Kalau kita rasa bahawa ular anaconda satu-satunya raja ular pada abad ini, sebenarnya fakta itu separa benar, sebab ada satu spesis ular kuno yang saintis anggap inilah raja ular yang sebenar!

Spesis ular yang saya maksudkan ialah Titanboa. Titanboa menetap di lapangan bernama Cerrejon, Colombia. Kawasan itu pada 58 juta tahun lalu ialah hutan paya, bukannya kawasan perlombongan arang.

Hutan paya Cerrejon pada masa tu mempunyai iklim yang panas dan lembap. Malah hutan ini lebih tebal dari hutan hujan Amazon. Kerana ciri-ciri hutan paya ini, tidak hairanlah mengapa hutan paya Cerrejon menjadi habitat raja ular itu.

Fosil Titanboa di Cerrejon pertama kali ditemui oleh pelatih dari Institut Smithsonian bernama Jorge Moreno-Bernal. Kemudian pada tahun 2002, dua orang ahli arkeologi iaitu Jonathan Bloch dari Universiti Florida dan Jason Head dari Universiti Nebraska, telah menemui tulang belakang dan tulang rusuk Titanboa itu.

Mengikut saiz tulang rusuk ular itu, Bloch menganggarkan haiwan ini berkemungkinan sepanjang 12 hingga 14 meter, memgalahkan spesis ular anaconda yang panjangnya hanya 6 meter!

Selepas penemuan Bloch dan Head, kumpulannya menemui lagi tengkorak Titanboa di lokasi yang sama. Tengkorak ini mengejutkan Bloch kerana biasanya tengkorak ular biasanya hancur setelah mati, tapi tengkorak Titanboa ini masih bertahan berjuta-juta tahun tertanam!

Berat Titanoboa boleh mencecah 1,135 kilogram. Ternyata, inilah raja ular terbesar dalam sejarah! Titanboa ini saintis namakan ‘Titanoboa cerrejonensi’ dari keluarga Boidae.

Ini bermakud Titanboa sekeluarga dengan spesis ular anaconda. Seperti ular anaconda, Titanboa lebih gemar menghabiskan masa di kawasan berair dan berpaya. Walaupun diet pemakanannya hanyalah ikan berdasarkan tengkoraknya, tapi ular ini berkeupaya menelan seekor buaya!

Sebelum penemuan fosil Titanboa, gelaran raja ular diberikan kepada spesis ular kuno bernama Gigantophis yang hidup pada 40 juta tahun dulu di utara Gurun Sahara. Masa tu wujud laut kuno bernama Laut Paratethys.

Panjang ular Gigantophis yang ditemui pada tahun 1901 sekitar 9 hingga 10 meter. Sejak fosil Titanboa ditemui, ular Gigantophis berada di tempat kedua ular terbesar dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply