Benua Afrika sememangnya dipenuhi dengan sejarah gemilang lagi panjang, melibatkan ratusan buah tamadun berbeza. Bermula daripada zaman Mesir hingga ke zaman Zulu, setiap tamadun yang terbangun di rantau tersebut melahirkan ramai p4hl4wan perkasa, cendekia ternama, dan raja ulung dunia. Artikel kali ini cuba menyenaraikan sepuluh tokoh utama Afrika bersama perincian ringkas tentang mereka.

HATSHEPSUTSenarai tokoh Afrika tentunya tidak akan lengkap tanpa kehadiran sekurang-kurangnya seorang firaun Mesir. Walaupun ramai daripada mereka sirna dimamah tinta sejarah, ada yang terus hidup bersama legasi-legasi yang ditinggalkan.

Salah seorang daripada mereka adalah Hatshepsut, puteri firaun Thutmose I dan isteri kepada abang tirinya, Thutmose II. Sebagai ratu Mesir, beliau banyak membantu pemerintahan suaminya dan sesudah kem4ngk4tan firaun, beliau menyandang gelaran tertinggi itu secara rasmi pada tahun 1478SM.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, memahami agama yang panutan rakyat jelatanya dengan mendalam, dan sebagai seorang puteri, adik dan isteri diraja, beliau sememangnya memegang kelayakan untuk memerintah.

Autoritinya disambut baik oleh segenap masyarakat dan menurut ahli kaji Mesir Purba, beliau dihormati sebagai salah seorang firaun paling berjaya. Antara sumbangan beliau merangkumi pembinaan jalan perdagangan utama, infrastruktur-infrastuktur penting, dan bangunan-bangunan monumental. Tambahan, beliau merupakan antara wanita pertama dalam sejarah yang menyandang kuasa tertinggi dalam sesebuah kerajaan.

RATU SABA’Di Aksum, Ethiopia moden, terdapat sebuah puing runtuhan istana yang dipercayai sebagai kediaman Ratu Saba’. Dalam catatan sejarah tempatan, beliau dikenali sebagai Ratu Makeda sambil tradisi Islam pula mengenalinya dengan nama Balqis. Bagi masyarakat Ethiopia, Ratu Saba’ dihormati sebagai tokoh kebangsaan.

Menurut mereka, d4r4h wangsa Saba’ terus mengalir sejak dahulu hingga kini dan raja terakhir yang mempunyai darah beliau adalah Haile Selassie yang mangkat pada tahun 1975. Ratu yang namanya tercantum dalam kitab suci al-Qur’an ini disifatkan sebagai seorang penguasa yang sangat kaya.

Ratu Saba’ disifatkan sebagai seorang penguasa yang amat kaya dan hal ini dibuktikan dengan lebih lanjut menerusi kerja-kerja ekskavasi di Aksum pada tahun 2012 yang berhasil menemukan sebuah lombong emas purba yang sangat besar saiznya.

Ekskavasi lanjut yang dijalankan pada tahun 2015 pula menjumpai rangka dua orang wanita yang masing-masing disemadikan mengikut tradisi istana, dengan diiringi oleh barang-barang berharga.

Apa yang lebih mengujakan, sehingga hari ini, hanya 10% dari luas keseluruhan Kerajaan Aksum telah digali dan tentunya, baki 90% yang lain masih menyimpan banyak khazanah yang bakal membuktikan lagi kekayaan Ratu Saba’.

EZANA SI RAJA AKSUMEzana memerintah Kerajaan Aksum pada kurun ke-4 Masehi. Wilayah naungan Aksum merangkumi Ethiopia, Yaman, selatan Arab Saudi, utara Somalia, Djibouti, Eritrea, dan beberapa buah daerah Sudan moden.

Beliau mewarisi takhta daripada ayahandanya yang mangkat semasa beliau masih kecil. Ezana dicatatkan sebagai raja Aksum pertama yang memeluk agama Kristian. Beliau disifatkan berperibadi luhur dan sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat jelatanya.

Banyak juga monumen agung didirikan pada era pemerintahannya, seperti obelisk dan stele. Pun begitu, nama Ezana lebih dikenang pada hari ini sebagai raja Kristian dan beliau sangat dihormati oleh Gereja Ortodoks Tewahado Ethiopia.

MANSA KANKAN MUSA

Musa I merupakan Mansa Kerajaan Mali yang kesepuluh dan pemerintahannya berlangsung pada tahun 1312 hingga 1337 Masehi. Di bawah kepimpinannya, Kerajaan Mali berupaya menaklvki 24 buah kota. Beliau juga memegang banyak gelaran dan nama timangan, seperti ‘Singa Mali’ dan ‘Penaklvk Ghanata’.

Salah satu nama timangannya, iaitu ‘Pemilik Lombong-Lombong Wangara’ diberikan kepada Mansa I kerana beliau memiliki kesemua lombong emas yang ada di rantau berkenaan. Pemilikan inilah yang banyak menyumbang kepada kekayaannya yang luar biasa. Media BBC menyifatkan beliau sebagai manusia terkaya sepanjang zaman.

Lukisan menggambarkan Mansa Musa bersemayam di takhta sambil memegang syiling emas

TUNKA MANIN

Tunka Manin merupakan ga’na (raja) Wagadao yang memerintah pada tahun 1037 hingga 1075 Masehi. Rekod sejarah menyifatkan beliau sebagai seorang raja yang cintakan keamanan dan pemerintahannya banyak diwarnai dengan peleraian konflik.

Tunka Manin menempa nama sebagai raja yang memelihara kebajikan rakyat jelata dan memacu ekonomi negara. Cuma malangnya, beliau memerintah sebagai raja terakhir Wagadou yang tumbang dek persengketaan dengan daerah-daerah jiran yang memeluk Islam.

RATU AMINAAmina atau Aminatu merupakan seorang ratu dari Empayar Zaria yang terletak di Nigeria moden. Namanya diabadikan dalam banyak legenda. Amina yang memerintah pada kurun ke-15 Masehi menempa legasi dengan menaklvki banyak kota dan memerintah empayar selama 34 tahun.

Beliau disifatkan sebagai seorang p4hl4wan yang gagah. Keperibadiannya yang satu ini berputik sejak usia kecil lagi. Sama seperti kebanyakan ratu, Amina enggan berkahwin kerana tidak mahu kehilangan takhta. Salah satu sumbangan besar beliau adalah memperkenalkan tanaman kacang kola.

EWUARE AGUNG

Ewuare memerintah Empayar Benin pada separuh kedua kurun ke-15 Masehi. Kisah kenaikan takhtanya dipenuhi dengan pertumpahan d4r4h, melibatkan episod r4mp4san kuasa dan kemusnahan kota Benin.

Walaupun pemerintahannya dimulakan dengan titik hitam, Ewuare berjaya meraih gelaran ‘Agung’ dengan membangunkan semula Kota Benin, memperbaharui struktur politik, menaungi kesenian empayar, dan melebarkan wilayah sempadan.

Beliau juga mengembangkan hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan lain, di mana kekayaan yang mengalir daripada aktiviti tersebut kemudiannya disalurkan ke bidang kesenian pula, khususnya dalam pembuatan gading dan kayu berukir.

Tidak dapat dinafikan, Ewuare adalah seorang tokoh yang sangat berpengaruh. Namun, kemasyhurannya turut diselubungi denan kisah-kisah mistik di mana beliau disifatkan kononnya mempunyai kuasa sakti.

Ewuare I raja Empayar Benin

Menurut legenda, terdapat satu keraian tahunan yang disebut sebagai festival Igue di mana ia diadakan bagi memperbaharui kuasa sakti Ewuare. Festival ini masih diraikan di Benin sehingga ke hari ini.

SHAKA ZULUSekian lama, pahlawan-pahlawan Zulu tersohor dengan kegagahan mereka di medan tempur. Keunggulan mereka dalam bidang ket3nt3raan dipacu lagi menerusi pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Shaka Zulu.

Namun, Shaka Zulu tidak hanya genius berp3r4ng. Beliau juga memiliki ketrampilan dalam diplomasi dan berkali-kali berjaya memenangi rundingan dengan pihak musvh. Pada kemuncak pemerintahannya yang berlangsung selama sepuluh tahun, Shaka memimpin lebih 250 000 orang rakyat jelata dan lebih 50 000 orang tent3r4 perkasa.

Kekuasaannya hanya terhenti apabila beliau m4t1 dibvnvh oleh adik-beradiknya ketika berusia 40 tahun. Sehingga kini, nama Shaka Zulu dikenang sebagai tokoh berjasa dan dalam masa yang sama, sebagai raja yang dicela.

CETSHWAYO KAMPANDE

Shaka mungkin merupakan tokoh Zulu yang paling ternama, namun beliau bukanlah satu-satunya raja Zulu yang meraih status legenda. Kedudukannya turut disaingi oleh Cetshwayo Kampande yang memerintah pada era huru-hara, di mana rantau tersebut diceroboh oleh pihak British.

Cetshwayo enggan akur tunduk, sebaliknya dengan beraninya mengetuai 20 000 orang pahlawan Zulu yang hanya dilengkapi l3mbing dan p3risai kulit dalam memerangi t3nt3ra-t3nt3ra British yang bers3nj4takan sen4p4ng dan pelvrv pepandu versi awal.

Di bawah kepimpinan Cetshwayo, pahl4w4n-pahl4w4n Zulu berjaya mengusir hampir kesemua t3nt3ra British. Lebih bergaya, kasualti yang ditanggung oleh mereka hanya sekitar 1000 orang tent3r4 sahaja.

Kekalahan yang dialami oleh British ini merupakan kekalahan terbesar yang dialami di tangan suku asli yang hanya berbekalkan s3nj4ta primitif. Namun, kemenangan Cetshwayo tersebut hanya bersifat sementara kerana British kembali bersama gelombang kedua yang lebih besar.

Cetshawo di Cape Town tidak lama selepas pen4ngk4pannya semasa p3r4ng Inggeris-Zulu 1879

BEHANZIN SI RAJA JERUNG

Behanzin (Gbehanzin) Hossu Boweile (bermaksud ‘telur dunia’ atau ‘anak jerung’) dikenali dalam sejarah sebagai Raja Jerung. Beliau merupakan raja paling berpengaruh di Afrika Barat pada penghujung kurun ke-19 Masehi, khususnya kerana kekuatan pasukan t3nt3ranya yang dianggotai oleh 150 000 orang lelaki dan 5000 orang wanita.

Behanzin disifatkan sebagai raja yang berani lagi bijak. Namun semasa kerajaannya dis3r4ng oleh Perancis, moral t3nt3ranya dilunturkan dek ser4ng4n propaganda pihak mvsvh yang menggambarkan mereka sebagai sebuah bangsa gasar.

Misalnya, Perancis menyebarkan cerita kononnya t3nt3ra Perancis dibvnvh dengan cara lehernya dib4h4m. Sedangkan sebetulnya, situasi tersebut berlaku dek kerana t3nt3ra Behanzin kehabisan pelvrv dan ketika itu pula beliau sedang berhadapan dengan ketua Pasukan Perisik Perancis.

Kegagahan dan kelicikan pasukan Behanzin akhirnya tewas di tangan t3nt3ra Perancis yang dilengkapi dengan persenj4t44n maju dan bilangan yang lebih besar. Kekalahan ini memaksa Behanzin menghabiskan sisa hidupnya dalam bvangan.

RUJUKAN:

Sarah P Young. (3 April 2019). Ten of Africa’s Most Powerful Kings, Queens, Warriors and Legends. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/legendary-african-warriors-0011692


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.