Pada tahun 2030 nantu, 60% populasi akan tinggal di Kawasan bandar. Satu pertiga daripada populasi ini akan berkongsi bandar mereka dengan sekurang-kurangnya separuh juta penduduk lain.
Dengan penduduk bandar yang semakin meningkat, bagaimana dengan masa depan haiwan peliharaan?
Kawasan yang tinggi sara hidupnya bukan tempat yang ideal untuk haiwan peliharaan. Mereka susah untuk keluar dari rumah tuan dan ruang dalam rumah pula agak terhad.
Untuk kucing, budaya hidup di dalam rumah memberikan kekangan untuk mereka berkelakuan normal.
Kucing merupakan spesis karnivor. Hal ini menuntut mereka untuk memburu. Menurut kajian, kucing mampu membunuh sehingga 4 bilion burung dan 21 bilion mamalia setiap tahun.
Walau bagaimanapun, tidak semua kucing itu sama. Ada kucing yang sesuai tinggl di dalam rumah, ada kucing lebih suka berkeliaran di luar. Setiap kucing ada keperluan dan personaliti masing-masing.
Kucing jalanan hiperaktif yang diselamatkan dan dibela yang tidak mempunyai pengalaman tinggal di dalam rumah dan tidak biasa dengan orang, mungkin tidak sesuai dibela di dalam rumah.
Kucing yang sesuai adalah kucing yang tua kerana tidak begitu aktif. Juga kucing yang berpengalaman berinteraksi dengan orang dan tinggal di dalam rumah.
Kucing rumah mempunyai kecenderungan untuk obesiti dan terlalu tidak aktif sama ada dari segi mental ataupun fizikal. Memberikan pendedahan dengan dunia luar, dapat memberikan kesejahteraan yang baik kepada kucing ini.
Disebabkan kucing merupakan spesis yang semi-sosial, mungkin terdapat persekitaran dalaman rumah yang kucing mahu elakkan. Perkara ini boleh jadi apa saja seperti perhatian yang berlebihan ataupun orang luar seperti tetamu serta haiwan lain yang tidak memahami konsep ruang peribadi. Perlu mengenalpasti apa yang kucing anda mahu elakkan.
Kucing memerlukan ruang ataupun Kawasan yang membolehkan mereka bersendirian untuk elakkan diri mereka daripada situasi yang memberikan mereka tekanan.
Namun, kena faham juga, kalua kita dapati kucing banyak menghabiskan masanya dengan bersembunyi, rumah kita mungkin bukan persekitaran yang sesuai untuk kucing.
Tekanan kucing yang tidak terkawal akan memberikan penyakit kepada kucing seperti idiopathic cystitis.
Untuk memastikan kucing sentiasa aktif, memburu adalah salah satu aktiviti yang baik untuk kucing memandangkan ia merupakan sifat tabii mereka. Pastikan kucing anda sentiasa bergerak dan sentiasa diberikan makan.
Dalam bab makanan, cukup berikan dalam jumlah yang kecil untuk elakkan risiko obesiti.
Seperti manusia, kucing juga memerlukan penjagaan diri. Kuku yang tajam adalah perlu bagi kucing untuk memanjat dan mempertahankan diri.
Kucing sentiasa mencakar perabot ataupun tikar untuk menajamkan kuku mereka. Sekiranya anda tidak mahu perabot anda rosak, sendiakan tempat untuk mereka lakukan demikian.
Pastikan juga kucing anda selesa untuk membuang air. Sentiasa menggantikan pasir dan mengemas tempat mereka membuang air. Pastikan tempat membuang air itu berjauhan dengan makanan mereka.
Kucing adalah haiwan yang rumit dan setiap daripada mereka mempunyai keperluan masing-masing. Sebelum anda membuat keputusan untuk membela seekor kucing, pastikan anda dapat memenuhi keperluan mereka.
RUJUKAN:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih