Toyota adalah sebuah jenama automotif Jepun begitu besar malah menjadi pesaing kepada Honda yang juga berasal daripada negara sama.
Toyota juga tersenarai sebagai syarikat paling besar di Jepun dan menghuni tangga kesebelas dalam senarai Forbes. Persoalannya sekarang bagaimanakah syarikat ini boleh tertubuh? Ayuh ikuti sorotan ini.
Semua bermula pada tahun 1926 apabila Sakichi Toyoda mula mengagaskan Toyota Industries Corporation yang bertujuan untuk menghasilkan dan menjual mesin jahit.
Sejak itu, Toyata mula menceburi pelbagai jenis bidang pembuatan selain mesin jahit seperti automotif, elektronik dan industri berat.Kiichiro Toyoda yang mewarisi Toyota Industries Corporation telah menubuhkan Toyota Motor Corporation untuk memusatkan fokus dalam industri automotif.
Tiga tahun selepas itu, syarikat itu berjaya menghasilkan kereta pertama buatan mereka sendiri iaitu model AA sedan.
Walau bagaimanapun, Toyota terpaksa menghentikan penghasilan kereta apabila Perang Dunia Kedua mula meletus dan fokus kepada pengeluaran trak.
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua atau lebih tepatnya ketika 1947, syarikat itu kembali kepada landasan asal mereka dengan penghasilan model SA.
Menjelang 1950an, kilang milik Toyota berjaya beroperasi sepenuhnya setelah Jepun pulih daripada kesan-kesan perang.
Bagi meletakkan syarikat dalam persaingan, Toyota telah bertindak mengambil contoh dan beradaptasi daripada syarikat automotif Amerika Syarikat.
Jadi pada 1957, Toyota Motor Sales, U.S.A., Inc. telah tertubuh dan tahun berikutnya model Toyopet sedan berjaya dihasilkan.
Ianya juga merupakan model pertama yang dijual di Amerika Syarikat tetapi kurang mendapat sambutan angkaran harga begitu mahal.
Maka Toyopet dibina semula tetapi lebih mesra Amerika dan dijenamakan sebagai Corona. Model itu adalah kejayaan pertama syarikat tersebut dalam mengetuk pintu hati pasaran Amerika Syarikat.
Tahun 1970an menyaksikan Toyota semakin berkembang pesat dengan mula mengeksport sejumlah besar kereta ke pasaran antarabangsa.
Ianya turut dibantu oleh pengilhakan beberapa syarikat seperti Hino Motors Ltd, Nippondenso Company Ltd dan Daihitsu Motor Company lantas menjadi Toyota sebagai syarikat automotif terbesar di Jepun.
Kenderaan berjenama Toyota terus mendapat tempat di Amerika Syarikat kerana reputasi terutamanya melibatkan model Corolla.
Memasuki abad ke 21, syarikat terus mengalami pertumbuhan yang begitu memberangsangkan.
Hal ini dapat dibuktikan apabila syarikat itu berjaya menghasilkan model kereta mewah iaitu Lexus dan model hibrid Prius.
Ianya tidak terhenti setakat itu sahaja, tahun 1999 menyaksikan Toyota disenaraikan di London Stock Exchange dan New York Stock Exchange.
Toyota tidak memandang kebelakang lagi lalu terus menghasilkan pelbagai jenis kereta untuk meneroka pasaran baru.
Buktinya, syarikat itu telah menghasilkan model Scion yang menyasarkan pembeli muda dan kereta mewah hibrid pertama dunia iaitu Lexus RX 400h.
Ketika itu, berjuta-juta unit kenderaan keluaran Toyota dan syarikat lain telah diarahkan untuk ditarik kembali kerana tidak menepati spesifikasi keselataman Amerika Syarikat.
Hari ini Toyota masih lagi menjadi antara pemain utama industri automotif dunia dan masih bertakhta di Jepun.
Syarikat itu juga berjaya mengatasi beberapa jenama kenderaan terkenal Jepun seperti Honda, Mitsubishi dan Mazda.
Jadi kepada syarikat di luar sana, sanggupkah anda mengambil risiko untuk menceburi bidang perniagaan lain?
Jemput baca dan ke portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook Asia di sini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih