Berikutan kekalahan Empayar Uthmaniyah dalam Pe.rang Dunia Pertama, tentera Uthmaniyah telah dilucutkan sen.jata berdasarkan perjanjian Gencatan Sen.jata Mudros. Walaupun Empayar Uthmaniyah telah bersetuju untuk melepaskan wilayah yang sangat luas, termasuk yang kini dikenali sebagai Syria dan Iraq, pihak Berikat terus mengekalkan pasukannya untuk mengawal saki baki Empayar Uthmaniyyah, iaitu Turki.
Pada 22 Februari 1919, Maraş (kini Kahramanmaraş), wilayah Uthmaniyah di Aleppo telah diduduki oleh pasukan Tentera British. Walau bagaimanapun, pihak British menyerahkan kota itu kepada Tentera Perancis pada 29 Oktober 1919. Sebahagian daripada tentera Perancis terdiri daripada French Foreign Legion, yang terdiri daripada orang Armenia tempatan.
Permohonan yang dibuat oleh penduduk Maraş untuk menghalang peralihan ini gagal kerana kelemahan Empayar Uthmaniyah ketika itu dan sikap acuh tak acuh pihak pentadbir. Pada petang 29 Oktober 1919, unit perintis di bawah kendalian Kapten Julie memasuki kota dari lokasi Sheikh Adil di tengah-tengah sambutan dan sorakan orang Armenia.
Sehari selepas itu, satu barisan hadapan terdiri daripada 2000 tentera sukarelawan tentera legion Perancis, Armenia, dan Algeria memasuki kota itu sekali lagi. Tentera Armenia berkeliaran di sekitar jalanan kota secara berkumpulan dengan tentera Perancis.
Sehinggalah pada suatu petang di hari Jumaat, 31 Oktober 1919, tentera legion Armenia dan Perancis yang meronda ini menganggu penduduk Turki Muslim dengan pelbagai penghinaan dan ejekan.
Sekumpulan askar dari peronda Perancis-Armenia melihat 3 wanita keluar dari rumah mandi awam Uzunoluk dan seorang budak lelaki membawa barangan mereka, petang itu cuaca agak gelap dan kejadian dikatakan bermula dengan “Ini bukan lagi tanah air Turki. Kamu tak boleh lagi bersiar-siar dengan memakai tudung kepala di tanah ja.jahan Perancis!”
Para peronda tersebut kemudian cuba menanggalkan tudung wanita berkenaan secara paksa. Wanita-wanita itu mula menjerit dan meraung meminta tolong dari orang ramai di kedai kopi Kel Haji yang berhampiran selepas salah seorang dari mereka jatuh pengsan.
Çakmakçı Said dan Gaffar Kabuloğlu Osman merupakan responden pertama ke tempat kejadian menjerit “Cel.akalah orang k.afir! Jangan sentuh adik-adik aku!” Dia meluru ke depan mahu menentang askar-askar legion Armenia-Perancis.
Namun Çakmakçı Said, yang tidak bersen.jata mengalami keced.eraan yang parah akibat ditem.bak. Sementara itu, Sütçü Imam yang merupakan peniaga susu berdekatan bertindak melepaskan tem.bakan dengan sepucuk pistol miliknya, membu.nuh seorang Legion Perancis-Armenia dan menced.erakan seorang lagi.
Dalam kejadian ini, Çakmakçı Said telah syahid dan orang Armenia yang ced.era meninggal dunia. Upacara pengebumian besar telah diadakan untuk warga Armenia yang meninggal dunia pada 1 November 1919. Tentera Perancis dan tentera British yang belum meninggalkan kota, datang ke tempat kejadian.
Sementara itu, Sütçü İmam pergi mencari bantuan dari Muharrem Bey, di kampung Ağabeyli Bertiz dengan menunggang kuda yang dibelinya dari Farrier Bekir. Walaupun dengan pelbagai usaha oleh orang Armenia dan Perancis, Sütçü İmam gagal ditemui.
Bagaimanapun, orang Armenia yang ingin membalas dendam terhadap in.siden itu, mula melepaskan tem.bakan rambang dan membu.nuh Hüseyin, anak Zülfikar Cavus. Dalam pada itu, mereka mula mengugut yang mereka akan membu.nuh orang Turki, menc.ulik wanita Turki dan memasang loceng di masjid-masjid.
Orang Perancis juga mengambil tindakan balas dan membu.nuh Kadir, anak kepada Tiyekli, anak bapa saudara Sütçü İmam, dengan mengikat tangan dan kakinya di belakangnya, memotong hidung dan telinganya, dan kemudian mencek.iknya hingga ma.ti. M.ayatnya diletakkan di dalam keranda dan dipamerkan kepada orang awam sebagai cara untuk memprovokasi Sütçü Imam.
Tindakan provokasi berterusan Perancis dan Armenia yang bermula sejak in.siden wanita Turki dicabul itu mendorong kepada penentangan rakyat dalam gerakan pembebasan Maraş. Penentangan itu menyebabkan tercetusnya Pertempu.ran Maraş selama 22 hari antara tentera Perancis dan nasionalis Turki dari 21 Januari 1920 hingga 12 Februari 1920, yang berakhir dengan kemenangan pihak Turki.
Sütçü Imam juga turut serta dalam gerakan pembebasan Maraş di bawah perintah Kapten Muharrem Beyazit Bey. Selepas pembebasan Maraş berjaya dan pe.rang telah berakhir, dia dilantik sebagai ketua dewan di perbandaran, dan kemudian diberikan tugas menguruskan meriam di istana kubu Maraş.
Sütçü İmam dilahirkan pada tahun 1878. Dia menyara hidup dengan menjual susu di bawah masjid tempat dia menjadi imam di daerah Uzunoluk. Dia diberi gelaran “Sütçü” kerana dia seorang penjual susu, Sütçü jika diterjemahkan bermaksud susu. Dia mempunyai tiga anak perempuan dan seorang lelaki.
In.siden yang dicetuskannya pada 31 Oktober 1919 itu dianggap sebagai pe.luru pertama yang dilepaskan terhadap pihak musuh yang menjadi penanda bermulanya gerakan pembebasan Maraş.
Selepas kemerdekaan dan penubuhan Republik Turki, Abdulmejid Efendi dilantik sebagai khalifah. Maka sebuah majlis sambutan ulang tahun In.siden Pembebasan Maraş akan diadakan, beberapa sumber mengatakan bahawa dalam sambutan tersebut, sebanyak 101 bebola meriam perlu dibe.dil.
Berikutan be.dilan berterusan yang tanpa henti menyebabkan meriam menjadi terlalu panas, akhirnya semasa tem.bakan yang ke-21 atau ke-22, kepanasan itu menyebabkan meriam mel.edak dengan sendiri. Sütçü Imam yang ced.era parah dibawa ke Hospital Pelatih Jerman namun meninggal dunia pada 25 November 1922 iaitu selepas dua hari bertaru.ng nyawa.
Nama Sütçü Imam wajar disenaraikan sebaris dengan nama tokoh-tokoh pembebasan Turki yang lain seperti Hasan Tahsin, Halide Edib Adıvar, Yörük Ali dalam sejarah kemerdekaan dan penubuhan Republik Turki yang moden kerana mereka inilah antara pencetus terawal kebangkitan Gerakan Nasionalis Turki dan mendorong kepada Pe.rang Kemerdekaan Turki.
Namun nama keempat-empat tokoh tersebut termasuklah Sütçü Imam, tidak tersenarai sebagai pejuang nasional atas beberapa isu, antaranya adalah kerana ada yang terlibat dalam pemban.taian Armenia, dan ada yang merupakan tokoh Islamis, seperti Sütçü Imam.
Walau bagaimanapun, sebuah monumen untuk mengenang jasanya telah dibina hasil inisiatif Datuk Bandar Hasan Sükûti Tükel pada tahun 1936 di Dataran Uzunoluk, lokasi di mana pe.luru pertama gerakan pembebasan Maraş dilepaskan oleh Sütçü Imam.
Pada tahun 1977, Monumen Pembebasan dibina atas nama Sütçü Imam di Dataran Cyprus, selepas rampasan kuasa pada tahun 1980, kuburnya di Masjid Çınarlı telah dinaiktaraf sebagai kompleks pemakaman atas perintah kerajaan militari sementara. Akhir sekali, bagi mengenang kejadian ini, Universiti Kahramanmaraş Sütçü İmam dinamakan bersempena dengan namanya pada tahun 1992.
Perdana Menteri Turki ke-23, Necmettin Erbakan cenderung menyebut-nyebut sumbangan dan peranan tokoh-tokoh Islam semasa Pe.rang Kemerdekaan Turki seperti Sütçü İmam dan Rıdvan Hoca. Akibat dasar-dasar Islamis beliau yang bertentangan dengan dasar sekularisme Turki, beliau dipaksa meletak jawatan oleh pihak tentera pada tahun 1997, selepas berkhidmat dari tahun 1996.
Peristiwa ini telah membuktikan bahawa maruah wanita sangat tinggi nilai dan darjatnya di dalam Islam sehinggakan seorang Muslim sanggup membu.nuh demi melindungi maruah seorang wanita Muslim yang dia sendiri tak kenali.
RUJUKAN:
Kerr, Stanley E. The Lions of Marash: Personal Experiences with American Near East Relief, 1919-1922. Albany: State University of New York Press.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih