota ten.tera Amerika Syarikat beragama Kristian ketika Per.ang Dunia Kedua. Bagi yang bersyahadah, mereka tidak dilabel “Islam” pun. Sebaliknya, pendaftar meletak “Other” dalam bahagian agama anggota. Tiada guna berjµ.ang demi negara tanpa sebarang pengiktirafan rasmi.
Cukup setakat ikhlas dan patriotisme? Mana boleh. Kalau jasa mereka ditenggelamkan, berapa lama sebelum penduduk majoriti mempersoal: apa sumbangan kau kat negara ni?
Jadi pentadbiran Clinton ingin menggalakkan inclusivity yang sudah menular dalam pentas politik negara. Macam dulu, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan Dewan Senat dibuka dengan bacaan doa.
Tetapi White House masih belum mengadakan Majlis Berbuka Puasa, hinggalah 1996 apabila pentadbiran Clinton turut menyediakan tempat beribadat khas untuk umat Islam dalam pangkalan ten.tera. Imam pertama dilantik untuk tujuan ini bernama M. Malik Abd al-Muta’ Ali Noel Jr (Garber & Walkowitz, 2013), seorang anggota ten.tera yang dilantik di Pentagon.
Majlis Berbuka Puasa di White House menjadi tradisi setiap tahun sejak 1996. Pentadbiran George W. Bush dan Barack Obama tetap menganjurkannya, pada ambang Aidilfitri.
Tetapi pada tahun 2017, Donald Trump menghentikan tradisi 20 tahun ini tanpa menyatakan sebarang sebab kukuh (Torbati, 2017).
Apabila ditanya pihak media, jurucakap White House membalas, “saya tidak tahulah.” (Hunt & Smith, 2017). Sebagai tanda protes, 100 aktivis Islam berkumpul untuk berbuka puasa di hadapan Trump Tower in New York dengan tanda pagar #IftarInTheStreets.
Selepas dikecam, pentadbiran Trump mengadakan majlis ini bagi tahun 2018 dan 2019. Jika COVID-19 berjaya ditewaskan sebelum Ramadan 2022, pentadbiran Joe Biden akan menyambung tradisi yang dimulakan Clinton. Dalam kesempatan ini, Biden menekankan jasa umat Islam untuk mencegah ser.angan anti-Islam yang semakin menular.
Kalau dulu, Amerika Syarikat dibangunkan golongan ham.ba yang terdiri daripada umat Islam.
Hari ini, umat Islam menceburi bidang profesional yang akhirnya menyiapkan sebuah vaksin untuk semua. Malah ramai dalam kalangan pekerja kesihatan berlari sana sini, membawa syahadah ke merata tempat mereka pergi.
Siapa sangka – semarak penyatuan sosial boleh membawa makna dengan hanya sebuah majlis rasmi.
RUJUKAN:
Garber, M., & Walkowitz, R. (2013). One Nation Under God?: Religion and American Culture. Routledge. Halaman 16.
Goodin, B. (2020, Oktober 13). From (ditapiskan) to Consuls: Three Sailors in Barbary and Their Self-Making Across the Early American Republic, 1770-1840 JHU Press. Halaman 102-103.
Hunt, E., & Smith, D. (2017, Jun 26). Donald Trump abandons traditional White House Ramadan celebration. The Guardian.
Manseau, P. (2018, Januari 31). Why Thomas Jefferson Owned a Qur’an. The Smithsonian Magazine.
Torbati, Y. (2017, Mei 27). Exclusive: Tillerson declines to host Ramadan event at State Department. Reuters.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih