Nak hujung-hujung tahun ni, bolehlah kita buat recap apa perkembangan terpenting dalam hubungan antarabangsa dan geopolitik sepanjang tahun 2019.

Biasanya orang buat Top 10. Tapi benda Top 10 bunyi macam 80s sangat. Sekarang orang buat Best 9, baru hipstur.

So berikut adalah 9 perkembangan geopolitik terpenting bagi tahun 2019. Aku pilih dari segi impaknya kepada sistem antarabangsa dan hubungan antara negara. Ada berita yang gempak dan menarik perhatian tapi tak memberi impak, contoh macam PM termuda di Finland (so?), Greta how dare you (orang dah lama sedar pasal isu alam sekitar, tak faham kenapa media duk up budak ini).

Basically aku dah pernah cover semua isu-isu yang tersenarai, gila produktif (kau pun boleh jadi se-produktif aku kalau fokus membaca dan menulis pasal isu, bukan mengumpat dan mengkritik pasal orang). Ada link ke semua artikel di hujung penerangan.

#9. TRUMP IMPEACHMENT

Isu yang agak kecoh pada tahun 2019. Kalau buka CNN memang siang malam depa duk ratib bila Trump akan di-impeach dan kenapa patut di-impeach. Terpaksa tukar BBC bagi tenang sikit. Kecoh tapi tak ada impak sebenarnya: Trump hampir mustahil dilucutkan jawatan menerusi impeachment pada tahun depan. Tak berani kata 100% mustahil, 99.5% lah aku bagi. Tapi still, Trump being Presiden US ke-3 yang kena impeach, kira penting juga lah, so aku bagi #9.

Link:
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211669892822475
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10212189082081882

#8. THE RISE OF INDONESIA

Tahun 2019 ialah “defining moment” bagi Indonesia. Masyarakat hampir terkoyak oleh kempen Pemilu yang toksik. Namun “reconciliation” antara Jokowi dan Prabowo membolehkan Indonesia memulih daripada politik toksik dan berfokus kepada agenda pembangunan negara “Indonesia Maju 2025”. Pembaharuan seperti pemindahan ibu negara bakal memacu Indonesia menjadi salah sebuah adikuasa Asia. Keadaan mungkin akan agak berbeza kalau Prabowo menang, atau Jokowi menang tapi tak reconcile denga Prabowo. A right decision, at the right time, with the right person(s), change the whole nation.

Link:
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10210814992850510
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211475897532714
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10212109073441716

#7. HONG KONG PROTEST

Demonstrasi aman membantah RUU ekstradisi jadi rusuhan berbulan-bulan yang melumpuhkan ekonomi salah sebuah pusat antarabangsa di Asia. Hong Konger takut kebebasan mereka di bawah kerangka “One Country, Two Systems” dicabul oleh Beijing yang semakin authoritarian. Di Taiwan, Tsai Ing-Wen menggunakan isu Hong Kong sebagai modal untuk mengabsahkan pendirian pro-merdeka dia bagi memenangi PRU Januari tahun depan.

Link:
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211122983830092
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211982795204839

#6. THE END OF ISIS

Kubu terakhir ISIS di Syria akhirnya ditawan oleh SDF/YPG yang diketuai oleh pejuang berbangsa Kurd. Tak lama kemudian, “Khalifah” ISIS juga ditamatkan riwayat oleh tentera US. Namun bukan bermaksud ISIS terus terkubur, ia masih boleh regroup dan buat comeback. Malah kebangkitan SDF/YPG menimbulkan keresahan di Turki, yang seterusnya membawa kepada…

Link:
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10210544379965357
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211869204205135

#5. OPERATION PEACE SPRING

Turki melancarkan operasi ketiga selepas Operation Euphrates Shield (2016) dan Operation Olive Branch (2018) untuk mengusir SDF/YPG yang menduduki sempadan Turki-Syria selepas menundukkan ISIS. Erdoğan nak guna sempadan yang dibersihkan daripada ancaman SDF/YPG untuk bina “safe zone” untuk menempatkan semula pelarian Syria yang membanjiri Turki, serampang dua mata. Tindakan Trump yang pejam sebelah mata dalam pertempuran antara Turki dan SDF/YPG dilihat sebagai pengkhianatan kepada Bangsa Kurd, menghakis lagi kredibiliti US di mata sekutunya dan pengaruhnya di Timur Tengah. Tak lupa jua insiden inilah yang buat Trump karang surat yang epik kepada Erdoğan.

Link:
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211749864741723
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211804489627311

#4. INDIA-PAKISTAN TENSION

Hubungan India-Pakistan jadi tegang semula akibat Kashmir. India menuduh Pakistan cuba infiltrate dan mengucar-kacirkan Kahsmir, Pakistan pula menuduh India menindas umat Islam. Hubungan antara dua negara berada di tahap paling tegang sejak 1990-an akibat Narendra Modi dan Imran Khan masing-masing memain sentimen nasionalis dan identiti. Kedua-dua India dan Pakistan ada senjata nuklear, plus hubungan mereka yang rumit dengan US, China, Russia, Saudi, Israel dan Turki, kalau tak berhati-hati silap-silap boleh membawa kepada WW3.

Link:
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10210577385550476
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10210586982510394

#3. TRADE WAR NEGOTIATIONS

Trade war ni isu besar tahun lepas, tahun ni slow sikit sebab perundingan telah dilancarkan bagi menyelesaikan masalah antara depa berdua. Cuma perkembangan slow sikit sebab masing-masing nak drag: China nak drag kot-kot tahun depan Trump kalah pilihanraya presiden, Trump pun nak drag supaya pengundi ada rasa nak bergantung kat dia untuk dapatkan “best deal” dengan China.

Link:
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211218336813857

#2. THE JOKER SPRING

Tahun 2019 menyaksikan gelombang demonstrasi terbesar sejak Arab Spring pada tahun 2011-2012. Dari Lubnan, Iraq, Chile hingga Ecuador, protester membantah kerajaan yang gagal menangani masalah kos sara hidup dan memperkenalkan cukai/caj yang membebankan.

Persamaan antara semua demonstrasi ini ialah protester memakai lambang Joker yang trending tahun 2019. Joker dah menggantikan Guy Fawkes (V for Vendetta) sebagai simbol rebel acah. Tapi kalau dibaca secara mendalam, watak Joker dalam filem yang merupakan seorang “underdog” dalam strata sosioekonomi sedikit sebanyak melambangkan protester yang rasa tertekan dalam kehidupan. So aku bagi nama Joker Spring. Berbeza dengan Arab Spring yang menuntut kebebasan politik, Joker Spring lebih kepada isu bread-and-butter.

Nampak kelakar, tapi dia punya penangan sampai PM Lubnan dan Iraq pun letak jawatan, Chile membatalkan sidang kemuncak APEC. “Governability” kerajaan teruji di era di mana rakyat boleh organize mass protest anywhere, anytime.

Link:
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211849589274774
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211891115272898

#1. THE BREXIT SAGA

Ingat UK keluar EU tu macam keluar group Whatsapp je, sekali depa bagi drama Shakespeare. Mula-mula yakin boleh keluar on time pada Mac 2019, sekali deal kena reject. Theresa May hampir kena undi tak percaya. Brexit tunda. Deal reject lagi. May letak jawatan. Johnson jadi PM baharu. Johnson nekad keluar pada Oktober walaupun tak ada deal, hampir jadi “no deal”. Johnson hampir kena undi tak percaya. Johnson dapat deal baharu. Deal lulus. Tunda lagi. Parlimen bubar. Johnson menang. Deal lulus.

Apa pun, semua drama ni berbaloi sebab Brexit ialah perkara yang cukup memberi impak. Johnson sekarang ada 5 tahun untuk mencorak halatuju dasar luar UK. Kemungkinan besar UK akan muncul sebagai kutub kuasa (power pole) baharu yang berdikari daripada EU. Mungkin juga UK akan jadi lebih rapat dengan US, mungkin juga ia kembali jadi neo-colonial power dan pemimpin kepada negara-negara Anglosphere.

Kejayaan Brexit akan merancakkan lagi semua gerakan “Frexit” “Italeave” yang juga mahu negara depa keluar EU. Prestasi teruk Parti Labour dalam PRU juga bakal mempengaruhi pilihanraya presiden di US tahun depan. Di kalangan Democrat dah ada suara-suara yang suruh jangan mengulangi kesilapan memilih calon sosialis (yang dituju kepada Bernie Sanders). Perpecahan dan kekeliruan di kalangan Democrat hanya membuat peluang Trump menang semakin cerah.

Link:
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211886231590809
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10212147670446617
https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10212158954888721

Cerita pasal 2019 saja macam kurang syok. Memandangkan tahun ni tahun terakhir dekad 2010-an, besok aku up juga Best 9 bagi dekad 2010-2019.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.