Salah sebuah buku yang aku syorkan untuk dibaca jikalau kalian berminat dengan Abraham Lincoln ialah 1864: Lincoln At The Gates Of History. Bukunya ditulis seperinci yang boleh.
Tetapi bukan Lincoln yang nak aku bicarakan pagi ni. Tokoh yang aku nak ketengahkan ni namanya Ulysses S. Grant, iaitu presiden Amerika Syarikat yang ke-18. Sebelum beliau menjadi presiden, beliau adalah jeneral besar kepada Union Army ketika menentang Confederate Army. Bolehlah dikatakan tanpa General Grant, Lincoln tak akan berjaya menjadi seorang presiden. Jeneral Grant adalah antara 3 watak utama perang saudara ini selain daripada Abraham Lincoln dan jeneral Confederacy iaitu Robert E. Lee.
Sebenarnya Ulysses S. Grant pernah datang ke Asia Tenggara, melawat kawasan, pada tahun 1879, lebih tepat lagi beliau singgah di Penang, Melaka, Johor dan Singapura. Sempat juga beliau pos surat dari Penang, terjumpa post office katanya.
Orang Johor boleh berbangga kerana di antara salah seorang panglima perang United States of America terhebat pernah susah payah jadualkan waktu untuk menghadap Sultan (Maharaja) Johor! Ini bukan cerita buat-buat, kisah lawatan ini termaktub dalam catatan isteri General Grant iaitu The Personal Memoirs Of Julia Dent Grant. Menurut Julia, Jeneral Grant mendapat hadiah berupa gading gajah. Beliau juga menyifatkan Maharaja Johor sebagai seorang, yang budiman dan berbudi-bahasa.
Beliau juga ke Bangkok bertemu dengan Raja Chulalongkorn yang pada ketika itu berusia 25 tahun. Saja jalan-jalan, sambil buat-buat busy bincang bilateral (hubungan dua hala) trade.
Antara cerita yang menarik dalam siri lawatan US ex-president ni ialah bagaimana beliau menjadi orang tengah yang memulakan (initiate) rundingan damai antara China dan Jepun mengenai hak kedaulatan Kepulauan Ryukyu, pulau yang ada catatan Laksamana Melaka tu lah. Akhirnya, pulau ini dapat kepada Jepun dan diletakkan dalam Okinawa Prefecture.
Sebelum Abang Najib main golf dengan Abang Obama, Tok Wan Grant dah mai awai lagi… dan lagi lama dia lepak Tanah Melayu.
Sekali-sekala baca juga sejarah orang. Kot-kot lah ada titik temu dengan sejarah kita
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih